Romance Completed 12120

Mira tidak terus ke biliknya.Sebaliknya dia mengikut ariff dan wanita itu.

"Zainul ariff"Mira memanggil dengan jelas nama ariff.

Ariff menoleh kebelakang dan terkejut melihat tunangnya ada di situ.Ariff cepat-cepat menolak tangan teman wanitanya yang memeluknya.

"Sayang..sayang buat apa kat sini?"Ariff menunjukkan reaksi yang tak bersalah.
"Aku kena kursus kat sini.Tapi tak sangka jumpa kau tengah 'kerja' kat sini.Jadi ini la kerja yang kau sibuk sampai lupa kau tunang kau ni kan?"

Tiada abang sayang yang keluar dari mulut mira.Ariff terkejut mendengar mira memanggilnya kau.Sepanjang perhubungan mereka ini kali pertama mira membahasakan dirinya aku.

"Sayang..abang boleh terangkan pasal ni."
"Sayang?Abang?U ape ni..ehh kau siapan eh perempuan?"wanita tersebut menyampuk percakapan ariff.
"Aku tunang zainul ariff"Mira menjawab sinis.
"U bukan u bagitau i yang tunang u dah meninggal ke 2 tahun lepas?

Hancur hati mira mendengar penipuan tersebut.Dia mengumpul kekuatan untuk menahan air matanya daripada mengalir dihadapan ariff.

"Ape dah mati kau cakap?!!Aku dah mati!???"Mira menengking ariff.
"Ariff terkejut melihat amukan mira kerana mira seorang gadis yang lemah lembut.
"Pergi jahanam dengan pertunangan ni.Pergi jahanam dengan sayang kau.!!!!"Mira mencampakkan cincin pertunangannya ke muka ariff lalu pergi tinggalkan ariff dan wanita tersebut.

Ariff melihat orang di sekelilingnya berbisik ketika mira membaling cincin di mukanya.Dia menjadi marah kerana mira telah menjatuhkan maruahnya.
"Kau tunggu mira.Kau dah malukan aku,Kau akan dapat malu lagi teruk dari ini"Ariff berkata dalam hati sambil menggenggam cincin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience