Romance Completed 12120

Mira hanya termenung melihat telefonnya.Dia tidak tenang memikirkan bagaimana caranya hendak memberitahu guru-guru yang lain bahawa dia akan menikah dangan Harith pada bulan hadapan.Semestinya ini akan membuatkan guru yang lain berasa pelik.Tetapi dia lega kerana guru yang lain tidak tahu dia sudah bertunang kecuali Nasma sahabatnya.

"Mira tahniah dan jaga diri sebelum tiba harinya."Mira terkejut apabila seorang guru datang menepuk bahunya.
"Tahniah untuk apa kak Mas?"Tanya Mira kebingungan.
"Bulan hadapan kan Mira bakal menikah dengan Harith.Akak doakan semuanya berjalan lancar."Jawab kak Mas.

Mira hanya tersenyum sebagai tanda terima kasih.Adakah Harith telah memberitahu kepada semua guru.Patutlah tadi guru-guru lelaki hanya senyum melihatnya.Mira mancapai telefonnya dan menghantar pesanan whatsapp kepada Harith.

"Apa yang awak beritahu kepada semua guru?"Mira menunggu Harith balas.
"Assalamualaikum.Beritahu apa yang patut diberitahu."Harith tersenyum membalas chat Mira.
"Waalaikumusalam.okeylah kalau macam tu."Mira hanya menggelengkan kepala.
"Baiklah sayang."Mira hanya melihat chat Harith tetapi tidak membalasnya.

Telefon Mira berbunyi ketika Mira sedang mengajar.Dia melihat nama pemanggil.Mira tersenyum lalu mengangkatnya.

"Assalamualaikum.Ibu apa khabar?"Mira bertanya sambil menunju ke luar kelas.
"Waalaikumusalam.Baik saja.Ibu nak suruh Mira ucapkan terima kasih dekat Harith sebab sediakan semua barang untuk kenduri."Beritahu ibu Mira.
"Apa??Harith sediakan semua barang kenduri?"Mira sedikit terkejut.
"Yee..Barang-barang sudah ada dirumah cuma tinggal harinya saja."
"Baiklah ibu.okeylah ibu Mira sedang mengajar ni nanti Mira telefon ibu balik."Mira mematikan talian.

Mira menghantar pesanan ringkas kepada Harith untuk mengucapkan terima kasih.Dia meneruskan pengajarannya kepada murid-murid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience