Bab 13

Romance Series 4842

Hari ni adalah hari dimana majlis syarikat aku berlangsung. Semuanya aku serahkan kepada pemilik hotel. Aku hanya akan datang ketika majlis sudah berlangsung.

'Awak, saya nak jumpa awak boleh? Sekejap je. Time lunvh takboleh sebab saya ada klien.' aku menghantar mesej kepada Atiqkah.

Ting~

'Boleh. sekarang pun boleh.' Dia membalas mesejku.

Aku terus keluar untuk ke hospital. "Tuan, kejap lagi tuan ada meeting dengan klien from london. " PA ku menegur aku ketika aku melintasi mejanya.

"hm, saya keluar kejap nanti awak call saya. " Aku terus beredar dari situ.

"Kemana dia nak pergi sebenarnya?"Syaza duduk di meja nya semula.

*******

Tok tok tok

"Assalamualaikum, " Aku memberi salam. Alamak ada patient. Aku senyum lalu aku menutup pintu semula.

"Awak boleh keluar. Kalau masih sakit lagi datang ye. " Aku memberi nasihat kepada pesakit tersebut. " Cik, kalau nampak lelaki tadi tu suruh dia masuk ye. " Aku senyum kepadanya.

"Encik, Dr. Nadiya called you" Pesakit itu menegurku.

"Nadiya? emm. by the way. thank you. " Aku senyum ke arah nya dan terus membuka pintu bilik Atiqkah.

"Hello, miss Nadiya. " Aku senyum dan duduk berhadapan dengannya.

"Awak nak apa ni? Pagi pagi lagi dah datang hospital. " Atiqkah menegurku.

"Memang semua orang dekat sini panggil awak Nadiya eh? " Aku tidak terus menjawab soalannya.

"Haah, hanya orang tertentu je akan panggil saya Atiqkah." Maksudnya aku ni orang pentinglah kan? OMG. aku senyum sendiri.

"Awak ni kenapa senyum sorang sorang? " Atiqkah menegurku. Aku masih lagi tersenyum.

"Sebenarnya saya nak ajak awak pergi ceremony syarikat saya. Jom ikut saya?" Aku mencuba nasib.

"Bila tu? " Atiqkah bertanya seakan akan dia bersetuju. Aku tersenyum melihatnya.

"Malam ni. "

"WHAT?!" Aku terkejut mendengar dia menjerit. Nasib baik pintu tutup kalau tak buat malu je.

"Awak tak payahlah menjerit. Jomlah. please. " Aku memujuknya. Sebenarnya dia ada plan untuk Atiqkah malam ni.

"Aaaa.. Awak saya tak tahu lah.. "Atiqkah tidak menjawab soalan ku

"Takpe.. Nanti saya akan duduk dengan awak je. Saya tahu awak tak pernah pergi majlis majlis macam tu kan? "

"Taknak lah pergi. "

"Nope. you have to. " Aku memaksa

"ish, awak ni suka lah memaksa. Yelah yelah saya ikut. puas? " Aku memandang mukanya. Belum puas aku nak memandang muka dia yang sibuk menulis ape tah. PA ku call.

"Hello, ye, oh okay. Saya datang sekarang. " Nazmi bangun dan mahu beredar.

"See you tonight. Bye" Aku terus menutup pintu biliknya dan berlalu pergi.

******

"Eh?! you!! you buat apa kat sini? " Melissa datang menghampiriku. Aduh perempuan ni tak habis habis.

"suka hati aku lah. Dah lah pergi main jauh jauh. " Aku terus keluar dari hospital tersebut.

"Kau ingat aku tak tahu kau pergi jumpa Dr. Nadiya tu? Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku. Kalau aku tak dapat kau jangan ingat orang lain boleh dapat kau. " Melissa senyum jahat lalu
beransur keluar dari sekolah.

*******

Selesai sahaja meeting. Aku berjumpa dengan pemilik syarikat HK Holding. "How's the presentation?" Aku bertanya kepadanya.

"Well, I'm impressed. it's the right choice to pick your company as our shareholder. " Dia terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat.

Huh, hari adalah hari yang memenatkan. Banyak sangat projek baru yang aku perlu awasi. Papa pula dah lama berhenti dan aku lah yang kena jada Syarikat NZ holding ni. Kalau sikit cawangan nya takpe tapi ni sampai ke luar negara. memningkan kepala.

Selesai sahaja semua meeting, aku terus ke Paradigm Mall untuk mengambil baju yang aku tempah.

"Hai, Aunty Lim, I come to take a look at my tuksedo. " Aku salam aunty Lim. Aunty Lim ialah mak saudara aku belah mak. Tapi dah masuk islam okay..

"Hai.. Oh baju kamu dah siap awal dah. pergilah try sana. " Aunty menunjukkan ke arah sebuah bilik di dalam butik nya.

"Wah, cantik nya. " Aku terus menyarungkan baju tu. hmm confirm terpikat Atiqkah tengok aku. hahaha. aku gelak dalam hati. Aku nak call Atiqkah lah.

2 kali aku call tapi dia tak angkat. Aku cuba lagi sekali. Huh, angkat pun. "Hello Assalamualaikum. siapa ni?" Kedengaran suara dia di hujung talian.

"Nazmi lah. Awak.. nanti malam pakai dress warna hitam tau. " Aku just straight to the point .
kalau boleh nak berlama lama tapi dia mesti banyak kerja. Maklum lah doktor kan.

"Hitam? saya mana ada dress warna hitam. Kalau ada pun baju kurung hitam adalah. dress takde"

Aku duduk di kerusi yang disediakan. "Hmm kalau macam tu.. awak bagi saiz dress yang selalu awak pakai saya carikan. Cepat.. " Aku senyum sendiri

"Eh, tak yah lah. Saya pakai jelah dress mana yang ada. "

"No you can't. Cepatlah bagi saiz. " Aku mendesaknya.

"ok fine.. Saya selalu pakai saiz L.. pastikan baju tu menutup aurat eh. Awak ni bukan betul pun. Nanti tah baju apa awak bagi. " Dia memarahiku.

"Hahaha.. nanti saya beli bikini untuk awak baru awak tahu. hahaha" Sempat aku bergurau dengannya.

"NAZMI!! " dia menjerit di hujung talian. Adih boleh pekak aku.

"Saya gurau ajelah. Saya tahulah awak. Takkan lah saya nak bagi yang pelik pelik pula. Saya taknak orang tengok body bakal isteri saya. so kalau boleh saya nak je suruh awak pakai telekung pergi situ. hahaha" Perkataan 'bakal isteri'tu aku tekan kan supaya dia dengar. hahaha

"Dahlah.. saya banyak kerja ni. Assalamualaikum "Atiqkah menamatkan panggilan.Haish dia ni jual mahal pula.

"Aunty.. Oh Aunty.. Tolong Mi aunty..." Aku mendekati Aunty Lim.

"Tolong apa Mi? " Aunty memandangku penuh hairan.

"Tolong carikan dress yang paling lawa warna hitam sama macam Mi punya. Saiz L. " aku memberi tahu detailnya.

"Untuk sapa pula tu? "

"Untuk bakal isteri hamba.hahaha"

"Tak datang ke? " aunty pergi ke tempat dress wanita.

"Tak, she's a doctor lah. " Aku ikut aunty mencari baju.

"Oh. Nanti kenal kan aunty dengan dia ya. Ha jumpa pun. " Aunty mengeluarkan satu baju yang bergantung tetapi masih berada di dalam plastik.

Cantik. Dress berwarna hitam. Mempunyai bunga di seluruh tempat yang juga berwarna hitam. Ada manik manik swarovski di keliling pinggangnya. Sungguh cantik. Gaya yang ringkas tetapi cantik.

"Ok aunty. I'll take this. " Aku memegang baju tersebut. Mesti cantik kalau Atiqkah pakai. bisikku dalam hati. "Berapa semua, aunty?" Aku menuju ke kaunter untuk membayar.

"Yang dress ni aunty kasi free saja. Yang tuksedo kamu bayar. Special just for your future wife. " Aunty tersenyum melihatku. Aku pun menghulurkan beberapa keping not RM100 dan aku beri kepada aunty.

"Thank you aunty. I really appreciate this and don't forget to come tonight. i will show you my future wife. " Aku kenyitkan mata dan berlalu pergi.

"Ada ada jelah budak ni" Aunty Lim terus masuk ke butik nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience