Chapter 1 - Buku apa ini?

Horror & Thriller Series 1020

Jam 5 petang
30 April 2014

3 Tahun sebelum

Wani bangun dari tempat duduknya, kakinya sudah mulai kebas kerana duduk terlalu lama, dia menyelak lengan kiri baju untuk memeriksa jam tangannya.

"Dah pukul 5:30 petang, mana dia ni?" keluh hati Wani.

Wani menjenguk ke kiri dan ke kanan melihat kalau-kalau kawan baiknya sudah tiba, bimbang Wani sekiranya Hanani sudah terlupa untuk menjemputnya di perpustakaan itu. Setiap minggu Wani akan menghabiskan masanya untuk membaca beberapa buku di perpustakaan, buku yang menjadi keutamaannya adalah buku "Horror & Triller". Dia sangat menggemari buku seram seperti mahluk ghaib dan pembunuh bersiri, mahupun sesuatu yang tidak dapat ditafsirkan, dia akan berusaha untuk mencari jawapan melalui buku-buku lama di perpustakaan tersebut.

Lantas dia teringat akan kejadian dia membeli buku di Kedai Buku berdekatan dengan rumahnya, kerana terlalu banyak buku yang dibeli Wani pada waktu itu, membuatkan "Cashier" di kedai itu terpaku melihat hampir 30 buah buku disusun di Kaunter itu, kesemua buku itu adalah Novel seram yang berharga RM20 hingga RM30 untuk satu buku.

Wani tersengih, geli hatinya teringatkan kejadian itu.

Pinn! Pinnn!

Wani tersedar dari lamunannya, dia menoleh ke kanan, kelihatan kereta Myvi berwarna putih dipandu seorang wanita memakai baju kurung moden berwarna hijau dan mengenakan tudung berwarna coklat gelap. Wani mengambil beberapa langkah menuju ke kereta tersebut, lantas pintu kereta pun dibuka.

"Haa! Asal tak datang esok je?" Wani memerli geram rasanya.

Hanani tersengih, sedarlah dia memang silapnya. Dia menoleh ke tempat duduk belakang, lalu mencapai kotak yang bertulis "Secret Resepi" dan dihulur kepada Wani.

"Maaf, aku singgah beli ni tadi. Boleh makan sama-sama nanti." pujuk Hanani.

Wani melabuhkan punggungnya duduk di sebelah tempat duduk pemandu, kotak kek yang diberi Hanani diletakkan di atas ribanya. Bau Chocolate Cream mengusai deria hidung Wani, terliur rasanya seperti hendak menjamah kek itu sekarang juga.

Tiba-tiba mata Wani tertumpu pada buku yang diletakkan di atas "Dashboard" kereta itu. Kelihatan Novel berwarna Hitam yang bertajuk "Jangan Baca", tulisannya berwarna merah seperti darah yang mengalir.

"Eh, sejak bila kau suka baca Novel Seram ni?" soal Wani kepada Hanani.

"Bukan aku punya lah" jawab Hanani ringkas.

"Kalau bukan kau punya, siapa punya?"

"Aku terjumpa dekat depan rumah aku pagi tadi, mungkin ada orang tercicir... Kalau kau nak ambil jelah." kata Hanani sambil mengisyaratkan tangannya untuk Wani mengambil saja buku tersebut. Dia sudah dapat membaca perangai kawan baiknya itu, pasti saja Wani tertarik dengan buku yang mempunyai unsur seram itu.

"Hehehe, Terima kasih!" Wani tersenyum gembira, dapatlah dia menambah koleksi Novel Seram di almari bukunya itu.

Hanani lalu menekan minyak menggerakkan kereta itu, pada petang itu Wani menghabiskan baki harinya berjalan-jalan di KLCC bersama Hanani.

________________________________________________
Jam 10:45 Malam

Kereta Myvi berwarna putih itu pun tiba di hadapan sebuah rumah bangglo dua tingkat yang dicat dengan warna Kuning, di luar rumah itu penuh ditanam dengan pokok keladi birah, terdapat juga cermin-cermin dengan pelbagai saiz dan bentuk digantung di setiap sudut rumah itu. Terdapat Kain batik yang dijadikan langsir di setiap tiang rumah itu, di setiap cermin rumah itu ditampalkan dengan pelbagai Surah-surah dan Ayat-ayat suci Al-Quran. Hanani sudah faham sangat tentang sejarah nenek moyang keluarga Wani yang cukup terkenal dengan perubatan dan pendinding rumah dari gangguan mahluk-mahluk seperti Jin dan Syaitan. Kata Wani sejarah keluarga nenek moyangnya pernah terkena gangguan Orang Minyak, Hantu Laut, Jin Ular dan pelbagai jenis mahluk ghaib, jadi sampai sekarang mereka masih mengamalkan ilmu pendinding turun temurun keluarganya itu.

Hanani mengerakkan tangannya mencapai "Hand Break", lalu ditekannya kereta itu pun berhenti di hadapan rumah Wani.

"Dah sampai..."

Wani mengukir satu senyuman, dia rasa berterima kasih kerana kawan baiknya itu sanggup menghantar dia pulang setiap hari. Dia bersyukur sangat dapat kawan yang baik seperti Hanani. Selain Hanani, tiada siapa yang mahu berkawan dengannya selepas tahu tentang sejarah keluarganya itu.

"Terima kasih, jumpa kau esok ?"

"Okay" jawab Hanani ringkas, lalu membalas senyuman Wani.

Wani lantas keluar dari kereta itu, dia melambai-lambaikan tangannya sejurus melihat kereta Hanani berlalu pergi, dia mengeluarkan kunci rumahnya lalu mengambil langkah masuk ke dalam rumah. Pintu kayu itu ditolak lalu dikunci dari dalam.

"Baru balik?"~

Satu suara menyapa Wani dari belakang, Wani tersentak. Terasa seperti mahu tercabut jantungnya, dengan perlahan dia menoleh melihat siapa pemilik suara itu. Kelihatan seorang wanita umurnya dalam lingkungan 50-an memakai baju tidur kelawar berwarna merah dan memakai kaca mata sedang berdiri memandangnya.

"Eh mak, terkejut Wani." jawap Wani lega rasanya bila melihat Puan Murni yang menegurnya itu.

"Pergi mana tadi?" soal Puan Murni hendak tahu.

"Macam biasa Wani keluar pergi perpustaakan tadi, lepastu pergi jalan-jalan dengan Hanani kejap. Mak marah ke?" risau Wani sekiranya Puan Murni marah kepadanya kerana balik lewat malam, memandang dia adalah anak tunggal dalam keluarga itu, pasti saja Puan Murni mengambil berat tentangnya.

"Tak adalah, mak tanya je." jawab Puan Murni mengukirkan senyuman, lalu melabuhkan duduknya di ruang tamu yang tidak jauh dari pintu masuk.

"Wani masuk bilik dulu ye?" kata Wani lalu mengambil beberapa langkah menaiki tangga memasuki biliknya yang berada di sebelah kiri tangga. Kelihatan bilik itu gelap dan hanya diterangi dengan cahaya bulan melalui tingkap biliknya yang sentiasa dibiarkan terbuka, dia meraba-raba dinding bilik mencari suis lampu.

Tikk!

Lampu bilik itu pun terbuka, kelihatan biliknya serba serbi berwarna merah jambu. Dinding bilik yang dicat dengan warna merah jambu dan syiling berwarna putih menandakan bilik itu milik seorang wanita. Wani lantas mencampakkan beg tangannya ke dalam raga yang disimpan pelbagai jenis beg tangan, lalu menghempaskan badannya ke atas katil kelamin yang berada di tengah bilik, tilamnya di pasangkan cadar berwarna merah jambu, terdapat corak bunga-bunga kecil yang berwarna biru.

Tsikk!

Bau haruman Lemon kuat menguasai setiap sudut bilik itu, pewangi yang di pasang di sudut bilik itu telah disetkan untuk menyembur setiap 15minit. Wani mengeluh panjang melepaskan rasa penatnya, selepas menghabiskan masa 4Jam membaca buku di Perpustakaan, selepas itu berjalan pula hingga lewat malam bersama Hanani.

"Penat?"~

Wani tersentak, langkas dia membetulkan duduknya di atas katil. Kedengaran seperti suara wanita berbisik di telinganya, dia menoleh kepalanya melihat di sekeliling.

"Siapa tu?" soalnya seorang diri.

Namun tiada kelibat seorang pun di dalam bilik itu selain dirinya, Wani menggelengkan kepalanya, menggosok-gosok kelopak matanya.

"Aku tersalah dengar kot?" kata Wani menenangkan hatinya.

Wani bangun dari katilnya, lalu dia mencapai tuala putih yang digantung di tombol pintu biliknya dan mengambil langkah menuju ke bilik air di hujung biliknya.

Tsekk!

Kedengaran bunyi sesuatu bergesel, Wani mengalihkan pandangannya ke arah kakinya, kelihatan buku yang diberi Hanani berada di lantai di hujung kakinya. Dia membongkok lalu mencapai buku tersebut.

"Mesti terkeluar dari beg aku tadi ni.." katanya di dalam hati.

Wani lalu melabuhkan duduk semula di atas katil, tergerak hatinya mahu melihat apa isi kandungan buku tersebut.

"Jangan Baca, Min Hafiz" dia membaca tajuk dan nama penulis buku tersebut.

Wani menyelak permukaan pertama buku itu, kelihatan helaian pertama kosong tiada tertulis apa pun di situ. Lalu diselak helaian kedua, kelihatan hanya terdapat beberapa baris ayat yang ditulis di situ, bahagian bawahnya dibiarkan kosong.

"Di malam hari bonang di palu, menandakan kasih kepada bondaku. Paluan pertama menghantar bauan bunga, paluan kedua menghantar angin lembut membelai jiwa, paluan ketiga mengikut rentak tarianku. Dari segala kecelekaan, pemilik bonang akan di lindungi." Wani membaca setiap baris ayat di helaian kedua.

"Pantun ke ni?" soal Wani di dalam hati.

Tsikk!

Wani tersentak, kedengaran bunyi pewangi di sudut bilik itu menyemburkan wangian. Wani mendongakkan muka ke atas, lalu menutup matanya lama menikmati bau wangian tersebut. Terlalu wangi dan lembut membelai, terasa tenang membuatkan Wani mahu melelapkan matanya.

Tiba-tiba...

"Eh? Ni bukan bau lemon!" Wani langkas membuka matanya. Dia tersedar dari belaian wangian itu, lalu dia cuba menguatkan deria baunya untuk mengenalpasti bau wangian itu.

"Bau bunga!" tepat Wani meneka bau wangian itu.

Wani dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena, tiba-tiba dadanya terasa sesak, bau wangian bunga sejurus bertukar menjadi bau busuk seperti bangkai. Dia menepuk-nepuk dadanya berusaha untuk bernafas, dia cuba untuk mejerit meminta tolong. Namun dia tidak dapat mengeluarkan suaranya, seolah-olah ada sesuatu yang menyekat saluran penafasannya. Setitis air matanya keluar terasa sakit akibat sesak dadanya, hatinya meronta-ronta mengharap akan ada seseorang datang membantunya. Bulu romanya naik menegak, dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang menghampirinya. Tangannya menggigil, suasana bertukar menjadi sejuk kedinginan, seolah-olah dia berada di dalam peti sejuk yang dingin.

"Takut?"~

Kedengaran suara wanita berbisik di telinganya.

"Wani?"~

Wani tersedar, kelihatan Encik Hafis sedang berdiri di hujung pintu. Wani menoleh melihat sekeliling biliknya, mencari-cari bauan bangkai yang menguasai setiap sudut biliknya sebentar tadi. Wani menarik nafas lega, nampaknya bau wangian bunga mahupun bau bangkai tersebut sudah beransur hilang.

"Wani kenapa ni? Abah dengar Wani terbatuk-batuk macam sesak nafas tadi?" soal Encik Hafis risau akan anak daranya itu.

"Tak ada apa abah, Wani tertelan gula-gula je" jawap Wani tidak mahu membuat orang tuanya risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience