Romance Completed 12120

Perjalan yang lama dari kuantan ke kelantan akhirnya mereka tiba di kota tinggi.

"Assalamualaikum.."Harith memberi salam.
"Waalaikumusalam.Ya Allah..Bang ni Mira balik ni dengan suami agaknya."Ibu Mira tersenyum melihat Mira.

Harith berkenalan dengn kedua ibu bapa Mira.Mira merupakan anak tunggal.Setelah berbincang dengan kedua ibu bapa Mira,Mereka bercadang ingin membuta kenduri pada bulan hadapan untuk memberitahu orang ramai.

"Abah..Rith rasa kita boleh buat majlis akad nikah supaya orang tidak berasa pelik dan dapat menjaga nama keluarga."Harith cuba memberi cadangan.
"Abah tiada masalah.Benda dah jadi nak buat macam mana."Encik Amir mengeluh.

Harith dan Mira meminta izin untuk pulang ke rumah selepas solat isyak tetapi encik Amir menyuruh mereka pulang esok pagi.Meraka tidak dapat membantah dan terpaksa bermalam disitu.

"Nah ambil selimut dan bantal ni."Mira membaling selimut dan bantal ke atas lantai.

Harith mengambil bantal dan selimut lalu tidur di atas lantai.Harith sudah memaklumkan kejadian yang berlaku kepada ibu bapanya.Alhamdulillah ibu bapanya menerima berita tersebut dengan hati yang terbuka.Harith mencerikan kejadian yang sebenar kepada ibu bapanya.Bagitu juga ibu bapa Mira.Ibu bapa Mira bersyukur kerana Harith sempat menyelamatkan Mira.Hanya Mira yang tidak tahu kejadian yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience