Bab 6

Romance Series 4842

******
Hari ni hari cuti. Aku tiada kelas harini sebab cikgu suruh semua rehat kan minda kerana lusa SPM akan berlangsung. Aku kalau cuti memang akan mandi pada petang hari kerana malas menguasai diri. hahaha

"ibu oh ibu.. ibu masak apa tu? " aku turun dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek paras paha dan turun ke dapur.

aku melihat lauk pauk yang dimasak oleh ibu
sungguh menyelerakan. Ada ketam masak gulai. Sayur kangkung dan macam macam lagi. terliur aku tengok. "ibu masak banyak banyak ni ada orang nak datang ke?" aku hanya bertanya pada diriku sendiri.

"Aidil oh Aidil, ibu mana? Dah pergi kerja ke? " Aku mencari kelibat Aidil. oh dekat depan tv rupanya. Aku duduk di sebelahnya. "Dil, ibu mana ibu? tu sapa yang masak semua tu? "Aku bertanya lagi kepada Aidil.

"ibu dah pergi kerja lah kak. Kau ni dah mandi belum? " Aidil bertanya kepada ku. Aku hanya tersengih sambil memegang remote tv.

"ehem ehem " punyalah terkejut aku dibuatnya. Apa mamat nerd ni buat kat sini? OMG. Aku nelihat baju yang aku pakai dan terus memandang Aidil. remote yang berada di tangan ku automatik jatuh terus ke lantai.

Aku berlari sepantas kilat sambil menjerit. "Aidil kenapa kau tak bagitahu aku ada orang kat rumah ni. Aduh. " merah muka ku apabila teringat bagaimana mamat nerd tu memandang aku dengan pandangan yang aku pun tak pasti.

"HAHAHAHAHAHAH"kedengaran suara Aidil ketawa. kurang ajar punya adik. Aku terus ke bilik dan membersihkan diri. Mana aku nak letak muka aku ni?

*********** ********** ***********

hari ni aku tiada kelas. Alhamdulillah.

kring kring~

phone ku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. oh Aidil.

"hello, waalaikumsalam. ye kenapa dil? Datang rumah kau? oh boleh boleh. lagipun aku kat sini bosan takde sape kat rumah. kau dah makan belum? nanti aku bawa lauk sikit datang rumah kau. okey okey. bye. Assalamualaikum. "

bagus juga aku datang rumah dia. lagipun aku nak tahu siapa kakak dia tu? Aku terus bersiap dan terus menuju ke dapur. "Mak Som, tolong bungkuskan sikit lauk ni. nak bawa pergi rumah kawan. Nanti papa balik cakap Mi pergi rumah Aidil tau. " tanpa berlengah lagi dia terus membungkus lauk tersebut.

"terima kasih Mak Som. " aku salam dan terus menuju ke rumah Aidil.

********

Wah, boleh tahan cantik rumah dia. bersih saja. walaupun tiada upah bibik. Aku tahu serba serbi pasal keluarga Aidil kerana dia pernah bercerita
kepadaku. Aku memberi salam.

"Eh, dah sampai. jom ah masuk. ibu aku takde kat rumah. Tinggal aku dengan kakak aku je. Ni pun dah tengah hari tak bangun bangun lagi. Tah apa nak jadi dengan dia tu." Aidil membuka pintu pagar. "wah banyak betul lauk kau bawa ni. Ketam masak gulai. gila gempak. Ini kalau akak aku nampak terliur dia sebab ini makanan fav dia. "

kita orang terus menuju ke dapur dan memasukkan lauk pauk ke dalam mangkuk. "Aku tak sangka pulak kau ni kuat membebel Aidil. Daripada luar rumah sampai lah ke dapur kau membebel. Hahahha" aku saja bergurau untuk menghidupkan suasana.

"kau ni.. dah lah jom ke ruang tamu. Kita borak kat situ sambil tunggu kakak aku bangun. " Aidil terus menarik tangan ku untuk ke hadapan.

"jom.. tapi takyah lah tarik tangan aku. geli lah. hahahha" aku terus bergurau dengannya.

Sampai sahaja di ruang tamu. Aku mendengar suara seseorang yang familiar sangat. "ibu oh ibu... ibu masak ape tu? "

Punyalah terkejut aku. Dia punya pakaian membuat kan aku tergamam. kulitnya yang putih. Aduh. Gugur iman aku tengok perempuan tu turun tangga. Tapi aku tak dapat melihat mukanya sebab dia membelakangi aku dan terus menuju ke dapur.

"ehem ehem. itu akak aku. tak senonoh perangai dia. hahahaha. kau jangan tergoda pula. hahahaha. tengok lah nanti dia yang malu sendiri. " Aidil menghentikan aku dari terus memandang perempuan itu. Habis merah telinga aku mendengar kata kata Aidil tadi.

Perempuan tu makin lama makin menghampiri aku dan Aidil. Terkejut bukan kepalang lagi aku setelah melihat siapa perempuan tersebut. Atiqkah!!. Ya Allah cantiknya dia.

Dia tak perasan ke aku kat sini? Dia terus melabuhkan punggung nya di sebelah Aidil. Aku yang duduk di sofa single tu hanya memandang sambil menelan air liur. Siapa yang boleh tahan bila melihat perempuan cantik di depan mata kan? Selama ni aku hanya melihat dia pakai baju kurung sekolah. Rambut nya memang aku sudah tahu panjang dan lebat kerana sekolah tu tak kisah nak bertudung atau tidak. Tetapi hari ini dia menyanggul tinggi rambutnya sehingga menampakkan lehernya yang jinjang dan putih itu.

Aku tersedar dari lamunanku.

"ehem ehem" aku cuba untuk menyedarkannya yang aku berada di situ.

Disergah sebegitu siapa je yang tak terkejut. Aku hanya melihat gelagat dia. remote yang pada mulanya dia pegang terus terjatuh daripada tangan nya dan terus melarikan diri ke bilik. Aku tahan senyum dibdepan Aidil.

Aku mendengar Atiqkah menjerit memarahi Aidil. Atiqkah Atiqkah comel sungguh bila melihat muka nya yang berrona merah itu. Aku tersenyum sendiri mengenangkan muka Atiqkah.

"hoi hoi, kau pahal senyum sorang sorang. kau jangan cakap kau suka akak aku. hahaha. tapi boleh je sebenarnya. hahahaha"Aidil terus menepuk bahuku dan ber gerak ke dapur.

"Dah jom lah makan. lapar aku. Kak, jomlah makan.Lauk sedap ni. kalau habis padan muka kau. hahahah" Aidil cuba bergurau dengan akak nya. Aku hanya ketawa melihat gelagat dua beradik ini.

********* **********

kurang ajar punya adik. Setelah membersihkan diri. Aku memakai pakaian yang sopan sikit. "Yelah sabar sikit boleh tak?!" aku memarahi adikku. Tak menyempat betullah dia ni.

Aku segera turun ke bawah. setelah sampai ke dapur, aku terus duduk dan mengambil pinggan. Aku tiada mood langsung untuk berborak. Aku mengambil nasi namun belum sempat aku mengambil senduk mamat nerd tu yang ambil dulu.

"Awak nak banyak ke sikit?" dia menanyakan kepadaku. Dan.. sejak bila ber 'awak saya'ni? gelilah.

aku menjelingnya."sikit je" aku hanya menjawab sepatah sahaja. Aku melihat Aidil tersenyum di sebelah mamat tu. Kau tunggu nasib kau Aidil. aku hanya berbisik.

Aku sedar yang aku diperhatikan oleh adikku dan mamat tu. "pahal pandang aku macam tu? " muka ku merona merah apabila terpandang mamat nerd tu dan aku terus melarikan pandangan.

"Takdelah, dah 3 kali kau tambah. kau lapar sangat ni. Aku pun naik berselera tengok kau makan." Aidil menegurku.

"uhuk uhuk" tersedak aku apabila ditegur oleh Aidil. Alamak apa yang aku buat ni? Mamat nerd tu terus menghulurkan air kepadaku. Aku hanya memandang air tersebut tetapi aku tidak mengambil air tersebut. Aku ambil air yang berada di atas meja dan aku minum dengan rakus air tu.

"Awak, itu air saya. " terus tersembur air tersebut dan tepat terkena di muka mamat tu. siapa suruh duduk depan aku. kalau aku tahu aku ambil je air yang dia bagi tu.

"HAHAHAHAHAHAHA" kedengaran suara Aidil ketawa.kurang asam ounya budak kau tunggu kau.

Macam mana aku boleh terminum air dia ni. Lepas satu satu masalah datang. haish lah kau ni Atiqkah. Aku terus ke sinki untuk membasuh tangan. "Aidil, nanti kau kemas meja ni. Aku nak naik atas. " Aku terus menuju ke atas tanpa memandang ke belakang. "Aduh malu nya.. " aku berkata sendiri sambil mengetuk-ngetuk kepalaku.

********

Masih terngiang ngiang di kepalaku tentang hal semalam. Tulah sombong sangat sekali dapat minum air aku tersedak kau. hahaha. Aku senyum sendiri.

"hai anak papa ni dah kenapa senyum sorang sorang. Teringat makwe ke tu? " Papa cuba bergurau. memang teringat makwe pun pa. aku hanya berbisik di dalam hati.

"Mana ade pa, ni ha cerita ni kelakar. "aku menunjukkan cerita yang aku tonton.

"Aikk, apa ke pelik nya budak ni.Mi tahu tak tu cerita apa? Takkan lah berita pun kelakar. Ni sah lah ni tipu papa" alamak macam mana aku boleh tak perasan yang aku tengah tengok berita?

"umm... takde pape lah pa. Mi naik dululah. kena tidur awal. Esok dah start SPM. doakan Mi tau pa. " aku terus menuju ke bilik ku.

*********

Ujian SPM berjalan dengan lancar sekali. Sebulan sudah kami menjawab. Akhirnya sudah habis. hanya menunggu keputusan sahaja.

Sepanjang cuti 3 bulan ni. Mamat nerd tu selalu sangat datang rumah aku. takde kerja ke mamat ni. Aku nak keluar pun malu. Masih terngiang ngiang lagi hal sebulan yang lalu. Aku seyum sendiri.

"Woi kak, kau kenapa? teringatkan Nazmi ke? " Aidil menegurku.

"Nazmi? sape tu? " Aku blur sekejap. siapa Nazmi?

"Kau ni Nazmi pun tak kenal. Mamat nerd tulah. Asyik panggil dia mamat je sampai lupa nama dia. kesian pakwe kau tu. hahahah" Aidil bergurau pula denganku.

" ha ha ha kau fikir kelakar? Aku cili mulut kau nanti. " Aku membuat nada marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience