Romance Completed 12120

Setelah 3 jam menempuh perjalanan mereka tiba di resort Pak Uda Cherating.
Harith dan Mira mengambil kunci bilik dan mereka mendapat bilik bersebelahan.

"Lepas solat zohor kita jumpa kat kafe."Harith memberitahu tanpa memandang mira dan terus masuk ke biliknya.

Mira pelik dengan sikap harith kerana selalunya harith akan memandang sambil senyum apabila bercakap dengannya."Takkan aku rindu nak tengok dia senyum kot."Mira berkata sendirian lalu masuk ke dalam bilik untuk solat dah mandi.

Mira melihat di sekeliling kafe untuk mencari harith.Dia lihat harith duduk di sudut kafe yang tersembunyi.

"Kenapa duduk kat sini?"Mira bertanya seraya duduk.
"Saja."Harith menjawab sambil memandang telefon.

Baru mira hendak tanya kenapa dia bersikap pelik,mira terpandang susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenali bersama seorang perempuan yang seksi memeluk lelaki itu.

"Ariff"suara mira bergetar menyebut nama tunangnya.
"Awak panggil siapa?"Harith melihat muka mira kemerahan.
"Tak ada siapa.Saya masuk bilik dulu,tiba-tiba saya jadi kenyang."Mira terus berlari ke biliknya.

Harith tercengang melihat kelakuan mira tapi dia tidak mahu ambil tahu kerana mira sudah tunangan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience