Chapter 12 - Permaisuri bunian

Horror & Thriller Series 1020

Jam 9 Pagi
09 Mei 2014

Hanani mencapai bantal peluk yang berada di atas katil itu lalu dicampakkan ke arah Wani yang sedang duduk bersila di atas lantai.

Gedebuk!

"Adoi! Weyh sakitlah!" jerit Wani lalu mencampakkan semula bantal itu ke arah Hanani.

"Tulah! Mengelamun lagi? Orang suruh lipat baju, dia pergi pengelamun pula." balas Hanani sambil ketawa berdekah-dekah, puas rasa hatinya dapat menyedarkan Wani yang sedang asyik termenung.

"Mengelamun pasal Putera kayangan lah tu!" ejek Hanani lagi.

"Bukan mengelamun lah.. Kau ni!" keluh Wani sambil menggosok-gosok kepalanya.

"Habistu? Kalau bukan mengelamun kau tengah buat apa tu?" soal Hanani.

"Aku mimpi benda pelik semalam..." balas Wani hendak memulakan ceritanya.

"Lah, kau mimpi apa pulak sampai buat kau serabut ni?" soal Hanani dengan nada mengejeknya.

"Aku mimpi..."

"Apa yang kamu mimpikan?" soal Cempaka yang tiba-tiba saja muncul dari arah belakangnya membuatkan Wani tidak dapat menyambung kata-katanya.

"Astarghfirullah halazim, Cempaka buat kami terkejut jelah..." mengucap Wani sambil memusingkan badannya menghadap ke arah pintu bilik.

"Saya mimpikan seorang wanita cantik macam awak Cempaka..." kata Wani sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah Cempaka.

"Alaa, kau mimpi tu je? Apa yang peliknya?" ejek Hanani.

"Tapi mimpi tu lain, pelik sangat." balas Wani sambil menunduk mengerutkan dahinya, ligat memerah otaknya untuk berfikir. Hatinya masih tidak dapat percaya bahawa apa berlaku itu hanyalah mimpi.

"Kamu berjumpa dengan dia di mana?" soal Cempaka ingin tahu.

"Di tepi pantai, waktu tu malam..." balas Wani lalu mendongakkan kepalanya memandang tepat ke arah Cempaka.

"Siapa wanita itu?" soal Cempaka, Cempaka dan Hanani hanya mendiamkan diri seketika menunggu jawapan dari Wani. Namun Wani hanya menundukkan mukanya keliru, fikirannya mulai memikir apakah dia patut memberitahu kepada Cempaka atau tidak.

"Siapa Manung Linsing sebenarnya ya?" soal Wani mendadak membuatkan bulu roma Hanani naik menegak, lantas Cempaka dan Hanani sudah dapat meneka siapa gerangan wanita cantik yang muncul di dalam mimpinya tempoh hari.

"Kenapa kamu mahu tahu tentang dia?" soal Cempaka mengambil langkah memasuki bilik itu, bilah pintu itu ditutup rapat.

"Dia muncul dalam mimpi saya semalam, tapi rupa parasnya tidaklah menakutkan seperti yang kami jumpa haritu..." kata Wani cuba menyusun kata-katanya.

"Bagaimana rupa parasnya?" soal Cempaka yang sudah duduk di atas lantai menghadap Wani.

"Badannya ramping, dia pakai baju kebaya putih bersama kain batik berwarna putih, rambut dia hitam berkilat. Muka dia kuning dan bibir dia merah, dengan kata lain dia sangat cantik."

________________________________________________
Jam 6 Petang

"Woi! Cepatlah!" jerit Asyraff tidak berpuas hati.

"Sabarlah! Kita orang nak turunlah ni!" jerit Hanani geram.

"Kejap, kejap..." ujar Wani pula, dia mengambil langkah perlahan menuruni tangga rumah kayu itu sambil tangannya memegang beg roda berwarna hitam yang agak berat.

"Biar Cempaka bawa kamu semua sampai ke kereta ye?" soal Cempaka yang sedang berdiri di hujung tangga sambil memegang sebatang kayu yang sama dengan ketinggiannya.

"Boleh-boleh, jom..." balas Hanani lantas menarik tangan Cempaka lalu mengekori Fezz, Asyraff dan Talif yang sudah jauh ke hadapan.

Mereka berenam terus berjalan menempuhi hutan lebat itu, pelbagai bunyi haiwan yang kedengaran tidak dihiraukan mereka. Niat mereka hanya mahu cepat sampai ke destinasi. Bimbang sekiranya sesuatu perkara buruk berlaku di pertengahan jalan.

Fezz mendongakkan kepalanya melihat langit yang sudah mulai gelap.

"Jauh lagi ke?" sapa Wani sambil menepuk bahu Fezz dari arah belakang.

"Entahlah..." balas Fezz ringkas.

Tikk!

Lantas masing-masing mula menghidupkan lampu suluh yang telah disediakan dalam genggaman, kelihatan suasana sudah mulai menjadi gelap. Angin di kawasan itu bertiup lembut melalui celah-celah tengkuk mereka menimbulkan perasaan gerun.

"Berhenti!" jerit Cempaka membuatkan langkah mereka terhenti, lantas memberi perhatian kepada Cempaka.

"Kenapa Cempaka?" soal Asyraff keliru.

"Cempaka mahu kamu semua dengar kata Cempaka baik-baik." balas Cempaka merendahkan suaranya, mereka mulai melirikkan mata ke arah Asyraff. Fikiran mereka ligat memikirkan apa yang sedang berlaku.

"Baiklah, apa dia?" soal Asyraff cuba menampilkan riak tenang.

"Apabila Cempaka memberi amaran, ambil segenggam tanah. Sambil membaca Ayatul Kursi segera taburkan tanah itu membuat bulatan di sekeliling kaki kamu. Selagi saya tidak memberi isyarat, jangan sesekali bertindak. Kamu semua faham?" pesan Cempaka membuatkan mereka semua tergamam, fikiran mereka sudah tepat meneka apa yang bakal berlaku.

"Tapi, saya tak hafal..." balas Hanani lemah.

"Tak mengapa, saya akan cuba bantu semua..." sapa Talif pula.

"Baiklah, kamu semua berdiri di balik pokok itu. Cempaka akan menyusul kemudian." katanya sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah satu pokok yang agak besar berdekatan mereka. Fezz lantas membawa rakan-rakannya bersembunyi di balik pokok besar itu, kejap-kejap mata mereka cuba mengintai apa yang hendak dilakukan Cempaka.

"Bismillahi Rahmani Rahim...." Cempaka mula membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran sambil matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling, kayu yang berada di dalam genggamannya itu dihentakkan beberapa kali di atas tanah.

"Ya Allah!" terpacul dari mulut Fezz apabila melihat kelibat seorang wanita muncul di hadapan Cempaka. Kelihatan wanita itu memakai gaun putih yang labuh diseret menyapu lantai, mukanya kelihatan putih bersih, namun bibirnya pucat seperti tiada darah yang mengalir, dari kelopak matanya terlihat biji matanya yang dipenuhi dengan warna hitam tidak mempunyai mata putihnya. Dikepalanya disarung mahkota putih yang tajam dan terdapat manik-manik yang berjurai.

"Tuanku..." tunduk Cempaka memberi hormat kepada wanita itu. Fezz dan yang lain hanya memerhati dari belakang pokok, fikiran mereka ligat memikirkan siapakah gerangan wanita tersebut.

"Apa yang engkau lakukan di sini?" soal wanita itu kepada Cempaka.

"Aku datang mencari pohon berduri untuk dijadi ubat." balas Cempaka memberi alasan.

Perlahan-lahan wanita itu mengambil langkah mendekati Cempaka yang masih menunduk, lantas tangannya dibawa ke leher Cempaka lalu digenggam kuat.

"Jangan berbohong. Katakan siapa yang engkau bawa kemari!" teriak wanita itu.

"A-aku tidak ber-bohong..." usaha Cempaka cuba memberi penjelasan sambil tangannya cuba untuk menolak genggaman wanita itu.

"Jangan berbohong! Aku dapat menghidu bau mahluk selain dari kita." teriaknya lagi, tangannya makin kuat mencekik leher Cempaka lalu diangkat sehingga kaki Cempaka tidak lagi menjejak tanah.

"Wei! Kita nak buat apa ni?" soal Asyraff yang sudah mulai cemas menyaksikan kejadian itu.

"Shhh, Cempaka dah pesan jangan bertindak selagi dia tak bagi isyarat." balas Fezz sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

"Habis takkan kita nak biarkan je?" soal Wani pula.

"Bismillah..." kedengaran suara seseorang sedang membaca sesuatu, lantas Wani dan yang lain menoleh kepala mereka ke belakang, lalu memandang tepat ke arah Talif yang sedang mengenggam tanah sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Allahuakbar!" jerit Talif sambil tanah yang berada di dalam genggamannya itu dibaling ke arah wanita tersebut.

"Aaaaah!!!" jerit wanita itu kesakitan, lantas tangannya melepaskan genggaman di leher Cempaka. Membuatkan Cempaka jatuh terpelusuk ke atas tanah. Kelihatan muka wanita dipenuhi dengan tanah yang seolah-olah sedang membakar kulit mukanya.

"Cempaka!" jerit Wani tergesa-gesa berlari arah Cempaka. Segera dia membantu Cempaka bangun lalu dibawa bersembunyi di balik pokok besar itu.

"Se-segeraa! Ba-bacakan dan taburkan..." arah Cempaka sambil tangannya masih mengosok-gosok lehernya yang masih sakit akibat dicekik.

Lantas Fezz mengambil sengenggam tanah sambil membacakan Ayatul Kursi, dia menaburkan tanah tersebut membuat bulatan di sekeliling mereka.

"Sekarang, jangan keluar dari bulatan ini." pesan Cempaka berusaha untuk mengeluarkan suaranya yang masih serak.

"Kita nak duduk sini je ke? Macam mana kalau perempuan tu datang sini?" soal Hanani yang mulai cemas.

"Dia tidak akan boleh masuk!" tegas Cempaka, namun tetap saja susah untuk mereka percaya. Mata mereka mulai memandang ke arah wanita itu yang sudah jatuh terpelusuk di atas tanah. Sambil tangannya meraba-raba mukanya.

"Be-betul ke ni Cempaka?" getar suara Wani ketakutan, suasana menjadi kelam membuatkan fikirannya ligat memikirkan sama ada dia patut duduk di situ ataupun lari selamatkan dirinya.

"Jangan risau." balas Cempaka ringkas.

"Dah hilang!" jerit Talif apabila mendapati wanita itu tidak lagi berada di hadapan mereka. Mata mereka mulai meliar mencari-cari kelibat wanita itu namun tidak kelihatan di mana-mana.

"Macam mana ni?" soal Hanani bertambah risau.

"Tenang. Selagi kita berada di dalam bulatan ini, dia tidak akan dapat menganggu kita." balas Cempaka cuba menenangkan hati mereka.

"Siapa tu Cempaka?" soal Hanani lagi, namun Cempaka hanya mendiamkan diri beberapa saat.

"Permaisuri Bunian." balas Cempaka membuatkan mereka sudah dapat meneka Permaisuri itulah yang pernah diceritakan oleh Cempaka tempoh hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience