Chapter 7

Romance Completed 12120

Mereka tiba di rumah pada waktu malam.Rumah Harith dan Mira tidak jauh hanya selang 2 buah rumah.Mereka tinggal di rumah perguruan.

"Nasma ada dekat dalam ke?"Harith bertanya.
"Dia dekat rumah dialah kan dah ada suami."Mira menjawab acuh tak acuh.
"Berani tak duduk sorang-sorang ni?"Harith risau hendak biarkan Mira tinggal seorang diri.
"Dahtu awak nak teman?Nak semua orang tahu kita dah nikah kena tangkap basah?"Mira menjawab dengan nada yang tinggi.

Mira terus membuka pintu lalu mengambil beg pakaiannya dan masuk ke dalam rumah.Dia tidak tahu kenapa dia berasa benci apabila melihat muka suaminya.

"Suami..Ya Allah besarnyaa dugaan ini."Mira baring sambil memandang kipas yang berpusing.

Tiba-tiba Mira terfikir apa yang berlaku selepas dia lari dari Ariff dan dimana lelaki itu berada.Siapa yang menekup mulutnya.Sedang Mira berfikir akhirnya dia terlena kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience