Bab 11

Romance Series 4842

********

Hari ini seperti biasa, aku akan ke office tetapi hari ni sedikit awal kerana ada meeting dengan hotel Pacific view. Setiap tahun syarikat aku akan mengadakan majlis ulangtahun syarikat. Aku perlu berbincang dengan pemilik hotel tentang tema dll.

Selesai sudah perbincangan, aku terus menuju ke bilikku untuk menandatangan projek projek lain.

"Tuan, Dalam bilik tuan ada En.Syakir. Saya suruh dia tunggu luar tapi dia taknak. Sorry tuan. " PA ku meminta maaf sambil membongkokkan badanya sedikit.

"hmm, its okay. you can continue your work"Aku terus berlalu ke bilikku.

"Hey bro,, Long time no see. "Syakir terus memelukku sambil menepuk belakang badanku.

"Hish, apa peluk peluk ni. hahaha. Kau macam mana sekarang? Dah kerja belum? "Aku melabuhkan punggungku di kerusi ku.

"of course dah. Aku sekarang jadi doktor. Alhamdulillah tercapai juga impian aku nak jadi doktor. " Dia duduk berhadapan denganku.

"Baguslah tu. tapi kau datang sini nak apa? takkan datang semata mata nak cakap pasal ni. "

"oh.. aku datang nak ajak kau lunch. jom. " Dia memandangku dengan mimik muka 10 sen.

"Jap, aku tanya PA aku ada meeting tak lunch ni. Kalau takde aku on je. " Aku menekan punat interkom.

"Syaza, lunch ni saya ada meeting tak? "

"Takde tuan. " Aku terus menamatkan panggilan.

"ok jom lunch. " Aku mengemaskan barang dan mengambil phone dan dompet ku.

Sampai sahaja di parking lot. Aku dan Syakir dilema. "Nak naik kereta sape ni? "

"Naik kereta aku lah. Jom" Aku terus mengikut Syakir ke kereta nya. wow. Audi. cantik. Itu saja lah.

"Nak makan kat mana ni? "Aku bersuara setelah masuk ke dalam kereta.

"Kita makan dekat tempat selalu kita makan lah. Restoran Nasi Kandar. Uh, terliur aku. "

Aku dan Syakir berborak sampai lah ke Restoran tersebut.

Aku memesan makanan begitu juga Syakir.

"Weh, kau nak tahu tak? Aku kan baru kerja. Takdelah baru mana. Tapi aku ada suka seorang perempuan ni. Cantik. " Syakir memulakan perbualan.

"Serius ah?! Setahu aku kau ni susah nak puji orang. Kalau dah puji memang cantiklah tu. By the way siapa nama dia? "

"Nama dia Na.... " Belum sempat dia menghabiskan ayat nya. Waiter datang menghantar makanan.

"Thank you.. Ha, dah cepat sapa nama dia? " Serius aku kata aku tak sabar. Aku makan makanan yang aku pesan tadi.

"Rilekslah, Nama dia Nadiya. Doktor kat situ juga. " Syakir memandangku sekilas dan makan makanan yang dipesan.

"Oh, sedap nama. " Aku kalau bab perempuan memang malas nak bercerita. Kalau bab Atiqkah aku on. hahaha.

"By the way, next week syarikat aku ada buat ceremony sikit. macam biasalah setiap tahun. Kau datang ye." Aku meneruskan suapan yang terakhir. Alhamdulillah kenyang.

Selesai sahaja makan, Syakir menghantar aku ke office semula dan dia terus ke hospital.

"Aduh,, macam mana aku boleh lupa pula ni? Dompet aku tertinggal dalam kereta Syakir. " Aku membuat panggilan.

"Weh Syakir. Dompet aku tertinggal kat dalam kereta kau. Hah? takyah aku pergi datang ambil. Kau tunggu je kat situ. " Aku menamatkan panggilan dan terus keluar untuk ke hospital.

"Nurse, Saya nak jumpa Dr. Syakir. Mana ya bilik dia? " Aku terus bertanya kepada nurse yang berada di kaunter pertanyaan tersebut.

"hmm, Encik terus lepastu masuk kanan then hujung sekali bilik dia." Dia memberitahu sambil tangannya menunjuk ke arah tersebut.

"thank you. " Aku senyum dan terus berlalu.

*******

Alamak! apa dia buat kat sini? takkan nak jumpa aku. Tapi bilik aku opposite dengan tempat yang dia nak pergi. Aku terus menyorok di belakang dinding tersebut takut dia perasan yang aku ada disitu. Aku baru saja berjumpa dengan Dr. Razi. Nak balik bilik ternampak mamat tu pula.

Lama jugalah aku menyorok sehingga mamat tu hilang dari pandangan. Aku terus menuju ke bilikku.

"Hai dr. kenapa macam baru lepas nampak hantu ni? " seorang pesakit menegurku.

"Hah?! a... takde ape pun. Dah lah awak tu jangan banyak bergerak. " Aku terus beredar. Malu punya pasal.

"Apalah dr tu. Tadi dia yang suruh aku banyakkan berjalan. Nanti peredaran darah senang lah apalah. Weird. " Pesakit itu terus berjalan jalan di hospital itu.

Aku mengemas sedikit mejaku kerana bersepah. haish, apalah nak jadi dengan aku ni.

Tok tok tok

Pintu dikuak besar dari luar. Alamak! mamat ni lagi. Aku memandangnya sekilas lalu meneruskan kerjaku yang tergendala.

"Did I bother you? " Nazmi duduk berhadapan dengan ku.

"Yes, you are" Aku membalas kata katanya tetapi mataku tidak memandangnya.

"Saya datang sini sebab nak jumpa kawan. Saya punya purse tinggal dalam kereta dia. Awak kenal dr. Syakir? that's my friend. " Dia memberitahuku.

Aku ada tanya ke? pelik. "Saya ada tanya ke? " Aku memandang nya dengan pandangan yang pelik.

"Awak memang tak tanya. Tapi saya takut awak jealous. Maklum lah saya datang hospital ni selalu kan hanya nak jumpa awak je. Nanti awak fikir saya jumpa perempuan lain pula. hahaha"

Aku mencebik apabila mendengar jawapan nya. Aku jealous oh please. "Awak saya busy ni. Boleh tak jangan kacau saya. " Aku cuba menghalau dengan cara halus.

"Okey, saya singgah ni sebab nak ajak awak dinner. Lunch kan tak boleh. Please. " Nazmi memujuk.
"Tengoklah dulu macam mana."

"Nope. Saya akan tunggu sini sampai awak kata 'yes'." Nazmi memeluk tubuh.

"Hish. Degillah awak ni. Just go. " Aku menghalau.

"Nope"

"My answer is 'No'. then go" Aku menolak.

"Yes! "

"No! "

"Yes!"

"No! "

"Yes!"

"Yes!"

"Okey. awak dah setuju. Bye. " Nazmi beredar meninggalkan aku yang terpinga pinga. Haih, kalah aku bila bercakap dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience