Romance Completed 12120

Setahun kemudian

Mira asyik melihat ombak yang berada di hadapannya.Dia menoleh kebelakang apabila merasakan tangan melingkari pinggangnya.

"Ayang teringat dekat siapa?"Harith memeluk isterinya.
"Teringat dekat sayang laa."Mira tersengih.
"Yeke ni?Ke ayang sekadar nak ambil hati sayang ni.."Harith memandang laut dihadapannya.
"Betul..ayang tak tipu.."Mira menjawab sambil terpandang ke arah budak kecil yang berlari di tepi pantai.
"Ayang tengok apa tu"Harith hairan apabila Mira tiba-tiba diam.
"Bila kita nak ada anak ye sayang?"Mira tiba-tiba sedih kerana dia sangat menginginkan anak.
"Bila- bila masa saja ayang..kalau nak sekarang pun sayang sanggup buat."Harith cuba mengusik Mira bagi mengembirakan isterinya.
"Gatal laa sayang ni."Mira mencubit tangan Harith kerana geram.
"Gatal dengan ayang je."Harith gelak.
"Ayangg.."Harith memanggil Mira.
"Hmm.."
"Kenapa ayang panggil nama sayang Zarul?Kenapa tak panggi Harith macam orang lain?"Harith menatap wajah isterinya.
"Sebab ayang taknak kongsi panggilan yang sama dengan orang lain."Mira menjawab sambil tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

Harith tergamam kerana jawapan Mira sama dengan jawapan Rissa.

"Ayang..ayang nak tahu sesuatu?"Harith bertanya Mira.
"Nak!!"Mira menjawab dengan teruja.

Harith mengajak Mira duduk diatas batu dan menceritakan tentang dirinya dan Rissa kepada Mira.Dia merasakan Mira berhak tahu tentang kisah lalunya.Setelah Harith menceritakan kisahnya,Mira bangun dan terus berjalan meninggalkan Harith.Harith berasa tidak senang kerana takut Mira cemburu.

"Ayangg.."Harith menjerit memanggil Mira yang semakin jauh.

Menoleh dan tersenyum lalu menjerit kepada Harith.

"I love u Zarul!!!!!"Mira terus berlari.

Harith terus tersenyum dan mengejar Mira.Harith bahagia kerana wanita yang dicintainya akhirnya menjadi miliknya dan dia berjaya menawan hati Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience