Bab 5

Romance Series 4842

masih terngiang ngiang lagi permintaan mamat nerd tu. dia boleh minta aku jadi kawan dia. Hell no. aku takkan berkawan dengan dia. Seumur hidup aku, aku tak pernah berkawan dengan lelaki. ini dah melanggar apa yang aku dah buat selama bertahun ni. aku takkan terima dia. full stop.

tapi dia dah banyak kali tolong aku. aduh macam mana ni? aku menekup muka ke bantal lalu aku jerit sekuat hati.

tok tok tok. "kak kau pehal? terjerit jerit.malulah jiran dengar nanti. hish kau ni. " aduh dengar ke aku jerit. "a a a aku okay, ada lipas tadi. kau tahulah aku tak boleh nampak lipas. dia dah lari dah"tergagap gagap aku bercakap. aku harap dia tak tanya lagi."hmm okaylah tapi taknak aku bunuh kan ke? "

"Hah?! tak yah lah dah hilang" aku terus menuju ke bilik air untuk solat isyak. aku lupa aku belum solat lagi. 'pelik lah akak aku ni. selalunya kalau ade lipas bukan setakat jerit dia berlari sepantas kilat kalau boleh. ni jerit je dia tipu aku ni.ah biar lah' aidil berasa hairan dengan sikap akaknya lalu turun untuk menonton televisyen.

"eh ibu!! awal nya balik harini. dah makan belum? kakak kat dalam bilik. tah ape yang dibuatnya. " aidil menyalam ibunya .

"ibu dah makan dah dekat office tadi. ni kamu semua dah makan belum? harini ibu tak banyak kerja. ibu suruh PA ibu settle kan. ibu penat lah ibu naik atas dulu eh"satu kucupan hinggap di pipi aidil.

*****

hari yang cerah seperti biasa namun menjadi mendung bagi Nazmi kerana Atiqkah tidak menerima tawaran menjadi kawannya. haih lah.

"Aku tak boleh terima kau sebagai kawan aku sebab seumur hidup aku,aku tak pernah berkawan dengan lelaki so just get lost from my life"

masih terngiang ayat yang terpacul keluar dari mulut Atiqkah. Tanpa aku sedar di depanku terdapat sekumpulan lelaki yang menghalang ku dari meneruskan perjalanan ku ke kelas. "hey,kau nak pergi mana? aku nak cakap sikit dengan kau. " seorang lelaki yang lagaknya seperti ketua kumpulan itu menarik kolarku dan menuju ke tandas.

Setelah sampai aku menepis tangannya dengan kasar. "apa kau nak? aku tak kacau kau kan? " aku mendengus.

"kau tanya apa aku nak? oh hahahaha.. aku sebenarnya... nak tumbuk kau" aku terkejut lantas satu tumbukan hinggap di pipiku. sakitnya bukan kepalang sehingga aku terdorong ke belakang dan badan ku terhentak di dinding luar tandas tersebut.

Aku pun tak sangka yang aku akan ditumbuk. kalau aku tahu memang aku akan prepare awal awal. " itu makan dia. aku nak warning kau sikit eh. kenal Atiqkah kan? aku nak kau jauhkan diri kau ni dengan dia. " dia menunjal kuat kepalaku. Dengan segera tanganku menepis tangannya. Kawannya yang lain hanya menjadi pemerhati sambil bergelak sakan yang menyakitkan hati aku ni.

aku baru saja mahu memulakan bicara.Atiqkah datang dari jauh. "weh Syafiq! apa yang kau buat ni sampai berdarah bibir anak orang!!" Atiqkah dengan segera berlari ke arah ku dan memegang bibirku.

lelaki yang bernama Syafiq memandang dengan pandangan yang tajam ke arahku sambil tangannya ditalakan ke arah lehernya yang menunjukkan 'mati kau lepasni'. aku menelan air liur ku yang berasa kesat.

"aku just nak bagi warning kat dia. jangan rapat dengan kau. kau kan girl friend aku. aku jealous lah nanti. " aku hanya memandang Atiqkah yang sedang ralit memapah aku untuk ke bilik rawatan.

"for your information,im not your girlfriend and I'll never ever be your girlfriend". perkataan 'ever' tadi sengaja dikuatkan. lalu aku dan Atiqkah beredar untuk ke bilik rawatan

Syafiq menumbuk dinding tandas tersebut untuk melepaskan geram. kurang ajar punya budak. just you wait and see. "jom chau"

*******

"Atiqkah, thanks sebab selamatkan aku tadi. kalau kau tak datang tadi confirm sebiji lagi hinggap kat muka aku. aku pun tak paham. kenapa dia perlu jealous dengan aku yang tak handsome langsung ni.

Atiqkah ketawa kecil mendengar penjelasan aku. "hmm, kau pedulikan je dia tu. Dia tu memang macam tu. habis semua budak baru dia nak buli sampai adik aku pun.. hmm takde papelah."

Adik? dia ada adik ke? kenapa aku tak tahu langsung?

"kau ada adik ke? " aku cuba menghidupkan suasana yang tadi nya sunyi. tapi sia sia kerana dia tidak menjawab pertanyaanku. Aku hanya memandang Atiqkah yang sedang ralit menampal plaster di tepi bibir ku. Cantiknya dia. walaupun gangster mukanya tetap berseri putih. tanpa sedar aku memegang tangannya.

"ehem ehem, tangan aku.. lepaskan. " aku
nak tarik tangan aku tapi dia menggenggam kuat tangan aku.

" s s s sakitlah kau tampal plaster tu." aku memberi alasan sedang kan aku memegang tangan nya tanpa sebab yang aku pun tak pasti apa sebab nya. Aku lihat wajahnya merona merah. sungguh comel apabila dia malu.

"sorry sebab terpegang. Aku tahu kau tak suka orang pegang tangan kau. " aku meminta maaf kepadanya. manalah aku tahu. tangan dengan hati tak bekerjasama. hati kata jangan tangan dah beroperasi.

habis waktu persekolahan aku menunggu Pak Akob untuk menjemputku. "hey bro, tunggu bapak ke? " ah sudah. aku dengar suara je aku dah tahu siapa yang tegur.

"aku tunggu bapak aku pun takda kena mengena dengan kau. "aku malas nak layan makhluk disebelah ku itu. kawan kawannya hanya sebahagian sahaja yang ada yang lain dah balik kot.

"wow wow wow. kau tengok.lepas dah kena papah dengan awek aku tadi terus berani dia.aku suka dengan semangat kau. Walaupun muka nerd tapi berani. " dia berkata kepada gengnya dengan nada mengejek sambil bertepuk tangan.

Aduh mana Pak Akob ni?

pin pin pin

ha panjang umur Pak Akob. Aku beralih dan memandang Syafiq and the geng sekilas. Nampak muka dia yang terkejut. Aku pun tak tahu kenapa.

"Gila ah. Dia anak orang kaya rupanya. tak boleh nak buli dia lagi takut kena saman pulak dengan ayah dia nanti. Jom ah balik" Syafiq dan geng nya beredar dari bus stop tersebut.

******

"Aidil, kau nak tahu tak tadi kat sekolah. Syafiq kata aku ni makwe dia. eeee dia tu gila ke ape? Dah buli adik aku senang senang je nak aku. WTH. "

Aku terus ke dapur untuk menolong ibu memasak untuk makan malam. "ibu, lagi beberapa minggu kakak nak SPM. Takutlah ibu. " aku menyuarakan ketakutanku kepada ibu supaya dia dapat menyalurkan semangat kepadaku.

"Anak ibu kan pandai. takpe kalau SPM tak ok. kamu tetap dapat kerja. kerja dekat office tu tolong mama. boleh kan. " ibu menyuarakan pendapatnya.

aku duduk di kerusi meja makan lalu menghiris bawang dan segala sayuran di atas meja tersebut. "Ala ibu, tapi akak taknak lah kerja office.Cita cita akak doktor. please understand me. "Aku menolak permintaan ibu sambil membuat mimik muka minta simpati.

"Yelah sayang, ibu tak marah. Aidil kan ade. nanti dia boleh tolong ibu. Lagipun pekerja semua rajin. ibu taknak jadi penghalang dekat kakak.ibu hanya nak yang terbaik untuk kakak. " ibu terus berjalan dan melabuhkan punggungnya di depanku.

Tanpa sedar aku menitiskan air mata. Tangan ibu mengusap pipi ku dan mengelap air mataku. "Dah, tak yah nangis nangis lagi. Macam budak kecik.nanti Aidil tengok malu je. " ibu cuba memujukku.

"mana ade akak nangis. Ni ha potong bawang ni. mata jadi pedih. " aku memberi alasan. ibu yang berada di depanku hanya ketawa melihat gelagatku.

selesai sahaja memasak,kami makan bersama sambil menceritakan tentang perkara remeh yang berlaku di sekolah.

******

Tinggal lagi beberapa hari lagi SPM akan muncul. Aku dan rakan rakanku semua bekerja keras. Walaupun ada hari yang memeningkan tapi kami semua tetap belajar kerana SPM akan menentukan masa depan kita semua.

Aku melihat mamat nerd tu belajar di pondok berhadapan dengan kelas. Dia tu tak reti penat ke? sekarang waktu rehat pun masih belajar. kita kenalah berehat sekejap takut nanti stres. Aku berjalan menghampirinya tetapi geng Syafiq telah pun sampai untuk mengacau mamat nerd tu lah apalagi kerjanya.

Aku hanya menjadi pemerhati sahaja untuk melihat sejauh mana geng Syafiq bertindak. Aku melihat Syafiq menunjal kepala mamat tu sambil ketawa. Ketawa macam hantu ada hati nak kat aku. bisik aku.

"Weh nah air kau. kau pandang apa tu? " Safi datang menghampiriku sambil menghulurkan air minuman. "tu kau nampak tu. Syafiq dah mula buat perangai. SPM nak dekat pun masih dengan perangai buruk dia tu. Jom kita pergi tengok. "Aku menarik tangan Safi untuk ikut aku.

"weh kau biar betul!! aku takut nanti kita pulak kena. " Safi beriak cemas. "Ala, chilla dia takkan apa apakan kita. " Aku terus berjalan menghampiri mereka.

"hai guys. Syafiq kau buat apa kat sini? nak belajar juga ke? maklumlah budak ni kan pandai. kau nak dia ajar kan ke? " Aku cuba meredakan suasana yang tadinya tegang.

Syafiq sudah seperti cacing kepanasan. hahahaha. aku hanya ketawa dalam hati saja melihat riak muka Syafiq. " a a a aku saja je tegur dia nak tengok apa dia buat. kan Nazmi kan? "Dia memeluk bahu mamat nerd tu sambil bergelak ketawa.

Mamat tu pulak seboleh boleh mahu melepaskan diri dari Syafiq. bunyi loceng kedengaran. "okeylah. aku gerak dulu. Bye sayang" Syafiq menepuk kuat bahu mamat nerd tu dan melambai ke arah aku.

mamat nerd itu terus beredar masuk ke kelas meninggalkan aku dengan Safi di pondok tersebut. Kenapa aku rasa sakit hati bila dia tinggalkan aku tanpa sebarang kata? aku berbisik di dalam hati.

"yang kau tercegat lagi kat situ tu kenapa makcik oii. Jom lah masuk kelas. " Safi menegurku. Aikk bagaimana aku boleh tak sedar dia dah ada dekat depan pintu kelas? Aku berjalan menghampiri Safi dan menjelirkan lidah kepadanya.

********

Semenjak dua menjak ni Aidil selalu tiada di rumah. kemana dia pergi? Aku semakin tertanya tanya tentang ketiadaan adikku.

Tok tok tok

"im home!!" Aidil masuk ke rumah lalu terus menuju ke arahku yang berada di hadapan tv.

"kau pergi mana,dil. risau aku. sejak akhir akhir ni kau selalu takde kat rumah. tinggal lah aku sorang sorang kat sini. kesian aku. " aku bercakap sambil mataku masih lagi menonton tv.

"Aku pergi rumah Nazmi kat area sini je. Gila besar rumah dia. terkejut aku bila masuk rumah dia. Rupanya dia tu anak bongsu. Abang kakak dia semua dah kahwin. Tinggallah dia dengan ayah dia je. "

Aku hanya mendengar sahaja adikku bercerita tanpa mahu memotong percakapannya. "Ala. rumah dia dekat kan. Main jelah kat rumah kita ni. Aku tak boleh kalau tak tengok muka kau sehari. " aku bergurau dengan adikku sambil ketawa. Sudah lama aku tak begini dengan adikku.

Adikku hanya menjeling melihat aku tergelak disebelah nya. "hah by the way, aku ada belikan ice cream special for you. nah take this". Mataku terus tertancap ke arah Ice cream vanila strawberi yang berada di dalam mengkuk tersebut. What the... "kau ni tahu tahu je aku tengah mengidam ais krim ni. terima kasih adikku. " aku terus mengambil aiskrim tersebut dan memeluk adikku.

"Tolong ambil sudu kat dapur. Aku malas lah nak gerak. hehehe. " Aku menyuruh adikku sambil membuat muka simpati.

"kau ni.." aidil terus beredar ke dapur dan membawa sudu untukku. "Aku naik atas dulu lah.penat layan kau ni. " Aidil terus menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience