chapter 2

Romance Completed 12120

Hari ini cukup seminggu harith menjadi tenaga pengajar di smk kuntum senyum.Walaupun baru seminggu dia bergelar guru disitu tetapi dia telah mesra dengan semua guru dan murid disitu.Tapi harith perasan yang mira menjadi seorang yang pendiam apabila dia melepak dengan mereka.

Harith masuk ke bilik rehat yang disediakan kepada semua guru.Dia melihat mira dan nasma sedang rancak berbual.Tanpa membuang masa dia mendekati mereka.

"Amboii rancak sembang sampai dengar kat luar suara kau nasma."

"Ehh kuat ke?"Nasma bertanya kerana bimbang perbualam mereka didengari oleh guru yang lain.

"Aku gurau jelah.Boleh tak aku join korang lepak ni?"Harith memberitahu lalu duduk di kerusi berhadapan mira.

"Kau tak ada kelas ke rith?Nanti pengetua marah pulak tak masuk mengajar."

"Harini kelas aku waktu pagi je lepas itu free sampai balik.Korang ni tak ada kelas ke yang melepak kat sini?"

"Kami pun free sampai balik ni.ehh korang aku nak ke tandas sekejap."Nasma bangun lalu keluar ke tandas.

Harith memandang mira dan menghadiahkan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

"Eleh nak tunjuk lesung pipit la tu.Aku pun ada la lesung pipit."Mira berkata dalam hati.

"Apa?"Mira tersentak apabila harith mengetuk meja

"Awak ni pekak ke?Saya tanya awak diam je.Muka je cantik tapi pekak."Harith sengaja menyakitkan hati mira.

"Saya tak ada masa nak jawab soalan awak okey."Mira menghadiahkan jelingan kepada harith.padahal mira memang tak dengar pertanyaan harith sebentar tadi.Tapi untuk menutup rasa malunya mira menjawab dengan sombong.

"Awak tak suka ke saya join awak lepak?"Harith cuba meminta kepastian.

"Ada saya kata tak suka ke?"

"Walaupun awak tak kata saya dapat rasa la dengan cara awak dengan saya."

"So?"Mira mengangkat kedua-dua bahunya.

Harith terus bangun dari kerusi dan keluar dari bilik rehat kerana terasa dengan cara mira melayannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience