Bab 18

Romance Series 4842

******

Aku cuba untuk bangun tapi tangan aku dah jadi bantal untuk dia. Aku tolak kepala nya perlahan lahan.

"Sayang.. bangun.. solat subuh dah nak habis waktu dah ni. " Aku menggoyangkan badannya. Dia memusingkan badan membelakangkan aku.

"Sayang,bangun lah. kita solat sama sama. " Aku cuba mengejutkannya..

'Aduh macam mana aku nak bagitahu aku cuti ni?' Atiqkah bisik dalam hati.

Aku bangun dan duduk menghadap suamiku. "Abang..emm.. saya nak cakap sikit.. "

"Nak cakap apa lagi ni?Lepas solat kita borak eh? " Dia bangun untuk ke bilik air. Aku menarik tangannya.

"Abang tahukan bulan suka datang dekat perempuan setiap bulan? " Aku berkias malu untuk bagitahu secara terus.

"Apa sayang merepek ni? Bulan ada je terpacak kat atas tu." Dia menuding jari ke atas.

"Hish, abang ni Allah bagi cuti lah kat sayang. Sayang mana boleh solat. " Aku memukul bahunya dan terus tidur semula.

"Lah, straight to the point je lah. Buat apa nak malu dengan suami sendiri. Apalah sayang ni. " Dia terus bangun dan menuju ke bilik air.

*******

Aku bersiap begitu juga dengan Nazmi. Siap je aku pakai tudung, dia memanggil aku untuk menolongnya pakai tie.

"Sayang, sayang dah siap tolong abang pula. " Dia menunjukkan tie nya kepadaku.

Aku menghampirinya dan mengambil tie tersebut. "Abng duduk lah. Tinggi sangat..sayang kena jengket pula. " Aku menarik tangan nya ke hujung katil.

Aku memakaikan tie untuknya. "Cantik sungguh isteri hamba" Dia memegang pipiku. Merah muka aku menahan malu.

"Dah siap. jom turun." Aku mahu mengambil handbag dan briefcase dia tapi dia menarik tanganku dan aku tak sempat nak seimbangkan badan terus terduduk di atas paha dia.

"Alaa.. kalau hari ni tak yah pergi kerja boleh tak? Abang nak bermanja dengan sayang. " Dia membuat muka comel. Alololo.

"Oh cik abang sayang.. I'm a doctor. ramai pesakit dekat hospital tu." Aku mahu bangun tetapi dia memelukku erat.

"Abang.. sampai bila nak macam ni? nanti ibu kata apa pula? "Aku memandangnya.

"baiser first" Dia menadah pipi ke arahku.

"ngada ngada lah abang ni. cepatlah. " Aku tidak melayannya.

"Abang taknak lepas. "

"ok fine. " Aku mencium pipinya. Dia pula mencium pipiku dan melepaskan pelukan.

Aku dan Nazmi turun ke dapur untuk bersarapan. "Hai ibu.. " aku mencium pipi ibu.

Aku melabuhkan punggungku disebelah Nazmi. Aku menuangkan air nescafe di dalam cawannya.

"Em.. macam mana? malam pertama?" Aku tersedak setelah mendengar soalan adik aku. Nazmi menghulurkan air sambil menepuk belakang badanku.

"Adik, takde soalan lain ke? tengok kakak dah tersedak. "ibu memarahi Aidil.

"Aidil. Kau ni kan...Aku cili mulut kau nanti. " muka aku merah menahan malu.

"Jom sayang gerak. Abang dah lambat ni. "

"Eh? Sayang bawa kereta sayang lah. Abang pergi lah dulu. " Aku memandang nya dengan pandangan pelik

"Nope. Mulai dari harini sayang abang hantar. fullstop. " Dia memberi kata putus.

"Hey hey.. nak bersayang sayang tolong jangan di sini. Aku nak makan pun tak lalu. " Aidil membuat muka loya.

"Adik.. apa cakap macam tu pula. " ibu menegurnya.

"ibu... Aidil tak lalu nak makan. " Aidil memandang ibu dengan muka simpati.

"Dahlah ibu. Akak pergi dulu. " aku menyalam tangan ibu dan berlalu pergi sempat aku menjeling tajam ke arah Aidil.

*******

"Abang, salam." aku menghulurkan tanganku untuk bersalam dengan Nazmi.

Dia menghulurkan tangan nya dan mencium dahiku. "Ingat ye sayang.. jangan nak menggatal dengan Dr. Razi nanti abang denda. " Dia mencubit hidung aku.

"Ade ade jelah abang ni. bye Assalamualaikum. " Aku membuka pintu dan terus masuk ke hospital.

*********

"Hai dr. Nadiya.. Lepas dah kahwin ni makin berseri seri muka.. Ni yang buat saya nak kahwin awal ni. hahaha" Nurse yang bernama Suri itu menegurku

"Hish awak ni ada ada jelah. Dahlah saya nak masuk bilik. Banyak kerja lagi saya nak buat dari layan awak.." Aku terus beredar ke bilikku dan menyibukkan diri dengan bekerja.

Tok tok tok

pintu dikuak dari luar. "Eh, doktor.. masuklah yang berdiri kat situ kenapa?" Dr. Razi masuk dan duduk berhadapan denganku.

"Saya datang ni nak ucapkan tahniah. Dah kahwin pun awak. Saya juga nak minta maaf sebab memburuk burukkan Nazmi. Saya tak berniat pun. Saya su..."

"Takpalah, saya tak kesah. i trust him.. by the way thanks for the wish. " Aku senyum dan menyambung kerjaku.

"Nazmi tu baik kalau awak nak tahu. Dia tak pernah bercinta sebelum ni.. tapi time dia remaja,dia ada cerita kat saya yang dia ada jatuh cinta dengan seorang budak perempuan nama dia saya tak berapa nak ingat....sampailah dia pindah ke London... "

"Yang awak cerita dekat saya ni kenapa? " Aku memandangnya meminta jawapan.

"Takdalah.. saya saja je bercerita pasal dia. Awak taknak tahu makanan fav dia ke? apake? im his friend i know everything about him. "

"Hm.. Apa fav food and drink dia? " Aku bertanya sambil tanganku masih ligat membuat kerja.

"Hm.. He likes something like spaghetti and apple. semua yang berkenaan dengan apple dia suka"

" Sama lah macam saya. Saya suka apple hijau. "

"Okeylah saya keluar dulu. Saya ada kerja.. " Dia bangun dan keluar dari bilikku.

"Ah! By the way.. saya nak minta maaf pasal adik saya." Dia masuk semula dan hanya berdiri di depan mejaku.

"Adik awak? Sebab? " Aku memandangnya pelik.

"Hanif Huzair.. I saw everything that night.. sebab i follow Nazmi cari awak. Saya tengok dia gelisah so saya ikut dia dan nampak dia menuju ke belakang dewan.. Im so sorry about that"Dia menundukkan mukanya.

"Hm.. it's okay. benda dah lepas. "

"Tapi awak kena hati hati.. maybe dia akan kacau awak lagi.. Sebab apa yang dia nak dia akan cuba sampai dapat.. Tapi awak jangan risau saya akan nasihat dia. " Dia terus keluar dan menutup pintu bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience