Chapter 6 - Kelahiran baru

Horror & Thriller Series 1020

Jam 5 Petang
12 September 1947

Mata tuanya meliar melihat kawasan dapur rumah kayu itu, badan tuanya itu digagahkan untuk bergerak mencari daun pandan.

"Engkau letakkan daunnya dimana?!" teriak wanita tua itu.

"Ada dibawah dapurnya, Mak Siah.." jawab wanita hamil itu serak suaranya kedengaran sedang menahan sakit sambil berbaring di atas katil biliknya. Tangannya merayap mengusap-usap perutnya yang sudah membesar, kelihatan urat-urat hijau menimbul di bahagian perut wanita itu.

"Sudah, jangan diusik perutnya. Lagi diusik lagi bertambah kuasanya, engkau minum air ini... Biar dia lemah supaya tidak dapat melawanku." kata wanita tua itu menghulurkan semangkuk air rebusan daun padan. Dia mengambil air itu lalu diminumnya sehingga habis, tidak semena-mena urat-urat hijau diperut hamilnya itu mulai menghilang.

"Sekarang masanya, aku mahu engkau teran sekuat yang engkau mampu!" pesan wanita tua itu, lalu memegang kepala lutut wanita hamil itu direnggangkan kakinya. Wanita itu meneran sekuat hati, terasa tulang di bahagian kelengkangnya seolah-olah hendak patah, bimbang hatinya sekiranya tulang kaki patah di akibatkan melahirkan anak ini.

"Lekas Humairah! Sebelum kuasanya diserap kembali!"

Humairah tidak punya pilihan lalu dia meneran sekuat hatinya.

Prakk!!

Kedengaran bunyi tulang-tulang di bahagian kelengkangnya patah, membuat dia lemah sangat terasa seperti hendak pengsan tidak sedarkan diri.

Tiba-tiba suara tangisan bayi pun kedengaran, dengan segera dia menoleh memandang bidan tua itu yang sedang menggendong seorang bayi lelaki. Bidan tua lalu menghulurkan bayi itu ke dakapannya, diusap ubun-ubun bayi itu terasa hatinya sayang sekali.

"Kelahiran bayi laki-laki ini akan membawa sial kepada keluargamu, lanjut saja umur matangnya segera menikam kedua ibu jari kakinya.. Ingat pesanku ini! Sekiranya kelahiran kedua juga laki-laki, lakukan perkara yang sama kepadanya. Sehinggalah kelahiran bayi perempuan yang akan menjadi penutup sumpahan ini..." pesan bidan tua itu kepada Humairah.

Tiba-tiba perutnya terasa sakit seolah-olah ditendang-tendang dinding perutnya itu, dia merasakan seperti hendak meneran lagi, Mak Siah yang melihat keadan itu segera mengambil bayi itu lalu diletakkan di tepi katil itu. Dia meraba-raba tangannya ke atas perut Humairah.

"Ada seorang lagi!" cemas bidan itu dapat merasakan ada bayi yang masih belum keluar dari perut wanita itu, nampaknya wanita itu menghamilkan si kembar. Tanpa membuang masa, bidan tua itu terus menguruskan untuk Humairah melahirkan seorang lagi bayi, Humairah yang sudah letih akibat melahirkan anak pertamanya terpaksalah menggagah dirinya untuk melahirkan anak yang kedua. Setelah selesai melahirkannya, seperti biasa bidan tua itu terus mengambil bayi tersebut lalu dibalutkan dengan kain batik. Manakala Humairah pula sudah rebah tidak sedarkan diri, terlalu penat rasanya hendak melahirkan dua orang bayi dalam masa yang singkat.

"Alhamdulillah, inilah pemutus bagi sumpahan orang minyak." kata bidan tua itu.

________________________________________________
Jam 11 Malam

"Abang mahu berikan namanya siapa?" soal Humairah kepada suaminya yang baru pulang selepas penat bekerja semalaman, gembira hatinya melihat suaminya melayan anak lelakinya itu, manakala anak perempuannya pula di letakkan di atas ribanya, sementara dia duduk dia atas kerusi roda, pergelangan kaki dibalut dengan kain putih dan diletakkan bantal yang lembut dibawahnya.

"Namanya Ahmad..." kata Osman tersenyum melihat anaknya itu. Humairah merasa terharu, manakan tidak.. Osma sudah banyak berkorban untuknya, walaupun Ahmad bukan darah dagingnya, tetap saja dia menyayangi anak itu. Osman adalah satu-satunya lelaki yang sanggup menikahi Humairah ketika sedang menghamilkan anak luar nikah, bahkan membenarkan Humairah tinggal dirumahnya, khabar angin di kampung itu mengatakan Humairah telah menjadi korban terakhir orang minyak, benih yang dikandungnya telah menjadi sumpahan kepada tubuh badannya, setiap kelahiran lelaki akan menjadi orang minyak pada umur matangnya, namun cukup hanya satu kelahiran perempuan dari rahimnya boleh memadamkan sumpahah terhadap tubuh badannya itu.

"Lanjut saja umur matangnya segera menikam kedua ibu jari kakinya.. Ingat pesanku ini!" kata-kata bidan Siah kembali kedengaran di dalam fikirannya. Kata Bidan Siah, sumpahan orang minyak terhadap anak lelakinya boleh disembuhkan dengan cara, dia perlu menikam kedua ibu kaki anak lelakinya itu apabila lanjut usia matangnya. Puas sudah dia memikirkan, apakah sebagai seorang ibu dia sanggup melakukan sedemikian...

"Apakah nama yang mahu engkau berikan kepada anak perempuan itu?" soal Osman menyedarkan Humairah dari lamunannya.

"Aku mahu namakannya Sari, aku suka akan nama itu." balas Humairah lalu pandangannya terpaku melihat Ahmad, fikirannya bimbang memikirkan malang yang bakal menimpa anaknya itu.

"Jangan engkau bimbang, Ahmad dan Sari akan aku didik menjadi anak yang soleh dan solehah." kata Osman yang menyedari akan kebimbangan isterinya itu. Setelah mendapati si kembar itu sudah nyenyak tidur, Osman terus saja melangkah ke dapur menyediakan makan malam untuk Humairah. Memandang Humairah masih dalam pantang, dia tidak membenarkan isterinya melakukan kerja-kerja berat, bimbang hatinya sekiranya perkara yang tidak baik berlaku kepada Humairah, apatah lagi tulang kakinya sudah patah akibat melahirkan si kembar itu. Tidak mahulah dia membebani isterinya itu.

Setelah selesai makan, Osman membantu Humairah yang hendak beristirihat di atas katil biliknya, manakala Ahmad dan Sari pula diletakkan di atas katil bersebelahan dengan Humairah.

"Terima kasih ini sudah cukup, tiba masanya untuk kamu beristirihat pula." kata Humairah sedikit bimbang akan suaminya yang terpaksa kerja sehingga lewat malam mencari rezeki untuknya sekeluarga, inikan pula perlu menjaga dia dan si kembar yang sedang berpantang.

"Sama-sama, baiklah... Kalau engkau perlukan sesuatu, panggil saja namaku..." pesan Osman lalu mengambil langkah keluar dari bilik itu. Disebabkan peristiwa malang yang menimpa Humairah sembilan bulan yang lalu, Osman faham pasti saja Humairah masih trauma, jadi dia mengambil keputusan untuk tidur berasingan sehinggalah Humairah sembuh dari traumanya.

Selepas beberapa minit Osman pergi, Humairah masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia mengiring badannya melihat si kembar sedang nyenyak tidur di sebelahnya, matanya meliar memerhatikan setiap sudut rumah kayu itu. Kelihatan ruangan bilik itu gelap dan hanya di terangi dengan cahaya bulan yang melepasi celah-celah rumah kayu itu.

Tukk! Tukk!

Tiba-tiba cuping telinganya menangkap bunyi ketukkan di luar tingkap, dia segera mengiringkan badannya ke arah tingkap, memerhati tingkap bilik yang tertutup rapat, namun hatinya kuat berkata ada sesuatu di hadapan tingkap bilik itu.

Dukk! Dukk!!!

Bunyi ketukkan menjadi semakin kuat, seolah-olah ada seseorang yang memukul bilah tingkap itu dengan kuat. Dia tertelan air liur, segera sebelah tangannya di letakkan di atas dada si kembar itu dengan niat mahu melindungi anaknya. Matanya tajam memerhati ke arah tingkap seolah-olah sudah bersedia dengan apa saja yang bakal berlaku.

Krekk!

Tingkap itu pun terbuka, kelihatan susuk tubuh wanita memakai kain putih yang labuh menutupi badannya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kainnya terdapat sedikit kotoran dan agak rapuh menampakkan tubuh badannya seperti batang kayu yang dipenuhi dengan lumut dan cendawan liar, rambutnya seperti akar kayu yang panjang diseret mencecah lantai. Wanita itu menoleh lalu berdiri di hadapan katil, mukanya kelihatan hodoh sekali membuatkan Humairah tergamam.

"Jangan engkau bimbang, aku datang untuk melindungi." kata kata wanita itu mengeluarkan suara seraknya mirip seorang nenek tua.

"Siapa engkau?"

"Aku adalah penjaga keturunan engkau, niat aku untuk melundungi anak-anak engkau" kata wanita itu menabur janji-janji manis.

"Tidak, aku tidak percaya!" teriak Humairah menyedarkan si kembar itu, dia mulai rasa cemas. Kelihatan Sari sudah menangis semahu-mahunya seolah-olah ketakutan, namun Ahamad hanya berdiam diri memandang tajam ke arah wanita hodoh itu. Wanita itu mengangkat sebelah tangannya ke udara sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, tidak semena-mena beberapa syiling emas jatuh di atas riba Ahmad. Humairah terkejut melihat kejadian itu hanya mampu berdiam diri.

"Aku mahu engkau menjaga bayi ini dengan baik, jangan sakiti walau sehelai rambutnya. Maka engkau akan menjadi seorang ibu yang paling bertuah di muka bumi ini." kata wanita hodoh itu melangkah keluar melalui tingkap lalu hilang di dalam kegelapan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience