Chapter 17 - Kitaran Masa

Horror & Thriller Series 1020

Jam 3 Petang
15 Mei 2014

"Bunian?"

Pemuda itu tergamam tatkala Pak Hamid menceritakan tentang kehilangan seorang wanita akibat diculik oleh bunian, bukan tidak mahu percaya. Tetapi dia seorang lelaki yang berlandaskan logik terlebih dahulu, sekiranya dia rasa perkara itu boleh dipercayai barulah dia akan percaya. Tetapi kes kali ni agak susah.

"Biar betul pakcik... Bunian?"

"Iyaaa, pakcik sendiri dah pergi hutan tu. Memang ada bunian dekat situ, kau janganlah berani berani nak ke sana. Dibuatnya ada yang berkenan dekat kau, dia culik kau masuk ke alam dia nanti." pesan pakcik Hamid beria-ia mahu pemuda itu percaya, tangannya sempat mencapai secawan kopi lalu diteguknya.

"Iyalah pakcik, saya tak ada hati pun nak tengok bunian tu. Lawa mana pun dia takkan buat hati saya cair." katanya melayankan sajalah kerenah pakcik Hamid, kalau tak kerana Pakcik Hamid saja yang menjadi penemannya ketika berada di kampung itu tidaklah dia duduk di situ mendengarkan cerita Pakcik Hamid berkenaan perkara mistik itu.

"Tapi bukan ke dia masuk hutan dengan empat orang kawan dia? Kenapa dia je yang diculik?" soal pemuda itu terasa berminat ingin mencungkil pendapat daripada lelaki tua itu.

"Orang cakap bunian ni takkan culik orang sebarangan!" jelas Pakcik Hamid.

"Habistu kenapa dia pilih perempuan tu?" soalnya lagi.

"Setahu pakcik ada dua sebab je, antara dia pilih budak tu sebab budak tu berhati suci ataupun sebab budak tu ada darah bangsawan." jelas Pakcik Hamid.

"Darah bangsawan? Anak raja?" soalnya lagi.

"Ya, tapi maksud pakcik bangsawan bangsa bunian!" jelas Pakcik Hamid lagi. Berkerut dahi pemuda itu dibuat Pakcik Hamid, berbual dengan lelaki tua itu membuatkan fikirannya semakin kusut mendengar kisah yang diceritakan Pakcik Hamis. Bermula dengan kisah penculikkan kini sudah dikaitkan pula penyebab wanita itu diculik kerana mempunyai darah keturunan bunian yang mengalir dalam badannya. Tak masuk akal!

"Oh...." jawab pemuda itu ringkas, akal fikirannya sudah tidak dapat menghadam kisah yang diceritakan Pakcik Hamid.

"Tapi, apa pula yang terjadi pada kawan-kawan dia selepas kejadian tu?" soal pemuda itu.
__________________________________________________
Jam 4 Petang
17 Mei 2014

"Kau okay tak?" sapa satu suara membuatkan Fezz tersedar dari lamunannya. Fezz sedang duduk di atas katil lantas menolehkan kepalanya mencari pemilik suara tersebut.

"Lah kau rupanya Talif." saut Fezz cepat-cepat tangannya bersalaman dengan Talif yang sedang berdiri di hujung katil.

"Apa cerita? Seminggu dah tak jumpa makin kurus aku tengok." tegur Talif yang sedar akan perubahan kawan baiknya itu.

"Biasa je, tunggu masa untuk keluar dari tempat nilah" balas Fezz mengukir senyuman, wajahnya menunduk.

"Fezz... Aku kenal kau baru semalam ke?" soal Talif lalu melabuhkan duduknya di sebelah Fezz.

"Sejak kita keluar dari kampung tu, kau dah berubah..." sambung Talif lagi. Tatkala Fezz masih menunduk, jari jemarinya ligat mencarit-carit bulu halus di hujung lengan baju hospital itu yang kelihatan agak lusuh.

"Aku bukan apa... Kau sendiri dah dengar cerita daripada Putera Hazrin kan?" soal Fezz.

"Hmm lepastu?" balas Talif.

"Aku rasa biarkan Cempaka dan Hazrin galas tanggungjawab cari Wani tu, keputusan yang paling bodoh pernah aku buat. Macam mana kita nak jamin yang Wani selamat? Betul ke kita boleh percayakan dia orang?" soal Fezz bertalu-talu, hatinya resah.

Walaupun dia dan kawan-kawannya sudah bersetuju untuk tidak masuk campur dalam misi pencarian Wani, tetapi fikirannya masih ligat memikirkan jalan untuk mencari Wani. Bahkan kehilangan Wani bukanlah di alam yang wujud di mata kasar manusia, entah sampai bila dia perlu menunggu kehadiran Wani yang dijanjikan Cempaka.

"Kau tak ingat apa Cempaka cakap?" soal Talif.

"Haa?" Fezz menolehkan kepalanya memandang Talif, berkerut dahinya cuba memahami apa yang cuba disampaikan Talif.

"Waktu kita berjalan tiga kali ganda lebih cepat daripada waktu di sana, kitaran masa kita berbeza." jelas Talif.

"Jadinya?" soal Fezz masih tidak dapat ditangkap oleh akal fikirannya.

"Jadinya kita kena sabar sikitlah, bagi kita dah dekat dua minggu tak ada khabar berita. Tapi dekat sana baru berapa hari je dia orang berusaha mencari Wani, bagilah dia orang masa lagi." jelas Talif cuba menenangkan hati kawan baiknya itu.

"A-aku tahu tu tapi..."

"Dah tak ada tapi-tapi, kau makan nasi ni lepastu makan ubat." pesan Talif menepis kata-kata yang cuba disampaikan oleh Fezz, lantas dia menghulurkan sebungkus nasi lemak diberikan kepada Fezz.

"Lagipun takkan kau nak masuk balik hutan tu... Kau tak ingat ke apa yang jadi dekat kita masa Putera Hazrin tolong kita cari Wani?" soal Talif.

______________________________________________________
Jam 10 Malam
09 Mei 2014

~Malam kejadian~

"Kita dah dekat mana ni?" soal Hanani.

Kelihatan disekelilingnya hanyalah hutan tebal, tiada lagi kelihatan perkampungan berdekatan itu. Hanani sedang berjalan sambil berpeluk tubuh akibat kesejukkan malam yang mulai mencengkam, dibelakangnya diikuti Fezz, Talif dan Asyraff.

Manakala Cempaka dan Hazrin sedang berjalan di bahagian hadapan sedang memegang obor api dijunjung merempuhi kegelapan malam.

"Ikut jelah kau ni kan..." bisik Fezz membuatkan Hanani terdiam.

Perjalanan mereka seolah-olah tanpa arah tuju. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka semua memberikan sepenuh tumpuan mencari kelibat Wani di kawasan sekitar. Manakala kelihatan Cempaka dan Hazrin memberi tumpuan hanya pada jalan yang mereka lalui, seolah-olah mereka sudah tahu di mana keberadaan Wani.

"Tuanku!"

Tidak lama kemudian kelihatan seorang pemuda lengkap berpakaian baju melayu sedang berlari ke arah mereka.

"Ada apa ni?" soal Putera Hazrin.

"Keluarga kuning sedang berhadapan dengan bencana!" jelas pemuda itu membuatkan Cempaka dan Hazrin saling berpandangan, riak muka mereka kelihatan terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh pemuda tersebut.

"Apa yang sudah terjadi?" soal Cempaka cemas.

"Aku tidak tahu, namun khabar angin mengatakan ia angkara ilmu sesat Ali Awang!"

______________________________________________________
Jam 3 Petang
15 Mei 2014

"Kau rasa siapa Ali Awang tu sebenarnya?" soal Fezz.

"Entahlah, tapi yang pasti dia seorang manusia yang mengamalkan ilmu hitam." jawab Talif.

"Macam mana kau yakin sangat?" soal Fezz lagi,

"Kau tak dengar lelaki tu cakap apa? Ilmu sesat. Ilmu sesat dengan ilmu hitam sama jelah tu. Bangsa mana je yang guna ilmu hitam kalau bukan manusia?” jelas Talif.

Fezz hanya berdiam diri seketika memberi keluhan panjang sebelum matanya mulai memandang Talif.

“Sebab itulah Talif... sebab itulah.” kata Fezz.

“Manung Linsing. Permaisuri Bunian.. Lepas itu Ali Awang pula, macam mana semua benda ini buat kau yakin sangat Wani tak akan apa-apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience