Chapter 8

Romance Completed 12120

Mira duduk di atas buaian sambil memandang halaman rumahnya.Sudah lama dia tidak berjalan di kampungnya sejak sibuk bergelar guru.Di teringat kejadian pagi tadi.

Mira terasa ada tangan melingkari pinggangnya.Dia berpusing ke belakang dan mulutnya hampir bertemu mulut Harith.Akibat terkejut dia tertolak Harith sehingga jatuh.

"Aduhh..kenapa awak tolak saya?Tak boleh ke kejut saya elok-elok?"Harith menggosok kepalanya yang terhantuk pada lantai.
"Maaflah saya tak sengaja."Mira menjawab dengan rasa bersalah.
"Tak apalah..saya nak solat subuh dulu."Harith berlalu menuju bilik air.

Mira berasa hairan macam mana Harith boleh berada atas katil bersamanya.Kemudian dia teringat tentang kejadian semalam semasa dia mengalami senggugut.Tidak semena pipinya menjadi merah.

Lamunan Mira terganggu apabila terasa ada orang duduk disebelahnya.Dia melihat Harith memegang kepalanya yang berbenjol di dahi.

"Sakit tak?"Mira berasa kasihan melihat Harith.
"Tak ada apalah sikit je ni."Harith tersenyum melihat Mira.
"Sekejap saya amikkan minyak gamat."Mira berlari masuk kedalam rumah.

Harith hanya tersengih melihat Mira.Dia memandang ke halaman rumah Mira melihat budak-budak kecil kecil bermain.Dia tersenyum terbayang jika dia mempunyai anak bersama Mira.

"Hahh..kenapa senyum sorang-sorang teringat dekat perempuan mana?"Mira sedikit cemburu.
"Tak adalah..Saya tengok budak-budak tu bermain."Harith menunjuk ke arah mereka.
"Owhh..dah sini tunduk sikit saya nak sapu minyak dekat benjol tu."Mira tuang minyak gamat di tangannya.
Harith hanya menurut dan memandang muka Mira.Dia bahagia kerana dapat menatap wajah Mira sedekat itu.Tiba-tiba mata mereka bertentangan mata.Tapi hanya sekejap apabila Mira cepat-cepat mengalihkan matanya.

"Okey dah siap..Saya masuk dalam dulu."Mira berlalu pergi.

Harith memegang dadanya kerana merasakan jantungnya berdegup dengan laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience