Chapter 9

Romance Completed 12120

Malam itu hujan turun dengan lebat.Mira yang sedang nyenyak tidur terjaga kerana merasakan seseorang mengucup lehernya.Dia terus bangun dan melihat Harith dibelakangnya.

"Awak buat apa ni?"Mira sedikit menengking.
"Maafkan saya..Saya terlalu mengikut nafsu."Harith menjawab dengan nada yang bersalah.
"Gila seks!!"Mira terus bangkit dan tidur di ruang tamu.

Harith tunduk dan air matanya mengalir.Dia marah dengan dirinya kerana tidak dapat menahan nafsunya.Dia pasti ini mengeruhkan lagi hubungannya dengan Mira.

Mira tersedar apabila terdengar azan subuh.Dia bingkas menambil wudhuk untuk solat.Setelah selesai solat dia melihat Harith yang terlena di atas katil.

"Zarul..Zarul.."Mira menggoyangkan kaki Harith.
"Hmm..kenapa awak kejut saya?"Harith menggosok matanya.
"Solat subuh."Mira terus keluar dari bilik.

Harith bangun lalu mengambil wudhuk dan solat.Selesai solat Harith duduk ditepi katil memikirkan hubungannya dengan Mira.Harith keluar ke ruang tamu dan cuba berbincang dengan Mira.

"Mira..saya nak cakap sikit dengan awak."Harith cuba menyusun kata.
"Nak cakap apa lagi?"Mira tidak memandang Harith.
"Tentang semalam."Harith menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Saya nak awak ceraikan saya."Mira memandang tepat muka Harith.

Harith tergamam dengan permintaan Mira.Dia tidak sangka Mira akan mengatakan perkara itu.

"Apabila saya terima nikahnya saya telah berjanji akan menjaga awak sampai bila-bila walaupun tiada cinta awak untuk saya."Harith menjawab dengan tenang.
"Kenapa awak nak susahkan diri awak?Hati saya tak akan pernah terbuka untuk awak..Apa lagi yang awak tak faham?"Mira memandang Harith sambil menangis.
"Saya sayangkan awak sangat-sangat..Jadi saya tak akan berputus asa."Harith mengambil kunci keretanya dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience