Bab 19

Romance Series 4842

*******

Cause girls like you
Run around with guys like me
Till sundown when i came through
I need a girl like you yeah

Lagu girls like you berkumandang di dalam bilikku menandakan ada panggilan masuk. Aku mencapai telefon ku di dalam beg. Oh. Nazmi.

"Assalamualaikum, sayang.. jom lunch? Abang datang..." Tanpa menunggu balasan aku dia terus menamatkan panggilan. Nasib baik lah sayang..

Aku mengemas barang barangku dan terus keluar untuk menunggu Nazmi.

Aduh mana dia ni..Sudah hampir sejam aku menunggu dia di depan hospital. Aku cuba call tetapi operator yang menjawab. Aduh aku rasa tak sedap hati. Apa jadi dekat Nazmi ni?

"Dr.. Dr Nadiya.. Ada emergency.. " seorang nurse datang menghampiriku.

"Calm down nurse.. Dekat mana? " Aku memegang bahunya.

"Jom dr.. kita kena cepat.. " Dia menarik tangan ku.

"Jap.. saya nak pergi bilik saya." Aku berjalan menuju ke bilik dan terus pergi ke ruang emergency.

Aku menunggu di ruang emergency sehinggalah ambulans datang. Nurse disebelahku terus membuka pintu belakang ambulans tersebut untuk menyambut pesakit.

Terkejut aku bukan kepalang lagi bila melihat darah dan luka yang banyak dan yang mengejutkan aku lagi ialah dia suami aku..

"Allahuakbar.. abang.. "Aku terus menutup mulutku. Aku menangis tidak sanggup aku melihat keadaan nya sekarang.

"Dr Nadiya.. kenapa?Dr kenal ke? " seorang nurse bertanya kepadaku sambil memeluk bahuku.

"Dia suami saya.." Aku tidak dapat menahan daripada menangis. Aku memegang stroller dan menuju ke wad kecemasan.

"Abang.. bertahan ye. Sayang rawat abang.. please be strong" Aku menahan diri daripada menangis.

Lama juga aku merawatnya sehingga pukul 8. Aku telefon Aidil untuk memberitahunya tentang ini.

"Kak.. " Aidil menghampiriku dan memelukku.

"Sabar ye nak.. he's gonna be fine. "Ibu memujukku. Papa nazmi hanya berdiam diri dan duduk di kerusi yang disediakan.

"Dia koma ibu.. " Aku memberitahu ibu sambil menangis memeluknya.

"Dah pergi balik dulu..Biar Aidil dengan papa dia jaga dia.." ibu memujukku.

"No. I won't leave him. " Aku bertegas. "ibu.. baliklah.. papa dengan Aidil pun. Nanti kalau dah okey sikit Atiqkah balik. " Aku berlalu pergi menuju ke bilikku untuk menunaikan solat.

*******

"Abang.. Sayang datang ni.. Abang tahu tak dah berapa bulan sayang tunggu abang bangun.. " Aku duduk dan megusap pipinya. Hampir setiap hari aku menunggu dia bangun.

Teruk juga dia kemalangan kerana berlaku sedikit gegaran otak yang menyebabkan dia koma selama beberapa bulan. Setiap hari aku akan datang untuk melihat condition dia.

Setelah melihat Nazmi aku beredar ke bilikku kerana ramai lagi pesakit yang membuat appointment dengan ku.

Tok tok tok

"Dr.. Suami doktor dah sedar.. " Seorang nurse masuk dan memberitahu tentang keadaan Nazmi.

"Alhamdulillah.." Aku bangun dan terus menuju ke wad suamiku. Aku masuk dan check nadinya. semua okay.

"Dia boleh dipindahkan ke wad biasa. " Aku memberitahu nurse disebelahku. Aku ikut nurse itu memindahkan Nazmi.

"Abang... kejap ya.. Sayang nak call Aidil" Aku keluar dari wad suamiku dan menelefon Aidil untuk memberitahu bahawa Nazmi sudah sedar.

******

"Assalamualaikum Dr. Nadiya.. macam mana dengan Nazmi?dah okay? " Dr. Razi masuk dan berdiri disebelah katil Nazmi.

"Alhamdulillah dia okay. cuma kena banyakkan berehat. " Aku memandang Nazmi yang sedang lena tidur.

"okaylah kalau macam tu. Ni saya ada bawa buah tangan. epal hijau for him. " Dia menghulurkan seplastik epal kepadaku.

"Thanks.. " Aku senyum dan menyambut huluran tersebut dan aku letakkan dimeja sebelah katil Nazmi.

"Assalamualaikum.. " Aidil masuk bersama ibu sambil membawa bekalan makanan untuk Nazmi dan juga aku. Sejak aku jaga Nazmi aku tak berapa nak berselera sangat makan.

"Ibu.. mana papa Naz?" Aku salam dan bertanyakan tentang papa Nazmi.

"Oh.. Aidil dah call dah. Dia kata petang sikit dia datang. Busy katanya. " Aidil menjawab bagi pihak ibu.

"Macam mana Naz? Ada apa apa yang teruk ke? " ibu bertanya kepadaku sambil duduk di sofa yang berada di dalam wad tersebut.

"Em, Dr. saya keluar dululah. Assalamualaikum " Dr. Razi keluar setelah lama mendiamkan diri ketika Aidil dan ibu masuk.

"Siapa tu kak? " Aidil duduk disofa bersebelahan dengan ibu.

"Kawan Naz. Doktor kat sini." Aku menjawab sambil tanganku menggenggam tangan Nazmi.

*******

"Eh abang dah bangun.. " Aku terkejut apabila tangan Nazmi menggenggam erat tangan ku.

"Sayang.. Abang lapar.. " Dia memandang muka ku sambil membuat muka sedih. Aku senyum melihatnya.

"Ibu ada bawakan bubur untuk abang.. Tapi dia orang semua dah balik. " Aku membuka bekal yang ibu bagi dan menyuap Nazmi.

"Abang ada nak apa apa lagi tak? " Aku mengemas meja disitu kerana penuh dengan buah tangan.

Nazmi geleng. Nazmi hanya memandang aku yang sedang sibuk mengemas meja disebelahnya.

"Abang rehatlah.. Sayang nak pergi bilik sayang ada hal sikit. " Aku bangun dan keluar dari wadnya tetapi sempat aku mencium dahi suamiku.

Aku masuk semula ke wad Nazmi setelah mengemas barang barang aku di bilik ku. Aku lihat dia sudah lena diulit mimpi.

"Abang, cepat sembuh ya.. Sayang sedih tau tengok abang macam ni. Waktu sayang tengok abang keluar dari ambulans sayang terkejut. sayang dah tak boleh nak fikir dah time tu. Sayang takut kehilangan abang." Aku menangis apabila teringat balik waktu itu.

"Sayang yang rawat abang. Mula mula sayang taknak rawat abang sebab sayang tak mampu tapi disebabkan sayang nak abang ada disisi sayang. sayang rawat abang." Aku duduk di kerusi bersebelahan katilnya. Tanpa sedar aku tertidur disitu.

Nazmi membuka matanya apabila isterinya sudah tidur. Dia mengusap kepala isterinya.

" Terima kasih sayang.. " Air matanya mengalir kerana terharu apabila mendengar luahan hati isterinya. Dia tidak tidur ketika Atiqkah bercerita kepadanya. Dia tersedar apabila isterinya memegang tangannya. Dan dia hanya mendengar isterinya bercerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience