Prolog

Horror & Thriller Series 1020

Jam 9:45 Malam,
15 Januari 2017

Fezz berlari-lari menuruni tangga, dadanya berombak laju, dia tiada masa lagi untuk berlengah, bimbang hatinya sekiranya dia ketinggalan bas terakhir di Kolej itu. Fezz terpaksa merempuh keadaan di kolej yang agak gelap dan kabur, tanpa ia sedari sebuah buku yang bertajuk "Merinding Malam" yang berada di dakapan tangannya terjatuh di salah satu anak tangga.

"Muhammad Faezz!" ~

Langkah Fezz terhenti, kedengaran satu suara memanggilnya dari belakang. Tiba tiba jantungnya berdegup laju, di dalam hatinya sudah berfikir yang bukan-bukan.

"Siapa pula yang panggil nama aku malam-malam ni? Nama penuh aku pula tu..." soal Fezz di dalam hati.

Dengan perlahan dia menoleh kepalanya ke belakang, matanya meliar mencari-cari siapakah pemilik suara yang memanggilnya itu. Tiba-tiba matanya terhenti di hujung tangga, kelihatan seorang wanita memakai baju kurung berwarna merah muda, rambutnya dilepaskan di sisi bahu kirinya. Bau minyak wangi Calorina 212Vip kuat mengusai setiap sudut tangga itu, wanita tersebut berdiri sambil mencekak pinggang merenung marah ke arah wajahnya.

"Eh Wani? Tak balik lagi?" soal Fezz keliru.

"Awak janji nak balik sekali kan? Saya tunggu Awak lama tau!" kata Wani sambil mencebik mukanya masam. Geram hatinya melihat Fezz seolah-olah terlupa tentang janji mereka tempoh hari.

"Allahuakbar! Saya lupa, maafkan saya Wani..." cemas Fezz memohon maaf, sungguh dia terlupa perjanjian dia untuk balik bersama teman wanitanya itu.

Wani mengambil beberapa langkah menuruni tangga, lalu berdiri betul-betul di hadapan teman lelakinya itu. Dia menghulurkan buku di pergelangan tangannya itu diberikan kepada Fezz.

"Nah, buku awak jatuh tadi.."

"Eh, Terima Kasih" Fezz tersengih.

"Dah jom! Nanti tertinggal bas bermalam pula kita dekat sini" bimbang Wani.

"Eloklah tu, bukan selalu dapat berkemah berdua je" kata Fezz membuat-buat suara manjanya.

"Awak nak sangat, awak tidur seorang saja dekat sini!" jerit Wani geram dengan gurauan Fezz yang tidak kena dengan waktunya.

Fezz tersengih, tergesa-gesa dia mengejar Wani yang sudah jauh ke hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience