Romance Completed 12120

Mira terus mencapai telefonnya dan google nama pemain german itu.Mira terkejut kerana muka pemain itu persis muka harith zarul.

"Alah dalam dunia kan ada 7 orang muka serupa."Mira mengomel sendiri.

Sedang asyik mira melihat gambar pemain german tersebut,dia menerima whatsapp dari ariff.Mira hanya mengeluh membaca whatsapp ariff.

"Selamat malam sayang.Maaf abang sibuk sangat sampai tak sempat nak call dan whatsapp sayang.InsyaAllah dua minggu lagi abang free abang akan luangkan masa dengan sayang tau."

Tapi mira tak membalas whatsapp ariff kerana terasa hati dengan sikap tunangnya yang lebih mementingkan kerja.

"Tukk..tukk.."
Mira membuka pintu rumahnya apabila ada orang mengetuk pintu rumahnya.

"Mira aku tidur rumah kau boleh?Suami aku tiba-tiba kena outstation la malam ni."Nasma memandang muka mira meminta kasihan.

"Masuklah nasma.Aku pun sunyi ni sebab tak ada orang teman lepas kau kahwin dulu."

"Alaaa kesian kawan aku ni.Sabarlah lagi 4 bulan lebih je kau pun nak nikah dah."Nasma cuba memujuk mira.

"Entah jadi atau tak"Mira berkata dengan nada yang perlahan.

"Apa kau kata mira?"

"Aku kata aku nak tidur dah ni.Esok nak bangun subuh pulak.Eh esok kan hari cuti apa kata kau masakkan nasi dagang untuk aku boleh?"Mira tersengih memandang nasma.

"Eleh kau pandai je masak nasi dagang saja la tu nak bermanja dengan aku.Esok teman aku cari barang nak masak."Nasma terus masuk kebilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience