Romance Completed 12120

Mira duduk di atas katil.Dia berasa sedikit letih.Akhirnya selesai majlis persandingan disebelah perempuan.Semuanya berjalan lancar dan nasib baik mereka hanya mengadakan majlis disebelah perempuan disebelah lelaki tidak buat kerana majlis dirumahnya sudah dijemput ahli keluarga Harith.Mira berasa lega apabila dirinya disambut baik oleh keluarga dan saudara mara Harith.Tetapi dia terkejut apabila Ariff muncul di hari perkahwinannya.

"Tahniah Mira atas perkahwinan ini."Ariff tersenyum.
"Terima kasih."Mira menundukkan wajahnya.
"Kau!!"Harith sedikit terjerit.
"Saya pergi dulu Mira."Ariff terus berlalu dengan kalut.
"Awak kenapa?"Mira bertanya dengan nada marah.
"Siapa lelaki tu?"Harith menunjukkan riak cemburu.
"Bekas tunang saya.Kalau awak tak ada dekat bilik saya malam tu mungkin dia yang jadi suami saya."Mira memberitahu dan terus berlalu.
"Kalau awak tahu apa yang berlaku masti awak akan membenci dia Mira."Harith berkata dalam Hati.

Mira berasa kasihan kepada Ariff.Mungkin jika kejadian ini tidak berlaku dia boleh bersama Ariff lagi.Memang Ariff curang kepadanya tetapi dia mungkin boleh dimaafkan.Mia tersedar dari lamunannya apabila Harith masuk ke dalam bilik.

"Pergi ambil wudhuk,kita solat asar berjemaah."Harith menyuruh Mira.
"Saya cuti.Awak solat la sendiri."Mira menjawab lalu baring di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience