Bab 17

Romance Series 4840

*******

Hari ni adalah hari yang dinanti nantikan iaitu hari pernikahan Nazmi dan Atiqkah.

"Weh.. pucatnya muka kau... Tangan pun sejuk hah. Kau takut ke? " Safi bertanya kepadaku. Aku hanya duduk di hujung katil menunggu ibu panggil untuk turun ke bawah.

"Weh. aku takut. Aku dah sakit perut ni. Aku kalau nervous sangat nanti sakit perut. " Aku menggenggam tangan Safi.

"Ala.. Chillah. Bukan kau pun yang lafaz akad nikah. Kau just duduk je."Safi menenangkan aku.

tok tok tok

Pintu dibuka dari luar. Ibu masuk dan memelukku. "Anak ibu dah sedia? " Ibu menarik tanganku dan aku mengikutnya turun ke bawah.

Sambil turun tangga,aku melihat semua orang sedang memandang aku dan ibuku. Banyak sangat kamera sehingga menyakitkan mataku. Aku terpaku apabila melihat Nazmi duduk berhadapan dengan paklong,waliku.

Aku melarikan pandangan dan terus mengikut langkah ibuku ke arah pelamin mini dan duduk disitu. Aku melihat Aidil disebelah paklong. "Sedia? " Paklong memulakan bicara. Aku tidak mendengar apa apa. Jasadku disini roh aku dah terbang kemana.

"Aku terima nikahnya Nurul Atiqkah Nadiya binti Dato Razslan dengan mas kahwinnya RM800 tunai. " Dengan sekali lafaz aku telah pun menjadi isteri Nazmi yang sah. Sertaerta airmata ku mengalir.

Aku memeluk ibu disebelahku. "Ingat.. Syurga seorang isteri adalah suami. Jaga suami macam jaga nyawa tahu. Dalam rumah tangga.. kamu kena percaya dengan pasangan kamu. Anak ibu faham kan? Sebelum adanya bahagia pasti akan ada derita sementara. " Panjang ibu menasihatiku. Aku mencium tangannya.

"Awak.. tangan.. " Nazmi duduk disebelahku sambil menghulurkan tangannya.

Aku menghulurkan tangan dan dia menyarungkan cincin di tanganku. "Sejuknya tangan.. haha" Dia tersenyum memandangku. Sekarang giliran aku pula untuk menyarung cincin di tangannya.

Aku mencium tangannya dan dia mencium dahiku lama. Aku menangis terharu. Aku rasa tenang berada disampingnya.

"okay.. Newlyweds duduk rapat rapat sikit. Saya nak ambil gambar. Nazmi bergerak mendekatiku dan memeluk pinggangku. Aku terkejut.

"Awak.. " Aku memandang mukanya.

"okey statik. " klik. kamera ditekan.

"Apa? " Dia pula membalas pandanganku. Klik. kamera ditekan.

*******

Habis juga majlis hari ni. Sungguh memenatkan. Tetamu semua dah balik tinggal family aku je. Aku terus ke bilik untuk membersihkan diri. Badanku dah melekit.

Aku masuk ke dalam bilik dan terus menuju ke almari pakaian. Aku mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.

"Cause girl like you run around with guys like me till sundown when i come through i need a girl like you.. yeah.." Aku menyanyi di dalam bilik air. Itu memang habit aku ketika mandi.

Pintu bilik dibuka dari luar. Nazmi masuk dan terus ke almari pakaian untuk mengambil tuala. Dia menanggal kan pakaian nya dan hanya memakai tuala. Nazmi duduk di hujung katil sambil menunggu Atiqkah habis mandi.

"Atiqkah Atiqkah.. sempat dia menyanyi time mandi."

"Lamanya dia mandi. "Sudah hampir setengah jam aku tunggu tapi tak keluar keluar..

krekk

pintu bilik air dibuka. Aku keluar sambil menyanyi lagu girls like you. Tanpa aku sedar Nazmi di dalam bilik itu. Aku mengibas ngibas rambutku yang basah.

Aduh tuala aku nak tercabut pula. Aku membuka ikatan tuala dan belum sempat aku mengikat aku perasan Nazmi dihadapan. What the..

"AAAAAAAAA.. awak" Aku tengok badanku yang sedang ditatap dan menutup badanku dengan tuala. Macam mana aku boleh tak perasan yang dia ada dalam bilik ni? tengok? jatuh maruah aku. Atiqkah, he is your husband dah halal dah pun.

Aku terus berlari menuju ke almari pakaian. Malu bukan kepalang lagi habis merah muka aku.

*******

Aku masih lagi terkejut melihat isteriku naked di depan mata.. Dia ni tak perasan ke aku kat depan dia. Aku menelan air liur yang terasa kesat.

Dia terus menutup badannya dengan tuala dan terus lari ke almari. Aku pula terus masuk ke bilik air. Ya Allah, habis gugur iman aku..

Selepas mandi aku terus duduk di atas katil menunggu isteriku masuk bilik. Sejak kejadian tadi dia terus tak masuk bilik malu lagi lah tu. Aku senyum sendiri.

Pintu dibuka dari luar. "Masuklah. Nak saya dukung ke? " Aku bergurau dengan isteriku kerana dia hanya berdiri di depan pintu.

Dia masuk dan terus baring disebelahku tetapi membelakangiku. Aku merapatkan tubuhku dengan tubuhnya. "Abang pernah dengar berdosa tau kalau isteri tidur membelakangi suami.... " Aku belum habis cakap lagi dia telah memusingkan badannya.

Muka dia dan muka aku betul betul dekat sampai naik juling aku pandang. Aku menjauhkan sikit badanku. Aku memegang dagunya untuk melihat matanya. Sungguh cantik ciptaan Allah.

"I love you, sayang" Aku mengucup lembut dahinya.

Serta merta air matanya jatuh ke pipi. Aku mengelap air matanya menggunakan tanganku. "Kenapa nangis? "

"Saya terharu... " Aku tergelak setelah mendengar jawapannya.

"Stop calling me 'awak and saya'" Aku memandang mukanya.

"Habistu nak panggil apa? "

"Honey? Bi? " Dia geleng

"Mummy? Daddy? " Dia geleng juga.

"habistu awak nak apa? " Aku bertanya kepadanya. Penat meneka.

"Abang Sayang" Dia memberikan jawapan yang membuatkan aku tersenyum lebar.

"Boleh lah tu,sayang." Aku terus memeluknya dengan erat sehinggalah aku dan dia tertidur dengan posisi tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience