Chapter 15 - Penawar

Horror & Thriller Series 1020

Jam 9 Malam
11 September 1965

"Sebentar!" jerit Linsing memanggil seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Kelihatan wanita itu memakai kebaya berwarna kuning, mengenakan gelang emas.Rambutnya diikat sanggul dan memakai tiara cantik menghiasi kepalanya mirip seorang puteri. Setelah mendengar jeritan Linsing, wanita itu menoleh lalu mendekati Linsing.

"Iya, ada apa adindaku Linsing?"

"Kalau tidak keberatan bolehkah kekanda membantu adinda?" soal Linsing lantas menggenggam tangan wanita itu.

"Ada apa yang perlu aku bantu? Adakah ia penting?"

"Dinda perlukan penawar keluarga kita, penawar yang dikatakan boleh menyembuhkan apa saja penyakit. Di manakah adinda boleh mendapatkannya?" jelas Linsing kepadanya membuatkan dia terkejut.

"A-apa? U-untuk apa adinda mahukan penawar itu? Dinda sakit?" soal wanita itu hairan.

"Tidak, bukan begitu. Dinda mahu-"

"Siapa yang sakit?" belum sempat Linsing menghabiskan ayatnya, satu suara garau menyapa mereka dari belakang. Kelihatan seorang pemuda tampan memakai baju melayu berwarna kuning, di bahagian pinggangnya diikat dengan samping keemas-emasan bersama keris kecil terselit di tepi samping itu. Rambutnya disikat rampi dan dikemaskan dengan mahkota emas di atas kepalanya.

"Ke-kekanda" cemas Linsing melihat lelaki tersebut Linsing dan wanita itu lantas menundukkan muka mereka memberi hormat.

"Siapa yang sedang sakit?" soalnya lagi.

"Temannya Linsing sedang sakit, dia perlukan penawar keluarga kita." jelas Linsing kepada lelaki tersebut.

"Siapa?"

"Ma-maya dari keluarga putih, dia baru saja melahirkan anak. Namun kesihatannya tidak begitu baik." jelas Linsing menyusun kata cuba untuk me-reka cerita.

"Oh begitu... Penawar itu berada di bilik simpanan istana, tiada siapa yang dibenarkan mengambilnya tanpa izin Permaisuri Kasturi. Sekiranya dinda mahukannya, bawalah Maya berjumpa Tuanku Kasturi untuk mendapatkannya." jawab lelaki itu.

"Ba-baiklah, dinda akan bawa Maya berjumpa Permaisuri." balasnya ringkas, fikirannya jadi buntu. Pasti saja dia tidak akan dapat penawar itu sekiranya mereka mengetahui dia berbohong.

"Terima kasih kekanda Hazrin, kekanda Cempaka." ucap Linsing mengukirkan senyuman kepada mereka.

________________________________________________

Jam 10 Malam

Linsing menoleh ke kiri dan ke kanan memerhati sekiranya ada sesiapa yang lalu di kawasan istana, perlahan-lahan dia mengambil langkah memasuki pintu istana tersebut.

"Tuanku Kasturi?" Linsing cuba memanggil Permaisuri Kasturi.

"Sesiapa?"

"Puteri Linsing, ada apa hajat Tuan Puteri kemari?" soal pengawal istana membuatkan linsing terkejut.

"A-aaa... Aku kesini atas perintah Putera Hazrin untuk mengambil penawar keluarga kuning." kata Linsing memberi alasan.

"Benarkah? Tuanku sudah meminta izin daripada Permaisuri?" soalnya lagi.

"I-iya sudah, Permaisuri juga tahu tentang kehadiran aku untuk mengambil penawar itu."

"Baiklah kalau begitu, penawarnya ada di dalam bilik itu" kata pengawal tiu sambil menunjingkan jarinya ke arah pintu di bahagian hujung ruangan itu.

"Baiklah, terima kasih" ucap Linsing dengan segera dia mengambil langkah laju memasuki sebuah bilik tersebut.

Takk!

Pintu bilik ditutup perlahan, kelihatan di dalam bilik tersebut terdapat pelbagai jenis pokok dan bunga ditanam di dalam pasu disusun di setiap sudut bilik tersebut.

"Hmmm harumnya~"

Bau pelbagai jenis bunga yang sangat harum menguasai deria hidungnya, namun matanya tetap saja meliar mencari air penawar tersebut.

"Dimana penawar itu..."

Linsing memerhati di setiap sudut bilik itu, tiba-tiba pandangan terhenti di sebuah perigi lama yang berada di tengah bilik itu.

"Adakah ini penawarnya?"

Linsing mencapai seutas tali yang berjuntai di dalam perigi tersebut, dengan perlahan-lahan dia cuba menarik tali tersebut. Kelihatan sebuah gayung terikat di hujung tali berisikan air. Linsing lantas menuangkan air tersebut di dalam botol yang dibawanya lalu mengambil langkah laju membawa ia keluar dari kawasan istana.

"Aku harus segera memberikan ia kepada Ahmad sebelum jam 12 malam" desis hatinya.

Dia mengambil langkah besar berlari keluar dari kawasan perkampungannya, setelah beberapa minit berjalan dia pun tiba di hadapan rumah Ahmad.

"Bagaimana harus aku memberikan penawar ini kepadanya?" soal hatinya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan melihat kawasan persekitaran rumah itu, berharap Ahmad ada di situ. Namun malangnya kelibat Ahmad tidak kelihatan di persekitaran rumahnya.

"Patutkah aku memberi salam?" keliru Linsing sementara botol berisi air penawar masih berada dalam dakapannya.

"Apa yang engkau mahu? Bagaimana engkau tahu namaku?"

Tiba-tiba cuping telinga menangkap suara lelaki sedang menjerit.

"Eh, adakah itu suara Ahmad?"

Tanpa berlengah Linsing lantas mengikut arah suara itu membawa dia sampai ke tingkap belakang rumah tersebut.

"Ahmad..." Linsing cuba memastikan siapa pemilik suara itu.

"Linsing?"

"Engkaukah itu?" nyaut suara itu.

"Iya, ini aku Linsing." terasa lega hatinya apabila mengetahui benar itu adalah suara Ahmad.

"Apa yang engkau lakukan di sini?"

"Aku bimbang tentang engkau Ahmad, jadi aku membuat keputusan untuk ke sini. Engkau tidak apa-apa kah?" soal Linsing mulai risau.

"Aku tidak apa-apa, namun aku terkunci di dalam bilik ini." balas Ahmad membuatkan Linsing bertambah risau.

"Kenapa? Apa yang terjadi sehingga kau dikunci sebegini?"

"Akan aku ceritakan padamu, sekarang bantu aku untuk buka tingkap ini agar aku dapat keluar."

"Baiklah, sebentar" Linsing lantas meletakkan botol tersebut dan menjenguk-jenguk di kawasan sekeliling rumah itu. Mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk membuka tingkap tersebut. Namun penglihatannya tidak jelas akibat hari yang sudah larut malam,tiba-tiba pandangannya terhenti di satu dahan pokok yang sudah patah. Dia lantas mengambil dahan itu dan dihalakan ke arah tingkap tersebut.

"Ahmad, aku sudah jumpa sesuatu yang berguna."

"Aku mahu engkau jauhi tingkap ini, akan aku cuba membukanya" arah Linsing, Ahmad lantas mendengar kata-kata Linsing dan menjauhkan dirinya dari tingkap tersebut.

Dukk! Dukk!! Dukk!!!

Linsing cuba menghentak bilah tingkap tersebut.

"Apa yang engkau lakukan Linsing?" soal Ahmad mulai cemas.

"Percaya saja padaku."

Prakkk!!

Bilah tingkap itu pun terkepak. Pelahan-lahan Ahmad melompat keluar dari tingkap itu lalu membawa Linsing jauh dari kawasan perumahannya.

"Aduhh... Hahhh!" keluh Ahmad penat akibat berlari.

"Hahh... Engkau tidak apa-apa Ahmad?" soal Linsing yang sudah tidak cukup nafas akibat berlari.

"Aku tidak apa-apa." balas Ahmad sambil mengukirkan senyuman.

Tiba-tiba fikiran Linsing mulai melontarkan semula tentang penawar yang dibawanya.

"Bagaimana caranya untuk membuat dia minum penawar ini? Adakah dia akan percayakan aku?" desis hatinya. Bimbang sekiranya Ahmad tidak mahu minum penawar tersebut.

"Engkau sudah keletihan berlari, mahu minum air yang aku bawa?" soal Linsing sambil menghulurkan botol berisi air penawar tersebut. Dia tidak mahu Ahmad mengetahui siapa diri Ahmad yang sebenarnya. Namun tetap saja dia harus membuat Ahmad minum penawar itu sebelum jam 12 malam.

"Boleh juga, terima kasih ya" balas Ahmad lantas tangannya laju mencapai botol tersebut dan diteguknya.

"Syukurlah..." lega Linsing melihat Ahmad sudah mulai minum penawar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience