Bab 15

Romance Series 4842

*******

"Jom.. saya nak bawa awak pergi satu tempat. Kalau saya stres saya selalu pergi sini." kereta terus membelah jalan raya.

Dalam beberapa minit. Aku dan Nazmi sampai di sebuah bukit.

"Apa kita nak buat kat sini awak ?" Aku keluar mengikut langkah Nazmi yang sudah keluar terlebih dahulu.

"Cuba awak tengok langit. Cantikkan? " Nazmi baring di atas rumput tersebut.

"Awak.. kotorlah baju awak nanti.. " Aku duduk disebelahnya sambil memandang langit. Cantik. Tenang bila aku tengok langit. Hilang sedikit rasa takut aku.

"Hmm, cantik.. " Nazmi menukar posisi duduk menghadap aku.

"Sebenarnya.. saya ada suprise untuk awak... "

"Apa dia?" Aku menukar posisi duduk menghadapnya juga.

"Sebenarnya.. "

"Sebenarnya.. apa? "

"Nah untuk awak.." Dia menghulurkan sebekas cincin kepadaku.

"Untuk apa ni? " Aku berdebar tetapi aku ambil juga bekas tersebut.

"Saya dah lama suka awak.. sejak pertama kali kita jumpa.. Will you be my wife, mummy to my child and my angel in hereafter? " Dengan sekali nafas aku keluarkan semua.

"....Nazmi.. saya bukan taknak terima. tapi bagi saya masa. Saya buat solat istikharah dulu.. jika bemar awak jodoh saya.. saya akan bagi jawapan time tu juga.. okey.. jom balik. " Aku memulang semula cincin tersebut dan berkira kira untuk masuk ke kereta.

"Awak.. nah simpan je cincin ni. memang saya beli untuk awak. kalau awak tak terima simpan je. anggaplah ni sebagai hadiah awak berkawan dengan saya. Tapi kalau awak terima cepat cepat bagi jawapannya. Dah jom. " Nazmi bangun dan berlalu ke kereta.

Saya bukan taknak terima tapi saya hanya keliru dengan perasaan saya sendiri. bisikku dalam hati.

*********

"Ya Allah ya tuhanku.. Jika benar dia jodohku.. kau berilah aku petunjuk. Jika bukan jodohku... kau berilah aku kekuatan untuk menolak permintaan nya yaAllah.. Sesungguhnya aku memerlukan kekuatan daripadamu. Amin ya rabbal Alamin" Aku melipat telekung ku dan terus ke katil untuk merehatkan diri.

"NAZMI!! "

astaghfirullah.. Aku mimpi Nazmi. Dah banyak kali aku mimpi yang sama. Adakah ni petunjuk yang Allah beri.?

Aku bangun dan bersiap untuk pergi kerja.

"Hai ibu hai adik.. " Aku duduk berhadapan dengan ibuku lalu menuang air nescafe ke dalam cawanku.

"Hai kakak,, happy semacam aje ni. kenapa? " Ibu bertanya kepadaku sambil memandang Aidil kehairanan.

"Takde ape apelah ibu. " Aku makan mee yang dihidangkan oleh ibu dengan berselera.

"Dahlah.. akak nak pergi kerja. dah lambat." Aku salam ibu dan adikku lalu terus ke tempat kerja.

Sampai sahaja dibilikku aku terus memakai coat doktor dan meneruskan kerjaku.

'Assalamualaikum awak.. Kalau saya nak jumpa awak lunch ni, boleh?' aku menghantar mesej kepadanya.

Ting~

'Boleh.. sekarang pun boleh. Nak saya datang ke? ' Dia membalas. Ada ada jelah mamat ni.

kring kring~

"hello waalaikumsalam.. tak boleh lah saya banyak kerja. Time lunch lah . nak ke tak? kalau tak tak jadilah. ha baru tahu.. okay bye. Assalamualaikum " Haish dia ni tak sabar betul.

tok tok tok

pintu dibuka dari luar. Dr. Razi..

"Masuklah dr.. Ade apa nak jumpa saya ni? " Dia duduk di hadapan ku.

"Saya just nak tanya.. apa hubungan awak dengan Nazmi tu? " Dia just straight to the point.

"Kenapa tanya soalan tu? "

"Awak jangan lah percaya sangat dekat dia tu. Saya kawan dia saya tahu perangai dia. Dia tu berpasang pasang. Mulut manis. " Dia mengeluarkan semua dengan sekali lafaz saja.

"Dr. Razi jangan lah nak memburuk burukkan dia. I trust him more than you. Kalau dr hanya nak cakap pasal ni please get out now. " Aku menekankan suara ku.

"okay fine.. But still be careful" Dia terus keluar dan menutup pintu dengan kasar.

******

sekarang aku berada di restoran Nasi Kandar yang dekat dengan office Nazmi. Dia yang suruh aku tunggu sebab dia mungkin lambat sikit.

Aku nampak Nazmi dan seorang perempuan sedang bergaduh. Kenapa tu?

"Hai.. sorry lambat tadi ada perempuan manatah tegur saya. " Dia duduk dihadapan aku.

"Saya nampak tadi. Nasib awak terus terang kalau tak saya tak jadi nak terima awak" aku hanya terus straight to the point.

"Awak.. apa?! awak terima saya? betulke? " Dia tersenyum riang mendengar jawapan ku.

"Yes. My answer is yes. saya sanggup jadi isteri awak, ibu kepada anak anak awak dan bidadari syurga awak." Aku menunjukkan tanganku yang sudah tersarung cincin dan tersenyum dihadapan nya.

"Alhamdulillah.. terima kasih awak.. sebab terima saya.. Saya rasa nak peluk je awak sekarang ni. " Dia mendepakan tangan nya dihadapanku.

"Awak.. malulah orang tengok.. "

"Takpe.. saya tak kesah.. saya nak orang tengok betapa happy nya saya bila buah hati saya terima saya. " Dia tersenyum memandangku. Aku pula sudah malu dipandang sebegitu. habis merah muka aku menahan malu.

"Jomlah makan saya dah lapar.. " Aku memegang perutku.

"Jom jom awak pilih je mana awak nak makan saya belanja. " Aku pun memilih dan makan bersamanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience