Chapter 14 - Matang

Horror & Thriller Series 1020

Jam 9 Pagi
11 September 1965

Ahmad memandang ke kiri dan ke kanan, melihat sekiranya ada orang yang lalu di kawasan itu. Perlahan-lahan dia mendekati pasu bunga tersebut, lantas tangannya memetik sekuntum bunga melor berwarna putih lalu kakinya luas membuka langkah berlari keluar dari kawasan rumah itu.

"Hiuhh, lega." katanya di dalam hati. Dadanya masih berombak laju akibat berlari, namun tetap saja hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hatinya itu. Sedang dia berjalan bibirnya mulai mengukir senyuman tatkala melihat kelopak putih bunga tersebut.

"Sama seperti dia.." desis hatinya semakin berbunga-bunga.

Setelah jauh berjalan melepasi kawasan kampung tersebut dia pun tiba di sebuah jambatan berwarna putih.

"Ahmad! Aku disini." kedengaran suara seorang wanita sedang memanggil namanya. Matanya mulai meliar mencari-cari kelibat wanita tersebut.

"Dimana?" jerit Ahmad.

"Dibalik pohon ini!" jerit wanita itu lagi. Ahmad menoleh kepalanya ke belakang, kelihatan seorang wanita memakai baju kebaya berwarna kuning sedang bersembunyi di sebalik sebuah pokok sambil melambaikan tangan ke arahnya. Lantas dia mengambil langkah mendekati wanita tersebut.

"Maaf aku terlewat."

"Tak mengapa, aku juga baru saja sampai." kata wanita itu kelihatan gembira.

Ahmad hanya mampu tersenyum seketika matanya mulai memerhatikan kecantikkan wanita tersebut. Kelihatan rambutnya yang berwarna hitam berkilat dirapikan di sisi bahu, di pergelangan tangannya pula terdapat seutas gelang tangan pemberian Ahmad. Bau haruman bunga kuat menguasai setiap sudut ruangan itu. Sungguh dia tidak sangka wanita secantik itu sudi menjadi teman wanitanya.

"Apakah yang engkau semburkan pada baju engkau? Setiap kali berjumpa, pasti saja aku terhidu bau bunga yang harum." soal Ahmad.

"Ianya adalah bau asli dari keluarga putih."

"Sungguh haruman dan kecantikkan kamu sama seperti bunga ini." Ahmad menunduk malu sambil menghulurkan sekuntum bunga melor yang sahaja dipetik, bibirnya mulai tersengih.

"Mulia sungguh hati engkau Ahmad, terima kasih ya." wanita itu tersenyum, kelihatan riak mukanya tenang. Namun gerak hatinya masih berbelah bahagi, bimbang hati memikirkan tentang hubungan mereka berdua.

"Ahmad, aku juga ada hadiah untuk engkau. Sempena hari lahir engkau esok."

"Benarkah?" soal Ahmad sudah mengangkat muka, sambil mengukir senyumannya lebar. Sudah dapat menggambarkan betapa gembiranya hatinya.

"Iya. Namun engkau harus kembali kesini pada jam 12 malam ini, akan aku bawakan hadiahnya. Boleh ya?"

"Baiklah, aku akan kesini semula jam 12 malam ini. Jumpa nanti ya cinta hatiku." kata Ahmad sambil melambaikan tangannya lalu mengambil langkah meninggalkan wanita itu seorang diri.

"Adakah aku melakukan perkara yang benar?" desis hati wanita itu masih berbelah bahagi.

Tiba di rumah, Ahmad terus memasuki ruangan dapur lantas memeluk erat tubuh seorang wanita tua yang sedang memasak.

"Ibu..."

Ungkap katanya memanggil ibunya dengan nada manja.

"Cis! Balik saja duduk di bawah ketiak ibu. Apakah kau tidak punya perkara lain yang hendak dibuat?" sapa satu suara wanita dari arah belakang mereka. Kelihatan wanita itu sedang duduk di bangku kerusi di ruangan makan.

"Biarkanlah Sari, jangan engkau menyakat si Ahmad ni." balas Puan Humairah sambil tangannya kemas mengangkat pinggan untuk dihidangkan di atas meja.

"Biar Ahmad tolong ya ibu?"

"Baiklah, terima kasih."

"Sari cemburu ke? Dia sendiri tidak mahu bermanja dengan ibu, tiba-tiba saja mahu marah-marah." perli Ahmad sambil menghidangkan pinggan dan mangkuk di atas meja.

"Bagaimana mahu bermanja? Setiap kali ibu melihat muka Sari saja, ibu pasti bertanya tentang Ahmad. Iyalah, Ahmad kan anak emas ibu." balas Sari yang sudah mencebik mukanya masam.

"Sudahlah, Ahmad dan Sari keduanya anak emas ibu. Ibu tidak melebihkan siapa-siapa." tegas Humairah.

"Baiklah." balas Sari perlahan.

Sedang mereka menjamu selera, fikiran Ahmad ligat melontarkan kembali tentang temujanjinya.

"Ibu, malam ini Ahmad mahu keluar sebentar ya?"

"A-apa?"

Tersentak Puan Humairah dengan soalan yang diajukan Ahmad lantas membuatkan cawan kaca yang berada di dalam genggamannya terjatuh lalu pecah berderai di atas lantai.

"Tidak boleh! Ibu tidak izinkan!" tegas Puan Humairah lantas tangannya mencapai sebelah tangan Ahmad lalu digenggam kuat.

"Kenapa?" soal Ahmad.

"Walau apa pun yang terjadi pada malam ini, Ahmad dan Sari tidak boleh keluar ke mana-mana malam ini."

"Tapi kenapa? Ahmad sudah berjanji dengan seseorang untuk bertemu malam ini. Tolonglah izinkan Ahmad pergi ibu."

"Tidak boleh! Apa pun terjadi, Ahmad dan Sari harus tinggal di rumah malam ini. Tolong dengar kata-kata ibu, hanya untuk kali ini!" tegas Puan Humairah tetap dengan keputusannya. Lantas Humairah manarik Ahmad lalu dibawa masuk ke ruangan bilik Ahmad. Sementara Sari hanya mengikuti mereka tanpa bersuara.

"Ibu, lepaskan Ahmad..."

"Ibu, kenapa ibu berkelakuan seperti ini? Apa yang ibu bimbangkan?' soal Sari keliru melihat tingkah laku ibunya.

"Maafkan ibu, ibu lakukan semua ini untuk kamu berdua." tiba-tiba Humaira menolak Ahmad sehingga jatuh ke lantai, dengan segera dia menarik Sari keluar lalu mengunci pintu bilik tersebut.

"Apa yang ibu lakukan ini? Kenapa ibu mengurung Ahmad di dalam?" soal Sari cemas melihat perbuatan ibunya itu.

"Sari, apakah engkau masih ingat kejadian sewaktu umurmu enam tahun?"

"Maksud ibu malam..."

"Iya, malam di mana Ahmad mula tidak dapat mengawal dirinya lagi." belum sempat Sari menyambung kata-katanya, Puan Humaira menyambung membuatkan Sari terdiam tidak dapat berkata-kata.

"Malam ini, Ahmad akan menjadi matang, dia akan berubah sekali lagi. Jika kita terlewat, Ahmad tidak akan dapat diubati lagi... Kerna itu, ibu perlukan pertolongan Sari."

"Apa maksud ibu?"

________________________________________________
Jam 10 Malam

"Ibu! Ahmad mohon lepaskan Ahmad..." rayu Ahmad sambil badannya disandarkan di muka pintu bilik tersebut.

Lengan bajunya perlahan-lahan dibawa mengesat air mata yang mengalir di pipinya, sedang fikirannya pula ligat memikirkan punca dirinya dikurung. Dari kecil lagi Humaira sangat menyayangi Ahmad dan Sari, tidak pernah terlintas di pemikirannya untuk bertindak kejam terhadap mereka. Ahmad keliru, namun hatinya kuat ingin mengetahui sebab ibunya bertindak sedemikian.

"Ahmad..." tiba-tiba cuping telinganya mendengar suara seperti seorang nenek tua yang sedang memanggil namanya.

"Siapa?" soal Ahmad lantas berdiri, matanya meliar mencari kelibat pemilik suara tersebut. Namun tidak kelihatan sesiapa pun yang berada di dalam bilik tersebut selain dirinya.

"Keluar! Siapa engkau?" jerit Ahmad memaksa pemilik suara itu tampil menunjukkan diri.

"Siapa aku?"

"Siapa engkau Ahmad?...."

"Hehehe......."

Kedengaran suara wanita tua itu ketawa seolah-olah sedang mempermainkan Ahmad, lansung tidak menjawab soalan yang diajukan Ahmad.

"Apa yang engkau mahu? Bagaimana engkau tahu namaku?"

Soalan demi soalan ditanya namun tidak diendahkan oleh pemilik suara itu, Ahmad semakin keliru. Dia hanya mendiamkan diri seketika.

"Ahmad..."

Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita memanggil namanya dari luar tingkap, namun kali ini suara itu kedengaran sangat lembut. Tidak serak seperti suara nenek tua itu.

"Aku kenal suara ini." desisnya didalam hati.

"Linsing?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience