Romance Completed 12120

Mira masuk ke dalam bilik guru dan menerima ucapan tahniah atas perkahwinannya.Ini hari pertamanya bersekolah selepas satu minggu bercuti untuk mengalih barang-barangnya berpindah ke rumah Harith.

"Miraa..kau ada kelas tak?"Tanya Nasma.
"Tak ada..sekarang dah pukul 1.30 mana ada kelas dah."Mira menjawab.
"Eloklah..aku nak ajak kau berbual sebentar."Pinta Nasma.
"Boleh je."

Mira menghidang makanan di atas meja makan.Itulah rutin hariannya selepas pulang dari sekolah.Walaupun dia benci terhadap Harith tetapi dia tidak lupa akan tanggungjawabnya cuma tanggungjawab satu lagi dia tidak laksanakan.

"Wahh sedapnyaa bau."Harith cuba mengambil hati Mira.
"Dah sedap makanlah."Mira menjawab tanpa memandang Harith.
"Jomla kita makan."Harith mengajak Mira.
"Tak apalahh..saya dan makan tadi."Mira berjalan menuju ke ruang tamu.Langkah Mira terhenti apabila mendengar suara Harith.
"Sampai bila kita nak macam ni?Awak asyik mengelak dari saya."Harith mengeluh.
"Sampai bila-bila."Mira terus masuk ke dalam bilik.

Air mata Mira mengalir dengan laju.Dia tidak tahu kenapa dia tidak boleh terima Harith dalam hidupnya.Dia tahu dia berdosa memperlakukan suaminya sebegitu tetapi dia benci terhadap Harith.Dia teringat perbualannya dengan Nasma.

"Mira..Ariff macam mana?"Nasma memandang Mira.
"Maaf Nasma..aku terlampau sibuk sampai lupa nak ceritakan tentang Ariff."Mira tersengih.

Mira menceritakan segalanya yang terjadi di Cherating kecuali kejadian dia dan Harith.

"Tak apalah Mira..Yang penting kau dapat suami yang lebih baik daripada Ariff."Mira memegang tangan Mira.
"Hahahah..Alhamdulillah."Mira menunduk.
"Kau bahagia dengan Harith?"Nasma meminta kepastian.
"Aku bahagia sangat Nasma..Dia terlalu beri aku perhatian.."Mira bercakap dengan nada yang gembira bagi menutup kebohongannya.

Mira merasakan ada tangan yang mengesat air matanya.Dia melihat Harith memandangnya dengan wajah yang muram.

"Maafkan saya kalau saya ada lukakan hati awak."Harith memandang Mira.
"Dahlah saya nak tidur.."Mira terus baring dan berpaling dari Harith.

Harith menutup lampu dan baring disebelah Mira.Dia berasa gembira apabila Mira membenarkan dia tidur bersamanya apabila mereka tinggal bersama walaupun Mira tidak menjalakan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience