Romance Completed 12120

Harith memberhentikan keretanya di tepi sebuah taman.Dia mengeluh dan memejam mata sebentar untuk berehat.

Mira mengangkat telefonnya yang tidak berhanti berdering dari tadi.Dia sengaja tidak mengangkat panggilan telefon itu kerana pemanggilnya adalah Ariff.Tapi kali ini dia terpaksa mengangkatnya.

"Kenapa kau telefon aku ni?"Mira bertanya acuh tidak acuh.
"Mira kalau kita jumpa sebentar boleh?Ada benda penting yang perlu awak tahu Mira..Ini mungkin dapat mengubah hidup awak."Ariff menjawab dengan lembut.
"Apa yang penting sangat Ariff?Tak ada yang dapat ubah hidup saya."Mira mengeluh.
"MIra inj tentang kejadian yang berlaku di Cherating.Saya rasa bersalah Mira."Ariff memberitahu Mira.
"Okey..Kat mana kita nak jumpa?"Mira berdebar apabila Ariff mengatakan tentang kejadian di Cherating.
"Kita jumpa dekat kedai papa Rich di bandar boleh?"Pinta Ariff.
"Baik..satu jam lagi aku sampai."Mia menutup telefon dan terus bersiap.

Harith tersedar apabila terasa bahang yang panas.Dia melihat mukanya sudha berpeluh kerana tidak membuka aircond.Dia melihat jam sudah pukul 10 pagi.Dia terus menghidupkan keresa untuk pulang.Dia berhenti di simpang perumahannya apabila terlihat kereta myvi isterinya keluar.Dia terus mengikut dari jauh kereta isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience