Bab 14

Romance Series 4842

******

Ting tong~

"Assalamualaikum" Aku memberi salam. Aku sekarang berada di depan rumah Atiqkah untuk bagi dress.

"Waalaikumsalam.. oh Nazmi. Ha ada apa? " Aidil keluar. Haih. aku fikir Atiqkah yang keluar.

"Mana akak kau? Ni kata dengan dia special for her. " aku menghulurkan paper bag tersebut kepada Aidil.

"Oh. Dia tak balik lagi tadi dia call aku kata yang dia ada emergency. " Aidil menjawab

"okeylah. Aku pergi dulu. Kirim salam aku kat ibu dengan akak kau. bye. " Aku terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke rumah. Rumah kita orang dekat je. Aku pindah balik ke rumah lama setelah dekat 5 tahun duduk London.

*****

"Kak, nah dia bagi. " Aidil menghulurkan paperbag kepadaku.

"Terima kasih tolong aku." aku mengambil beg tersebut dan berlari masuk ke bilik.

"Pergi jelah jumpa Nazmi tu nak juga aku yang pergi jumpa. Tak pasal pasal kena tipu si Nazmi tu." Aidil terus menuju ke dapur untuk sambung makan. Mana tak nya tengah makan tiba tiba akak dia datang menerpa suruh jumpa dengan Nazmi yang tengah tunggu kat luar tu.

Ya Allah, cantiknya baju ni. Mesti mahal. Rasa bersalah lah pula. Kalau aku tahu aku taknak pergi. Bisikku dalam hati.

Aku menyiapkan diri dan menyarung dress tersebut. Wah muat. Tak besar dan tak juga kecil. Bagus. Aku senyum sendiri.

Tudung aku hanya mengenakan shawl maroon. Hanya belit seperti biasa. Aku pakai bedak dan calit kan sedikit lipstick.Dah siap. Aku hanya perlu menunggu Nazmi untuk datang. Aku bersebar sebenarnya sebab aku tak pernah pergi majlis macam ni.

******

"Betul ke hah apa yang aku nak buat ni? " Aku bercakap seorang diri sambil memandang bekas cincin yang aku beli tempoh hari. Aku tekad malam ni aku akan confess dekat dia.

Aku terus menuju ke kereta untuk menjemput nya.

Pin pin pin

Huh, dah sampai. Aku terus berlari turun dan mengambil heels di rak kasut.

"Gila cantik siot baju kau. Aku nak cakap satu ni.." Aidil memandangku.

"Apa dia.. aku nak cepat ni. " Aku memarahinya.

"Amboi. marah cik abang tunggu. Aku nak cakap hati hati dekat sana. Dah shuh shuh. " Aidil menghalau aku. Aku mencebik. "Bye. "

Aku terus menuju ke kereta. Nazmi sudah menunggu aku sambil bersandar di pintu keretanya.

'Wah, Cantiknya dia.. Thank you aunty...' Akubtak sedar yang aku tengah tenung dia.

"ehem ehem" Aku buat buat batuk. apahal dia pandang aku macam tu. "jom" aku terus masuk ke dalam kereta.

"Awak nampak cantik malam ni. " Nazmi memberanikan diri memuji Atiqkah.

Aduh dia ni. Tengok dah janggal. Selama ni boleh je berborak. Boleh ke? Merah muka aku menahan malu. "Emm thanks. " Aku menjawab.

"Awak saya takut.. " Sampai sahaja aku terus berdiri di sebelah Nazmi.

"Awak tak perlu takut.. saya ada dengan awak. Saya janji saya akan stay dengan awak. " Nazmi senyum ke arah ku. Nampak ikhlas sangat senyuman dia tu. Aku berasa tenang sedikit.

Nazmi mencekak pinggang menyuruh aku memasukkan tanganku di celah pinggangnya.
"Awak.. we're not halal. " aku memandangnya.

"hahahah.. saya gurau jelah. Jom masuk. " Aku mengikut langkah nya. Masuk sahaja di dalam hotel itu semua mata memandang ke arah aku dan Nazmi.

"Awak, kenapa semua pandang kita? " Aku bertanya kepadanya sambil berjalan. Mulut daripada tadi tak berhenti dari tersenyum. Mereka pandang seolah aku dan Nazmi adalah raja sehari.

"Saya kan pemilik syarikat ni. Mesti lah semua orang tertunggu tunggu kehadiran orang penting. Lagi lagi ada awak disebelah saya memang semua akan pandang awak dah tak pandang saya dah. hahaha"

"Kenapa pandang saya pula? " Aku bertanya.keliru.

"Awak kan cantik. Lagi lagi datang dengan saya.Mesti dia orang ingat awak girlfriend saya." Kami berborak sehingga lah sampai di meja.

Wah banyak nya makanan. Dan yang aku terkejut ada aiskrim fav aku kat sini. "Suprise!! saya tahu awak suka aiskrim ni so, dekat meja kita je ada aiskrim ni yang lainsaya tak kasi. this is just for you. " Nazmi senyum ke arahku. Auuu so sweet.

"Jom duduk. Meet my papa, Tan Sri Shahriman. And this is my friend Sya... "

"Eh, Dr. Razi.. "

"Eh, Dr. Nadiya.. Awak datang dengan Nazmi ke? "
Aku memandang mereka berdua. pelik. "Korang kenal ke? " Aku bertanya kepada Syakir dan Atiqkah.

"Haah, Dialah Dr. Razi. Ni ke kawan awak, Nazmi? Yang siapa nama dia tu.. ha Syakir. " Atiqkah menjawab persoalan yang tadi bermain di mindaku.

"Haah betullah. Syakir Mohd Razi nama dia. " Aku menjawab. "Dah jom lah saya nak kenalkan awak dengan aunty Lim. Dia bagi free tau baju ni special for you. " Aku menarik lengan baju Atiqkah untuk mengikut aku.

"Aunty Lim! " Aku menjerit memanggil aunty.

"Eh, Mi ya kenapa" Aunty terus menerpa ke arah ku.

"Ni future femme Mi , Atiqkah Nadiya. Atiqkah ni Aunty Lim, makcik saya. " Atiqkah terus menyalami Aunty Lim dan senyum ke arah nya.

"Dah pergilah bawa future femme kamu ni makan.mesti dia lapar. " Aku dan Nazmi terus menuju ke meja untuk makan.

"Awak, future femme tu apa? " Aku bertanya kepada Nazmi.

"Betul ni awak nak tahu? "

"betullah. "

"future femme tu ba... " belum sempat aku menghabiskan ayat aku. MC telah memanggil nama aku untuk berucap di hadapan. "Nantilah saya bagitahu awak. Saya naik atas dulu. " Nazmi berjalan meninggalkan ku di meja seorang diri.

Aku hanya melihat saja dia memberi ucapan. Sungguh mebarik perhatian aku. Timbul perasaan lain dalam diri aku terhadap dia. Tiba tiba seseorang datang menghampiriku.

"Ehem ehem.. Hai.. saya Hanif Huzair" Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam demganku. Hey. aku ni tak bersalam demgan lelaki. Aku hanya memandang saja tangannya lalu menghadiahkan senyum nipis ke arah nya.

"Ok.. awak ada affair ke dengan dia tu? " Dia memuncungkan bibir nya ke arah Nazmi.

"Saya nak pergi ladies." Aku terus keluar dari dewan tersebut.

"Jual mahal nampak. Tunggu kau" Hanif terus keluar dan menunggu Atiqkah keluar dari ladies.

"Hai again.. Jom ikut saya.. " Hanif menarik tanganku dan membawaku ke belakang dewan tersebut. Sungguh gelap sehingga membuatkan aku menggigil.

"hish, lepaslah.. sakit" aku cuba menarik tanganku tetapi tak berjaya sebab pegangan dia begitu kemas.

Sampai sahaja di belakang dewan, dia terus menghentakkan badanku di dinding dewan tersebut. Aku mahu melarikan diri tetapi dia telah menghalangku dengan meletakkan kedua dua belah tangan nya disisiku.

"You nak lari mana? No one can see us here. " Dia cuba memegang pipiku namun aku sempat tepis. Aku pelik selama ni aku belajar seni pertahankan diri tapi bila berhadapan demgan situasi macam aku jadi kaku. takut. Nazmi.. mana awak.. tolong saya..

"Awak.. lepaslah.. jangan sampai saya jerit. " Aku cuba mengugut namun tak berjaya.

"Jeritlah sekuat hati i tak kesah. First time i jumpa you i dah fall in love with you" Dia mengusap pipiku. Serta merta air mataku tumpah.

"Nazmi... mana awak? " aku menangis sambil memanggil nama Nazmi.

"Nazmi..mana awak? Hey hey janganlah panggil lelaki lain bila awak dengan saya.. Saya jealous tau." Dia mengejekku sambil tergelak.

Dia nak cium aku. Apa gila ke mamat ni. Aku tolak dia. Dia tarik tangan aku. "Awak, sakitlah.. "
Dia cuba lagi. Aku menutup mata dan hanya berdoa seseorang datang menyelamatkan aku..

Bukk

*********

Aikk mana pergi Atiqkah ni. Tadi ada. Aku tanya kepada papa ku. Dia nampak Atiqkah keluar dari dewan. Aku terus menuju ke dewan. Aku baru ingat.. Aku terus menumbuk dinding dewan tersebut. Sial punya Hanif Huzair. Aku nampak dia dengan Atiqkah tadi.

Aku cuba call tapi tak dapat. Mana dia ni. Tolong Jangan jadi apa apa. Habis satu dewan aku pusing sampai lah aku terdengar suara seorang perempuan menangis.Suara Atiqkah.

Akubterus menuju ke situ. "Kurang ajar kau,Huzair" Aku terus menarik dia ke belakang dan aku tumbuk muka dia.

"Apa yang kau dah buat ni Huzair. Dengan awek aku pun kau nak?!"

Atiqkah yang nampak takut itu terus menuju ke arah ku dan memelukku. Aku tersentak namun tidak pula menolak. Lalu aku dengar dia menangis.

"Awak.. sa.. sa.. saya takut.. hantar saya balik. " Atiqkah meleraikan pelukannya dan memandangku. Aku mengelap air matanya."Jom. Huzair, aku warning kau. Kalau kau kacau dia lagi memang aku akan report kat ayah kau" Aku terus memegang tangan Atiqkah dan membawa dia terus ke kereta.

"Saya minta maaf.. sebab tak jaga awak." Aku berasa bersalah.

"Takpalah., awak datang tadi pun saya dah bersyukur sangat."

"Awak ada sakit mana mana tak? " Aku membelek belek tubuh nya.

"Auch sakit.. " Oh.. tangan Atiqkah bengkak mungkin sebab ditarik dengan kasar.

"Oh sorry.. Meh sini saya tengok. "

"Takpelah sikit je. "

"Mana ada sikit. Bengkak ni. "

"Ehem ehem im a doctor.. saya tahulah.. " Aku dan Atiqkah tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience