Bab 8

Romance Series 4842

5 years later

Aku sudah pun bergelar doktor di sebuah hospital swasta di kuala lumpur. Alhamdulillah. lepas aku tamat pengajian aku terus ditawarkan bekerja disitu. Nasib baik. kalau tak menganggur lah aku.

Aidil pula sudah menyambung pengajian di Jordan. ibu pula seperti biasa dengan office nya.

Hari hariku amat baik sehinggalah hari ni. Seorang pesakit yang terseliuh kaki saja tetapi lagaknya seperti accident. Macam macam diminta nya.

"Doktor, sakitlah. perlahan lahan lah. Ganasnya. " pesakit itu bersuara ketika aku cuba untuk merasa ankle nya.

"Tahanlah sikit. Ini baru sikit saya buat. Tak macam jantan lah awak ni. " aku bersuara sambil tanganku sibuk memegang kaki nya itu.

kita sebagai doktor kena sentiasa sabar dengan kerenah pesakit lagi lagi yang gatal macam dia ni. Ada je idea dia.

"Nama doktor siapa? " pesakit itu cuba menghidupkan suasana yang tadinya sunyi.

"Atiqkah" Aku hanya menjawab sepatah. sepatah dia tanya sepatah aku jawab. malas nak melayan sebenarnya.

"oh, macam kenallah. " ayat itu mesti ayat untuk masuk jarum lah tu. macam aku tak tahu.

"Tak perlu nak kenal saya. saya tak nak kenal awak. " aku bersuara sambil tanganku ligat membalut kaki nya. okey done.

"okey, its done. you can go now. " aku cuba menghalau nya tetapi dia taknak keluar. apahal mamat ni?

"urmm, i want your card. may i? " dia menghulurkan tangannya. aduh dia ni. menyusahkan betullah. Selama aku jadi doktor this is the first time orang minta kad aku.

"No, i cant give that to you. Just go now. Thats all i want. " aku cuba menghalau nya lagi.

"No, i will go if you give your card to me. fullstop." eh eh degil nya mamat ni. muka handsome tapi kepala batu. degil.

"ok fine. take this. " aku menghulurkan kad aku kepadanya.

"Thank you. by the way this is my card" dia memberikan kad nya kepada ku. cantik. Sempat dia mengenyitkan matanya kepadaku. Auchh handsome nya. Astaghfirullah. Atiqkah wake up.

Aku terus berlalu ke mejaku.

********

"Tuan, harini tuan ada meeting dengan klien dekat Hotel Pacific view this lunch. " PA ku berkata kepadaku.

Aku menutup failku lalu melihat jam. oh dah nak waktu lunch. I've to go now. Aku mengemas barangku.

"ok thank you. you can go now. " aku terus keluar untuk bertemu dengan klien dari Sabah.

Belumpun sempat aku sampai ke kereta aku terlanggar kayu yang elok terletak di tepi jalan di parking lot. Aduh.. aku cuba untuk bangun namun kaki ku terseliuh. Nasib baik tiada siapa nampak. Kalau tak jatuh saham aku.

Aku terus kan juga berjalan ke kereta ku walaupun ku berjalan terhincut hincut. Orang yang lalu lalang pun pelik melihat ku.

Aku terus masuk ke kereta bugatti milik ku dan terus membelah jalan ke hospital yang berdekatan.

"hello, Syaza batalkan appointment saya dengan klien dari Sabah tu. Saya ada emergency. Tak perlu tanya kenapa lah. just do it. " Aku menamatkan panggilan.

Sampai saja di hospital. aku terus menuju ke bilik doktor yang tertulis Dr. Atiqkah Nadiya dan terus duduk di kerusi yang disediakan.

Selang beberapa minit. Doktor tersebut masuk ke bilik nya. Punyalah terkejut aku melihat gerangan doktor tersebut. Tetapi dia hanya memandangku sambil memberikan senyuman nipis kepadaku.

"A A Atiqkah awak.." emm dia mesti tak kenal aku punya. "Emm doktor kaki saya sakit doktor."

"Mari sini saya tengok. ohh ini terseliuh je. " dia bersuara. Sungguh lembut suara nya lain dari yang dulu.

"Auch,, sakitlah doktor. perlahan lahanlah. ganasnya. " aku saja je sebenarnya. nak tengok reaksi dia.

dia masih lagi melakukan kerjanya. Aku hanya memerhati saja. Masih lawa tetapi sekarang makin lawa kerana dia sudah bertudung.

"Nama doktor siapa? " aku cuba bertanya walaupun aku dah tahu nama nya.

"Atiqkah." dia hanya menjawab sepatah sahaja. Dia memang perempuan yang jual mahal. kalau aku tegur perempuan lain macam ni. habis dia tergoda. maklum lah aku yang sekarang dengan yang dulu dah lain. Aku dah tak menyamar dah.

***********

"yes, dapat juga aku number dia. bertahun aku tunggu. " aku melihat kad tersebut. Sedap nama dia. Nurul Atiqkah Nadiya binti Dato' Razslan. Aku tersenyum sendiri.

Apa kata kalau aku call dia? hmm kalau dia tak angkat macam mana? Takpe kita cuba nasib.

Lama jugalah nak tunggu dia angkat call. Selang beberapa minit, dia mengangkat call. yess

"ehem ehem, hello.. Saya Nazmi patient awak petang tadi. ingat tak? " Aku memulakan perbualan.

"hmm waalaikumsalam.. ye nak apa? " Aduh kena sedas dekat muka aku. Tulah gelojoh sangat sampai lupa nak bagi salam. Tengok.. dia dah perli.. Ni yang buat aku makin suka ni.

"Kalau saya cakap saya nak awak, boleh? " Aku cuba bergurau. Tapi yang aku cakap tu serius aku nak.

"En.. siapa tadi namanya ha En. Nazmi, kalau nak saya.Nope you can't. Kalau tiada apa apa saya end call ni. "

Aku melabuhkan punggungku di bucu katil. "Okey.. tadi tu saya bergurau je. Don't take serious about that. Saya nak ajak awak lunch besok,boleh?" Aku mencuba nasib. manalah tahu dia on.

"........ Saya end call ni. Assalamualaikum.. "

Dia tak bagi jawapan pun. Senyap je. Diam tanda setuju. Aku terus menarik comforter dan tidur.

*******

Waktu lunch semakin hampir. Aduh kenapa rasa lama sangat nak lunch ni. tak sabar nak jumpa Atiqkah sebenarnya.

"Tuan.. Cik Melissa nak jumpa tuan.."

"Saya taknak jumpa dia. suruh dia balik..." belum sempat aku habis kan ayat aku. Dia menerjah masuk bilik ku. Aduh perempuan ni nak ape?

"Tuan, saya dah halang dia tapi dia nak juga masuk. sorry tuan. "

"Awak boleh keluar. Biar saya settlekan. "Aku bangun dan menuju ke sofa yang berada di hujung bilik kerja ku.

"Sayang, kenapa i call you, you tak angkat?" Melissa datang dan memeluk bahuku. Aku melarikan tanganku. Malas mahu melayan nya.

"Takpayah nak bersayang sayang sangat. I've nothing to do with you. So just get lost from my life. " Cuba teka ayat siapa aku pakai tu.Amat membantu lah ayat tu.

"You.. hish.. " Melissa membuat muka merajuk dia tu.Muncung dia jangan cakap boleh di ikat rasanya. Dia berjalan keluar sambil menghentakkan kaki nya tanda memprotes.

Hah!! waktu lunch. "Syaza, saya ada appointment ke hari ini? " Aku menekan punat interkom untuk berhubung dengan PA ku.

"urm.. hari ni tiada apa apa bos. "

"ok good. if theres anything just call me. okay" Aku mengemaskan mejaku lalu terus keluar dari office.

********

"hello.. waalaikumsalam. ye saya. oh.. awak kalau ada rasa sakit lagi dekat tempat yang sama. awak kena check tau jangan ignore je takut nanti makin merebak. oh okay.. saya kena end call ni. ada patient. Assalamualaikum. " Aku menamatkan panggilan setelah Nazmi tercongok di depan pintu bilikku. Hish apalah mamat ni nak lagi. penatlah aku.

"May i?" Dia terus duduk di kerusi berhadapan ku. Muka handsome, tiada cacat cela. Mata cantik. Tetapi malang degil sangat.

"ehem ehem.. stop staring at me doctor" aku tersentak. Aku terus melarikan pandangan ku dengan memandang report card patient.

"Miss Atiqkah.. Semalam i call you ajak you keluar lunch. so here i am. " Nazmi memulakan perbualan. Aku ada cakap aku nak ke semalam?Aku memberikan pandangan tajam ke arah nya.

"Did i said 'yes' ? no right. so just go. " Aku cuba berdalih. Malas mahu melayan.

"Yes.. you didn't say that. But you just quiet all the time. so i thought you were agree." Aku melihat muka Nazmi. Alamak dia terasa ke?

"Okay.. okay.. i..i.. i ikut you. puas? " Aku menanggalkan coat doktor ku dan mengambil handbag untuk lunch.

Aku terus menuju ke pintu.. aik mana dia?

"Awak nak tunggu situ ke atau nak pergi lunch? " Aku menyoal dia yang masih statik di tempat duduk nya.

"Hah? a.. jom"

Punyalah terkejut aku tengok kereta dia. My fav car. Bugatti.

"Yang awak tercegat lagi kat situ tu kenapa? Masuklah.. ke awak nak saya buka kan pintu? oh boleh aje.. "

Aku tersedar dari lamunanku setelah ditegur oleh Nazmi. " Hah?! tak payah lah sampai nak bukakan pintu untuk saya. i can do it myself. " Aku terus masuk ke dalam kereta. Ahh malunya.
Cantiknya kereta.. bisikku dalam hati.

"awak nak makan kat mana ni? " Nazmi memulakan perbualan. Aku nak mulakan? just talk to my hand lah.

"Hah? its up to you lah. awak yang ajak. saya tak kesah. asal kan saya kenyang. " Aku hanya memandang hadapan. tak mahu pandang muka dia.

'hmm cantiknya dia, kenapalah dia tak ingat aku? ' bisik Nazmi dalam hati. Aku memandang muka dia.

Aduh mamat ni pahal pulak pandang aku macam tu. Aku pun pandang lah dia. Aku baru je nak marah dia.. tapi aku terpaut dengan mata nya..

Lama aku dan dia berpandangan sehinggalah kereta belakang menekan honnya. Rupanya dah lama lampu hijau. Aku malu sendiri. Habis merah muka aku. Aku terus mengalih pandangan ke arah tingkap. Aduh bila nak sampai ni. terasa lama sangat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience