Romance Completed 12120

Dia memberhentikan keretanya apabila melihat Mira meletakkan keretanya dihadapan kedai makan Papa Rich.Dia jadi ingin tahu dengan siapa Mira berjumpa.Dia terus keluar dari kereta dan memerhatikan Mira.Dia terkejut melihat Ariff datang dan melihat Mira dan Ariff berbalas senyuman.Tiba-tiba perasaan cemburu mul menguasai diri Harith.Harith terus berlalu pulang ke rumah.

Mira meletakkan keretanya dihadapan kedai Papa Rich dan terus menuju ke meja makan.Dia menunggu Ariff tiba dan selepas 10 minit Ariff tiba.Ariff menghadiahkan senyuman manis kepada Mira dan Mira membalas senyuman Ariff kerana tidak mahu lelaki itu menyangka dia menaruh perasaan lagi padanya.

"Apa yang kau nak ceritakan dekat aku yang penting sangat?"Mira terus bertanya tanpa membuang masa.
"Kita order air dulu boleh?"Ariff tersengih.

Ariff memulakan cerita daripada dia menekup mulut Mira sehingga Harith datang ke bilik Mira.Mira berasa terkejut kerana dia menyangka Harith sengaja masuk kebiliknya.Ariff memohon maaf kepada Mira kerana bertindak sebodoh itu.Mira dengan mudah memaafkan Ariff.

"Mira dah alang-alang kita jumpa,saya nak jemput awka dan suami awak datang ke majlis perkahwinan aku minggu depan."Ariff memberi kad yang berada dalam sampul.
"InsyaAllah aku datang dengan Zarul datang."Mia menyambut dengan senyuman.
"Mira..Maafkan saya atas semua yang terjadi..saya doakan awak bahagia hingga ke jannah."Ariff menundukkan wajahnya.
"Aku maafkan kau Ariff..Terima kasih."Mira terus berlalu pergi.

Mira memandu kereta menuju ke masjid untuk solat zohor.Mira menangis ketika berdoa kerana dia terlalu banyak dosa dengan Harith.Dia berasa bersalah kerana telah melayan Harith seteruk itu.Mira duduk di masjid itu sehingga isyak untuk menenangkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience