Bab 12

Romance Series 4842

******

"Hai kak, kau kenapa? Dari tadi ke hulu ke hilir. " Aidil bertanya kepadaku.

"Takde papelah. Aku tak tahu nak pakai baju apalah. Mamat tu ajak aku dinner. " Aku duduk di sebelahnya.

"Alah, kau pakai jelah baju biasa. Takyah nak over sangat pakai baju kurung. kau bukan nak pergi kerja. " Aidil memberikan pendapat.

"hmm, yelah aku naik atas dulu. Dia datang jemput aku lepas isyak kang." Aku berlari masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Aku bukan jenis perempuan yang pakai make up tebal ye. Aku just sapu bedak pakai lip tint dah siap.

Aku hanya pakai bawal je. belah kanan aku naikkan ke atas dan aku pin kan dekat sanggul dan belah kiri aku pin dekat bahu. simple je. Baju, aku pakai blouse dan seluar jean. Tak ketat dan tak pula besar.

Pin pin pin

Dia dah sampai. "Kak, mamat tu dah sampai. Cepatlah. " Aidil menjerit memanggilku.

"Yelah, aku dah siap dah. Bye. nanti kalau ibu tanya cakap aku pergi dinner tau. bye. " Aku terus menyarungkan sandal dan menuju ke Nazmi.

"......." Nazmi memandangku tanpa berkelip. Aku melihat pemakaian ku ada yang terkoyak ke? takde pun.

"Awak.. awak.. awak kenapa? " Aku melambai lambai tangan ku di depan mukanya.

"Hah?! sa.. sa.. saya okey. Dah jom. Nak saya buka kan pintu ke? " Dia beralih ke sebelah pintu. belum sempat dia mahu membuka pintu aku telah melarang.

"Takpelah, saya boleh buka sendiri. Tangan saya okey lagi." Aku membuka pintu dan sempat aku senyum ke arah nya.

"Awak, kita nak makan kat mana ni? " Aku bertanya sambil mataku ligat memandang hadapan. Malu sebenarnya nak pandang muka dia.

"Jijik sangat ke saya ni sampai awak cakap pun awak taknak pandang saya. " Nazmi bersuara. Alah, merajuk ke bang.

"Bukan macam tu. saya.. saya.. " Takkan lah aku nak cakap yang aku malu. Aaaaah. Aku jerit dalam hati.

"Saya apa?! " Nazmi menengking aku. What the...

Apa masalah mamat ni nak tengking tengking aku? "Saya malu. Puas hati awak?!" Tak semena mena air mataku mengalir. Dah lama aku tak kena tengking. Sejak habis sekolah menengah. Aku terus memandang ke luar. Asal lama sangat nak sampai restoran ni.

Kereta tiba tiba berhenti di tepi jalan. Nazmi memandangku.

"Awak, sa.. sa.. saya minta maaf. Saya tak sengaja tengking awak. Saya stres sebenarnya. " Nazmi cuba memujuk ku. Aku hanya memandang ke luar tak berniat untuk memandang muka dia. Sakit hati aku kena tengking.

"Oh, stres.. Habistu awak stres awak lampiaskan dekat saya lah. macam tu?"

Dengan sengaja dia memegang daguku dan memusingkan kepalaku menghadapnya. Suka suka je pegang anak dara orang. Tetapi aku tidak pula menolak. Aaaaaah.

Dia mengambil tisu di dashboard dan mengelap air mataku. "Dah, jangan nangis nangis lagi.Saya minta maaf okey. Hari ni saya belanja awak makan apa sahaja. okey. " Nazmi senyum kepadaku. Auch. Jantung stop lah.. Aku boleh dengar dengupan jantung aku ni laju mana.

Nazmi terus menghidupkan enjin dan menuju ke restoran yang berdekatan.

"Awak nak makan apa? " Nazmi bertanya kepadaku.

"Saya nak makan ni ni ni ni dan ni. " Aku menunjuk makanan yang aku nak dalam menu tersebut dan pelayan itu mencatatnya.

"Mak aii, tak sangka awak ni makan banyak kan? Kalau hari hari saya makan dengan awak kempis poket saya. hahaha" Nazmi bergurau denganku. Aku memuncungkan bibir.

"Alah, saya gurau je. Kalau awak nak makan semua yang ada dalam menu tu pun saya sanggup bayar. Just for you. " Nazmi senyum kepadaku.

"Awak ni memang suka menanam eh? "

"menanam? tanam apa? dan kenapa? " Nazmi memandang ku pelik.

"Menanam tebu di tepi bibir. Mulut manis sangat. Mesti dah selalu buat dekat perempuan lain. "

"Eh eh.. mulut tu jangan tuduh sembarangan eh." Dia mahu menyentuh mulutku tapi aku sempat mengelak dan memberikan jelingan.

"Saya hanya bermulut manis dengan awak je. " Nazmi tersengih.

"Iye iye lah tu." Aku mencebik.

"Iyelah. Saya berani sumpah tau. " Nazmi memandangku.

Makanan pun sampai. Wah. Sedapnya. Terliur aku. Aku baru je nak makan. Nazmi memotong.

"Hey dia ni. tak sabar. Baca lah doa dulu. " Aku malu sendiri. Nazmi membaca doa. Dan aku makan makanan yang terhidang di depan mata.

"Awak, saya nak rasa sikit yang tu" Nazmi menunjuk ke arah puding karamel yang aku makan.

"mana boleh. " Aku meneruskan suapan ku.

"Ala... " Nazmi membuat muka 50 sen dia.

"Yelah yelah.. Nah.. " Aku menolak piring tersebut ke arahnya.

"Ambiklah. tadi kata nak. "

"Saya nak awak suap. " Nazmi tersengih memandangku.

"Mengada. Makan lah sendiri. Taknak saya ambil balik. ha. " Aku menarik piring tersebut.

"Hish, nak manja manja sikit pun tak boleh. " Nazmi menarik piring itu semula dan suap sendiri. Gedik.

"What the.. .. Awak kenapa habiskan puding tu? " Aku terkejut melihat piring itu dah kosong. Tadi kata nak rasa je.

"opss, Tadi saya rasa. Tapi sedap sangat so saya ter.. habiskan. hehe" Dia tersengih memandangku.

Aku tak dapat menahan gelak. Terus aku ketawa disitu. "Awak ni kelakar lah plus.. comel..hahhaaha" Aku bercakap sambil ketawa.

"Awak cakap apa? saya comel? ulang balik. " Nazmi senyum memandangku. Aku terus berhenti ketawa. Alamak terlepas cakap pula. Habis merah muka aku.

"em, saya dah habis makan. awak.. jom.. "Aku berkira kira untuk bangun.

"Nantilah dulu. Saya nak duduk dengan awak lagi. " Nazmi memujukku.

"Awak, dah pukul berapa dah ni. Saya kerja tau besok. Lagipun anak dara tak elok balik malam sangat. " Aku memberi alasan.

"Anak dara lagi ke? Saya tengok dah andartu dah. hahaha" Aku mengangkat handbag aku berkira kira untuk memukul nya.

"okey.. okey.. sorry saya gurau jelah. Dah jom" Nazmi bangun dan terus menuju ke kereta.

"Awak ada nak beli apa apa tak? atau singgah mana mana ke? " Nazmi bertanya setelah lama mendiamkan diri di dalam kereta.

"em, awak.. saya nak pergi 7e.. saya nak beli something. " Aku menjawab.

Sampai sahaja di depan 7e, aku keluar. "Awak tak yah keluar. biar saya je pergi. "

Nazmi akur dan menunggu di dalam kereta. selang beberapa minit aku masuk semula ke dalam kereta.

"lamanya. awak beli apa? "

"Saya beli aiskrim fav saya. tadaa.. sekejap je. lepastu saya terserempak dengan Dr. Razi. " Aku menunjukkan aiskrim kepadanya.

"Oh, handsome tak Dr tu? handsome lagi dia ke saya? " Aku mengangkat keningku.

Apa dia ni? gedik sungguh. "of course lah dr tu lagi handsome. Hari hari saya tengok dia dekat hospital tu. " Aku cuba bergurau dengannya. Aku tergelak bila melihat muncungnya yang panjang sedepa.

"Ala.. saya gurau jelah.. Saya tak suka dia pun. Dont take it serious lah" Dia memandangku dan memberikan senyumannya yang manis.

"Awak, nanti kirim salam dekat adik awak tu ye. Bye. Assalamualaikum. " Aku keluar dan terus menuju ke dalam rumah. Mana dia kenal adik aku? oh dari kenduri haritu kot. bisikku dalam hati.

"Assalamualaikum. adik , ibu. dah tidur ke? senyap je ni." Aku melihat jam tangan ku. oh dah tengah malam patutlah. Aku terus menuju ke bilikku. Selesai mandi aku terus merehatkan diri dan aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience