Chapter 6

Romance Completed 12120

"Puas hati dah dapat rosakkan hidup saya?!"Mira memandang Harith.
"Mungkin ini yang terbaik buat kita Mira."Harith menjawab dengan tenang.
"Macam mana awak boleh ada dalam bilik saya?Awak buat apa dekat saya?"Mira cuba menahan marah.

Harith hanya diam dan menunduk.Dia merasakan cara ini dapat mengelakkan mereka terus bergaduh.

"Tolong keluar dari bilik saya"Air mata Mira mengalir dipipi.
"Kalau awak taknak saya tidur dengan awak,saya sanggup tidur atas lantai"Harith menjawab.
"Suka hati kaulah."Mira terus baring di atas katil.

Mura terjaga dari tidurnya.Dia teringat perbualannya dengan kedua ibu bapanya.

"Assalamualaikum ibu."
"Waalaikumusalam Mira sayang kenapa call ibu malam-malam ni?"
"Ibu...Maafkan Mira."
"Kenapa anak ibu menangis ni?"
"Ibu Mira kena tangkap basah ibu.Tapi sumpah Mira tak tahu apa yang terjadi sebenarnya."
"Ya Allah!!Mira...kenapa boleh jadi macam ni?"
"Mira taktahu ibu.."
"Kamu nikah sajalah Mira"Sampuk abah Mira.
"Abah..Maafkan Mira."
"Benda dah jadi dah takboleh nak ubah.Tetapi kita perlu maklumkan kepada keluarga Ariff."Beritahu encik Amir.
"Tak perlu abah.Mira sudah putuskan pertunangan ini selepas Mira terjumpa Ariff dengan perempuan lain."Mira menceritakan kepada abahnya tentang kejadiam semalam.
"Jadi abah dengan ibu akan telefon keluarga Ariff untuk memberitahu tentang kamu dan Ariff.Kamu nikah saja abah izinkan."Kata encik Amir.

Mira tak sangka Harith akan jadi suaminya.Bagaimana dia hendak menghadiri kursus pada hari esok jika emosinya sedang terganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience