Chapter 4 - Manusia atau apa?

Horror & Thriller Series 1020

Jam 11:30 Malam
30 April 2014

Encik Hafis merenung tajam wajah anak daranya yang sedang berdiri di hadapannya itu, dia mengalehkan kedua tangan lalu mencekak pinggangnya.

"Haihh! Betul ke ni Wani? Siap berpeluh-peluh lagi, mana boleh tak ada apa-apa..." soal Encik Hafis bimbang melihat keadaan Wani seolah-olah baru lepas membuat larian 10 meter, dadanya berombak laju, mukanya juga pucat, terdapat beberapa titisan air peluh di dahinya.

"Wani okay lah abah, betul. Wani tertelan gula-gula saja, abah janganlah risau." pujuk Wani menenangkan hati bapanya itu.

"Baiklah abah percaya, abah masuk tidur dulu, kalau ada apa-apa panggil abah..." pesan Encik Hafis kepada Wani, dia pun berlalu pergi meninggalkan Wani seorang diri. Hatinya masih kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anaknya sebentar tadi, oleh kerana keluarga mereka sangat menjaga ilmu pendinding diri, Encik Hafis seolah-olah sudah dapat membaca sekiranya ada sesuatu yang tidak baik berlaku di dalam rumah itu.

Encik Hafis tiba di bilik tidurnya, kelihatan Puan Murni sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, dia melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Puan Murni di atas katil "King Size". Kepalanya terasa pening, hatinya masih runsing memikirkan keselamatan anak daranya itu.

"Wani ada bawa masuk sesuatu yang tak elok ke?" dia meneka di dalam hatinya.

Akibat terlalu risaukan anaknya itu, Encik Hafis tidak dapat melelapkan mata walau sekejap pun. Lalu dia mengambil keputusan untuk menonton televisyen di ruang tamu tingkat bawah rumahnya itu. Tiba di ruang tamu dia terus melabuhkan duduknya di atas sofa, lalu menekan butang "ON" pada alat kawalan jauh Astro, muncul lah cerita "P-Ramlee Bujang Lapuk" di kaca televisyen.

Tukk!

Cuping telinganya menangkap bunyi ketukkan di bahagian luar pintu rumah, dia menolehkan kepalanya memerhatikan lama pintu kayu itu. Hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena, namun setelah lama merenung ke arah pintu, lalu dia menolehkan kepalanya kembali menonton televisyen.

Tukk! Tukkk!

Bunyi ketukkan kembali kedengaran, Encik Hafis membetulkan duduknya di atas sofa. Hatinya sudah dapat meneka ada "benda" yang cuba menghampirinya, tangannya mencapai alat kawalan jauh lalu diperlahankan suara televisyen tersebut. Dia menguatkan lagi deria pendengarannya, mata meliar mencari-cari kalau ada kelibat yang pelik di dalam rumah itu. Kedua-dua tangannya menggenggam kuat di bahu sofa, kepalanya di hadapkan ke arah televisyen semula, matanya ditutup rapat membenarkan tiupan angin berlegar-legar di kawasan itu.

"Dari hujung barat aku menjemput, dari hujung selatan aku memanggil, bertandanglah kemari ke kawasanku, memberi amaran dari kecelakaan." terkumat-kamit mulutnya, seolah-olah membaca mantera.

Tidak semena-mena angin bertiup kencang melalui celah-celah tingkap rumahnya, lalu membuat satu putaran kecil di depannya. Bau wangian bunga di hantar angin kuat menguasai ruang itu, lampu ruang tamu tiba-tiba menjadi malap. Dia dapat merasakan seolah-olah fikirannya dapat mengawal setiap sudut ruang tamu itu.

Tiba-tiba, dia merasakan dari kawasan tangga ada sesuatu melangkah mendekati kawasan ruang tamu, perasaannya kuat mengatakan ia adalah susuk tubuh seorang wanita. Selangkah demi selangkah tubuh itu mula mendekatinya, mata Encik Hafis masih terpejam rapat. Tiupan angin di sekelilingnya seolah-olah membantunya untuk mengenalpasti apa yang berada di ruangan itu.

Srettt...

Kedengaran bunyi kain diseret, membuat fikirannya terbuka luas menggambarkan susuk tubuh wanita yang memakai baju gaun putih labuh diseret di atas lantai.

Ting! Ting..

Bunyi loceng sayup-sayup kedengaran menggambarkan wanita itu memakai gelang di pergelangan tangannya. Dia dapat merasakan wanita itu semakin menghampirinya, fikirannya cuba menggambarkan raup wajah wanita itu, namun gagal oleh kerana di kepala wanita itu terdapat sejenis kain putih yang labuh menutupi wajahnya.

Takk!

Kedengaran langkah terakhir diambil wanita itu berhenti betul-betul di belakangnya.

________________________________________________
Jam 8 Pagi
01 Mei 2014

"Wani! Cepatlah turun, mak dah sediakan makan ni..." jerit Puan Murni memanggil anak daranya untuk turun dan makan bersamanya dan Encik Hafis.

"Kejap!" balas Wani tergesa-gesa menuruni tangga lalu menuju ke ruangan dapur itu. Dia melabuhkan duduknya di meja makan di hadapan bapanya.

"Selamat pagi!" ucap Wani sambil tersenyum, melihat anak daranya gembira membuatkan Puan Murni turut tersenyum.

"Wani gembira sangat ni kenapa?" soal Puan Murni.

"Maya, Hanani dan Syida ajak keluar jalan lepas kelas ni..."

"Patutlah anak mak ni gembira semacam, nak kemana?"

"Tak tahu lagi." jawab Wani ringkas lalu menjamah makanan yang dimasak oleh Puan Murni di hadapannya itu, terdapat nasi lemak berlaukkan rendang ayam dihidangkan di atas meja, bau rendang ayam kuat menusuk hidung Wani membuatnya teliur.

Selesai saja makan, Wani mencapai beg tangannya berwarna hitam lalu menyandangkan di bahu belah kanannya.

"Wani pergi dulu mak, abah." kata Wani mencium tangan kedua ibu bapanya lalu meninggalkan ruang makan itu.

"Ada apa-apa yang tak kena ke abang?" soal Puan Murni kepada suaminya itu, pelik melihat sikap suaminya mendiamkan diri saja sewaktu makan, selalunya suaranya saja yang kedengaran.

Encik Hafis meletakkan sudu dan garfunya di hujung pinggan, lalu wajah Puan Murni ditatapnya.

"Murni, saya nak awak hidupkan semula bonang itu..." kata Encik Hafis membuatkan Puan Murni terdiam. Tanpa perlu menjelaskannya Puan Murni sudah faham apa sedang berlaku di dalam rumahnya, memandangkan salasilah keluarganya itu banyak terlibat dalam perkara-perkara mistik ini. Dia dan suaminya telah dilatih untuk mengamalkan pelbagai jenis mantera yang diturun temurunkan oleh keluarganya, namun bonang pusaka ibunya yang diturunkan kepadanya itu hanya akan dimainkan sekiranya keadaan tidak dapat dikawal lagi, tujuan bonang itu dimainkan adalah untuk "menghidupkan" semula kuasa gamelan tersebut yang akan melindungi pemilik bonang dan keluarganya itu dari segala kecelakaan. Encik Hafis juga merupakan supupunya sendiri, sedikit sebanyak dia juga tahu tentang sejarah nenek moyang mereka.

"Angkara manusia atau apa? soal Puan Murni kepada suaminya itu.

"Saya dapat rasakannya, ada sesuatu yang cuba menghampiri kita. Sesuatu yang kita tidak dapat lawan dengan kudrat kita sendiri!" tegas Encik Hafis membuatkan Puan Murni terkedu. Kehidupan mereka anak beranak selama ini tenang tanpa gangguan apa pun, gangguan terakhir yang pernah berlaku adalah sewaktu umurnya masih 6 tahun lagi. Entah mengapa keturunannya itu seolah-olah menjadi magnet kepada mahluk-mahluk ghaib ini, menyebab mereka perlu mengamalkan ilmu pendinding dari gangguan mahluk halus.

"Baiklah" jawab Puan Murni mematuhi arahan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience