Chapter 3 - Paluan bonang

Horror & Thriller Series 1020

02 Mei 2014
Jam 10 Pagi

Fezz memandang ke arah langit biru, terdapat kepulan-kepulan awan yang mehalang cahaya matahari daripada panas memancar. Suasananya redup, tenang Fezz melabuhkan badannya baring di atas rumput-rumput yang lembut, membuatkan dia terasa seolah-olah dia sedang berbaring di atas tilam. Tiupan angin perlahan melalui celah-celah dedaun pokok menenangkan jiwanya yang kusut, dia melelapkan matanya lama menikmati persekitaran itu. Kedengaran bunyi burung-burung sedang berkicauan merdu, membuatkan dia terasa seperti hendak terlelap.

Dukk!!

"Adoii! Sakitlah!" jerit Fezz kesakitan.

Fezz langkas membuka mata, lalu membetulkan duduknya di atas rumput. Terlihat sebuah buku bertajuk "If I Leave You" berada di atas ribanya, sepertinya ada seseorang yang mencampakkan buku tersebut ke arah mukanya.

"Sedap tidur? Sleeping Prince..."~

Kedengaran satu suara garau memerlinya dari belakang, dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara itu. Kelihatan seorang lelaki memakai jaket hitam dan mengenakan seluar jin biru sambil memegang beberapa buku di dakapannya.

"Talif? Kau ni memang tak boleh tengok aku senang kan?" marah Fezz geram melihat kawan baiknya itu.

"Banyaklah kau punya senang! Esok ada exam, kau boleh tidur lagi?" jawab Talif membuatkan Fezz terdiam.

Fezz tersengih, fikirannya yang tadi tenang mula dipenuhi tentang masalah pembelajaran. Dia akur memang salahnya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dari awal, namun tiada apa yang boleh dibuat sekarang. Kalaulah boleh mengulang kembali masa dan belajar bersungguh-sungguh, penat dia memikirkannya.

"Haihh! Kenapalah Harimau tu tiba-tiba je nak buat exam?" rungut Fezz.

Talif tersengih, geli hatinya mendengar Fezz memanggil Profesor Hamid dengan nama "Harimau". Profesor Hamid guru kelas mereka itu memang sangat terkenal dengan sikap amarahnya, ada saja yang mahu dimarahnya. Walaupun sekecil semut kesalahannya tetap saja dimarahnya, sehinggalah semua murid di Kolej itu menggelarnya sebagai "Harimau".

"Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni apasal?" soal Fezz pelik melihat gelagat kawan baiknya.

"Tak ada apalah, jom pergi perpustakaan." jawab Talif lalu mengambil beberapa langkah meninggalkan Fezz di belakang. Fezz merupakan kawan baiknya sejak kecil lagi, walaupun jarak umur Fezz tua dua tahun darinya. Namun mereka sentiasa melakukan banyak perkara bersama, hubungan mereka sama seperti adik beradik.

"Woi! Tunggulah aku." jerit Fezz sambil mengejar Talif dari belakang.

________________________________________________
Jam 11 Pagi
Di Perpustakaan

Kedebuk!!

Kedengaran seperti sesuatu jatuh tersembam, Fezz langkas menoleh ke belakang untuk memeriksa apakah yang terjatuh. Kelihatan seorang wanita memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan mengenakan seluar jin berwarna hitam, rambut diikat tocang panjang melepasi bahu, wanita itu terduduk di hadapan Fezz sambil mengosok-gosok pinggulnya kesakitan.

Fezz terpaku seketika merenung ke wajah wanita itu, bau minyak wangi Calorina 212Vip kuat menguasai setiap sudut perpustakaan itu. Hatinya berdegup laju, matanya tidak berkelip.

"Cantiknyaa~" kata hati Fezz berbunga-bunga.

"Aduhh..." suara wanita itu kesakitan menyedarkan Fezz dari lamunannya.

"Eh awak, maafkan saya!" cemas Fezz memohon maaf kepada wanita tersebut, lantas menghulurkan tangannya mahu membantu.

Wanita itu mencapai tangan Fezz lalu membetulkan kakinya untuk berdiri, dia mengangkat mukanya memandang Fezz sambil mengukir senyuman.

"Tak apa, sikit je." jawabnya ringkas.

"Maaflah saya asyik berbual tadi, tak perasan awak ada dekat belakang. By the way, saya Fezz... Nama awak?"

"Saya Wani" jawab Wani ringkas sambil menggosok-gosok lututnya yang masih sakit.

"Oh Wani, masih sakit ke tu?" soal Fezz bimbang pula rasanya.

Wani menggelengkan kepalanya, matanya mulai meliar memerhatikan setiap sudut wajah Fezz.

"Handsome jugak mamat ni" bisik hati Wani.

Lalu matanya tertumpu pada sebuah buku yang berada di dalam dakapan Fezz, kelihatan seperti Novel bewarna Hitam yang mempunyai tulisan berwarna merah seperti darah yang mengalir. Kuat hatinya berkata, buku itu sama seperti buku yang diberikan Hanani tempoh hari.

"Buku apa tu?" soal Wani hendak tahu.

"Oh, novel ni hadiah dari kakak saya. Novel Seram, awak nak tengok?" kata Fezz sambil menghulurkan buku itu kepada Wani.

"Bonang Ibonda, Min Hafiz" Wani membaca Tajuk dan nama penulisnya.

"Sama macam buku saya, penulisnya juga sama, cuma tajuknya saja yang lain." kata Wani lalu memulangkan semula buku itu kepada Fezz.

"Oh betul ke? Awak minat Min Hafiz?" soal Fezz teruja hendak tahu.

"Ye betul, saya minat Novel Seram. Tak kisah siapa saja penulisnya."

Tiba-tiba Fezz mendapat satu idea untuk berkenalan lebih rapat dengan Wani, dia teringat tentang perjumpaan peminat bersama Novelis Min Hafiz pada 07 May 2017 itu. Memandangkan mereka mempunyai minat yang sama, mungkin Wani akan bersetuju untuk pergi bersamanya.

________________________________________________
Jam 8 Malam

Fezz meraba-raba mencari "Hand-Break" lalu ditariknya, kereta Honda merah miliknya itu pun terhenti betul-betul di hadapan rumah teres satu tingkat yang dicat dengan warna biru gelap, kelihatan di kawasan rumah itu terdapat sebuah motosikal LC diletakkan di bahagian tepi rumah.

Selepas mengunci kereta kesayangannya itu, dia pun berlalu memasuki rumah teresnya itu. Pintu masuk itu dikunci dari bahagian dalam, Fezz melangkah menuju ke ruang tamu lalu menghempas badannya duduk di atas sofa di ruang tamu itu. Sambil menyandar dia melelapkan matanya, mengambil masa untuk berehat sebentar.

"Boleh juga, tapi saya kena bawa kawan saya Hanani sekali lah" suara Wani kembali kedengaran di ingatannya.

Fezz membuka kelopak matanya, dia tersenyum seorang diri. Bahagia rasanya apabila apa yang dirancang menjadi, Wani bersetuju untuk pergi ke perjumpaan Novelis terkenal itu bersamanya minggu depan.

"Yes! Dia akan ikut..." jerit Fezz kegembiraan.

Dia mendongakkan mukanya memandang ke arah syiling rumah, lalu meluaskan kedua tangannya di bahu kerusi. Dia memejamkan matanya seketika menikmati angin di ruang itu, dia dapat merasakan tiupan angin itu tenang melepasi celah-celah lehernya yang penuh dengan titisan peluh.

"Suka?"~

Fezz tersentak, dia cuba menjelaskan pendengarannya. Betul, suara bisikkan wanita sama yang sering didengari sebelum ini.

"Haihhh!" Fezz mengeluh panjang tidak menghiraukan suara tersebut.

Tiba-tiba cuping telinga Fezz menangkap bunyi paluan muzik dimainkan, sepertinya bunyi rentak Gamelan. Denting denting paluan bonang kedengaran menghasilkan keindahan rentak gamelan, mendadak bulu roma Fezz naik menegak, dengan perlahan Fezz cuba membuka kelopak matanya.

"Astarghfirullah!" mengucap Fezz apabila mendapati dia tidak lagi berada di dalam rumahnya. Kelihatan keadaan sekeliling terdapat pokok-pokok tebal memenuhi hutan tersebut, gema paluan bonang kedengaran semakin lantang, dia dapat merasakan deruan angin laju menuju ke arahnya, lalu menempis mukanya jatuh terpelusuk di atas tanah. Fezz tergamam tidak tahu apa hendak dilakukan, dia lantas bangun membetulkan kedudukkannya, mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Kursi, zikir tahmid, tasbih, takbir dan tahlil tidak kering di hujung lidahnya.

Fezz membuka kedua kakinya lalu mengambil seribu langkah berlari tanpa arah tujuan, paluan bonang lantang masih kedengaran di gegendang telinganya. Kelihatan keadaan sekelilingnya dipenuhi pokok seolah-olah tiada jalan untuk dia keluar dari situ, hanya kepada Allah dia berserah.

Dushh!

Bunyi pukulan ombak laut memukul gegendang telinganya, dia lalu berlari sepantas yang boleh menuju ke arah bunyi itu, merempuh semua deduan pokok itu.

Tsettt!

Kedengaran kuat bunyi geselan daun, di hadapannya kelihatan cahaya bulan makin menghampiri.

Tiba-tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience