Romance Completed 12120

Mira tersedar dari tidurnya apabila terdengar suara yang lunak sedang mengaji.Dia melihat Harith sedang membaca Al-Quran.Dia termenung sehingga merasakan ada tangan dibahunya.

"Dah sampai mana?"Harith tersenyum kepada Mira.
"Sibuk jelah.Sudah pukul berapa ni?"Mira bertanya.
"Awak tidur lama sangat sampai saya gerak masa maghrib tadi pun tak sedar.Sudah pukul 9 malam."Beritahu Harith.
"Dahla saya nak pergi mandi ni."Mira lantas menggapai tuala dan baju lalu menuju ke bilik Air.

Harith hanya tersenyum melihat gelagat Mira.Bila agaknya dia dapat melihat senyuman isterinya itu.Harith mengeluh sedikit.Sedang Harith melihat telefonnya Mira keluar dari bilik air.Harith terus menegur Mira.

"Sampai bila kita nak macam ni Mira?"Harith memulakan perbualan.
"Macam mana?Awak yang mengeruhkan keadaan."Mira menjawab tanpa memandang Harith.
"Tak boleh ke awak layan saya macam mana awak layan orang lain.Saya pun ada perasaan Mira."Harith meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Kalau awak tak masuk bilik saya haritu mungkin kita saya boleh layan awak macam orang lain."Mira menjawab dengan angkuh.
"Tak boleh ke awak lupakan kejadian tu.Sudah takdir kita macam ni.Saya tak boleh nak ubah."Jelas Harith.
"Sudahlah saya nak tidur."Mira bingkas menuju ke katil.
"Saya cintakan awak Mira.Sejak hari pertama kita jumpa."Harith memegang tangan Mira.
"Sampai bilapun saya tak akan cintakan awak."Mira merentap tangannya lalu terus baring di atas katil.

Harith tersedar dari tidurnya apabila terdengar suara Mira.

"Ya Allah tolong sakitnyaa..sakitnyaa."Mira memegang perutnya.
"Mira kenapa ni?"Harith menuju ke katil dan melihat dahi Mira berpeluh.
"Saya sakit tolong Zarul..Perut saya sakit sangat."Mira memeluk tangan Harith.
"Jom kita pergi hospital."Jawab Harith.
"Saya senggugut lag hospital pun tak ada ubat.Tolong saya sejuk sangat ni."Air mata Mira mengalir kerana kesakitan.

Harith terus baring disebelah Mira dan memeluk badan Mira.Harith menggeselkan kakinya dengan kaki Mira.Ini dapat mengalirkan haba kepada Mira.Mira hanya diam dan terlena dalam pelukan Harith.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience