Bab 21

Romance Series 4842

******

Aku bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat Subuh. Selesai sahaja aku terus ke bawah untuk membuat sarapan.

"Eh, kakak.. mana Naz?" Ibu bertanya kepadaku sambil tangannya ligat memasak. Aku duduk di meja makan dan hanya memerhati ibu memasak.

"Em, Abang Naz outstation so akak duduk sini dulu. " Aku hanya menjawab dengan sambil lewa.

"Kakak.. jangan tipu ibu.. ibu tahu kakak ada masalah..you're my daughter i know you well.. Ceritalah.. ibu dengar.. " Ibu memasukkan nasi goreng ke dalam mangkuk dan duduk disebelahku.

"Ibu.. " Air mata aku mengalir sebelum sempat aku bercerita. Ibu memeluk dan cuba menenangkan aku.

"Takpa.. cerita je.. " Ibu mengelap air mataku.

"Abang Naz curang dengan akak.. I saw him with a woman that was my friend.. in his office. " Aku memeluk kuat ibu. Aku sudah penat untuk mengeluarkan air mataku.

"Betul ke? kakak kena bincang dengan Naz elok elok.. Jangan macam ni. Ni kakak kat sini Naz tahu tak? berdosa tau keluar tanpa izin suami." Ibu mengusap lembut pipiku.

"Ibu.. "

"Cuba slowtalk dengan dia. Manalah tahu itu sekadar fitnah atau kawan dia. Kita tak boleh nak buruk sangka dekat suami. " Ibu memandang mukaku sambil tersenyum.

"Dah jom makan.. Anak ibu mesti tak makan dari semalam ni. " Ibu menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan ku.

*******

Hari ni aku pergi ke office. Muka aku dah tak serupa orang dah. Serabut. Aku hanya duduk termenung didalam bilik kerjaku.

"Tuan.. tuan.. " Syaza melambai lambaikan tangannya di depan mukaku.

"Hah?! ada apa? " Aku tersedar dan terus menyambung kerjaku.

"Tuan ada appointment dengan klien dari selangor lunch ni. " Syaza membaca jadual kerjaku.

"Nope. Batalkan appointment tu. Saya tak sihat saya nak balik. Ataupun awak ganti saya dan pergi dengan Ridhuan"

Aku mengemas barangku dan keluar untuk mencari Atiqkah. Mana aku nak cari dia ni? bisikku dalam hati. Ha! rumah ibu. Aku terus menghidupkan enjin dan menuju ke rumah ibu.

****

Ting tong~

Aku menekan loceng rumah. Pintu dibuka dan Aidil yang keluar.

"Assalamualaikum Dil.. Em, Akak kau ada tak? " Aku bertanya kepadanya. Dia membuka pintu pagar dan membenarkan aku masuk.

"Pergilah naik pujuk dia. Dia ada dalam bilik." Aku terus berlari menuju ke bilik isteriku.

"Eh kejap kejap.. " Aidil menahan aku dari terus ke bilik.

"Apa lagi kau ni? " Aku memandang muka Aidil untuk meminta penjelasan.

"Siapa perempuan tu? "

"Ala.. perempuan tu Melissa. Kau tahukan aku tak suka dia. Aku selalu cerita kat kau pasal dia kan. so haritu Atiqkah nampak aku berduaan dalam office. " Aku mengeluh apabila teringat tentang hal itu.

"Lah, aku fikir perempuan mana. memang perempuan tu gila. Dah kau pergi lah naik atas. Akak aku tu macam orang hilang anak dah aku tengok. Menangis je kerjanya" Aidil menepuk bahuku. Aku terus menuju ke bilik.

Tok tok tok

Aku buka pintu bilik perlahan lahan. Aku lihat dia sedang duduk dihujung katil memegang gambar perkahwinan kami. Aku berjalan menghampirinya dan melutut di depannya.

"Sayang... " Aku mengusap lembut pipinya. Serta merta air matanya jatuh apabila melihat aku didepannya.

Aku terus membawanya ke dalam dakapanku. Sungguh aku rindu dengan dia. "Sayang. abang minta maaf. Percayalah abang hanya ada sayang je. No one except you. " Dia membalas pelukanku.

"Sayang maafkan abang buat kali ini..tapi kalau abang ada perempuan lain please let me go." Aku meleraikan pelukan dan memandang tepat ke arah matanya.

"Stop.. abang taknak dengar perkataan tu. I'll never leave you. itu janji abang. " Aku memeluknya semula.

"Dah sayang rehat dulu. Habis dah merah hidung sayang asyik nangis je. " Aku mencuit hidungnya.

"Sakitlah.. " Dia menepis tanganku dan baring di atas katil. Aku pula tidur disebelahnya. Alhamdulillah selesai juga akhirnya.

*****

"Hey.. girl what are you doing? " Hanif datang menghampiri Melissa yang sedang duduk di kelab malam.

"Tak payah sibuk hal aku boleh? " Melissa menjeling ke arah Hanif dan minum air arak yang diorder.

"Rileks lah.. aku datang ni ada benda nak bincang.. it's about Nazmi and Nadiya. " Hanif duduk berhadapan dengan Melissa.

"Kau nak bincang apa pasal dia orang?"
Melissa memandang muka hanif dengan pandangan yang pelik.

"Well, kau suka Nazmi right? "

"Of course.. "

"Well. i like Nadiya.. so i have a plan.. " Hanif menongkat dagi di depan Melissa.

******

"Sayang..bangun dah Asar dah ni.. " Nazmi mengejutkan aku. Aku bangun dan duduk menghadap Nazmi.

"Abang.. sayang nak minta maaf.. "Aku salam tangan suamiku. Dia mengusap kepala dan pipiku.

"Dah.. jangan cerita lagi pasal ni. " Nazmi senyum memandangku.

"Dah pergi mandi.. nak abang mandi kan ke? " Dia tersengih dihadapanku.

Aku menjeling dan terus masuk ke bilik air. Selesai sahaja mandi dan kami solat berjemaah. Mengalir air mata aku apabila mendengar doa suamiku. Selesal berdoa aku salam tangannya.

"Dah jom turun.. kita makan.. " Aku melipat telekung dan sejadah lalu mengikut suamiku untuk turun.

*****

"Sayang tahu tak? sebenarnya hari tu.. Abang nak jumpa sayang time lunch.. Ada suprise. " Nazmi baring disebelahku.

"Apa yang suprise sangat tu? "Aku memandang mukanya. Sungguh aku rindu untuk tatap muka dia.

"Mana boleh bagitahu.. esok lah. Abang bagitahu. Hari ni kita rileks dulu. " Nazmi terus memelukku. Dan aku pun tidur didalam dakapannya.

*****

"Abang..bangun.. solat Subuh. " Aku hari ni bangun awal dari kebiasaan kerana aku rasa tidak selesa rupanya aku datang bulan.

"Abang bangun.. "Aku menggoyangkan badannya. Hari ini entah kenapa dia bangun lambat. selalunya dia yang akan mengejutkan aku.

"Emm" Dia memusingkan badannya membelakangi aku.

"ABANG!!" aku menghempukkan patung penyu ku ke mukanya. Dia bangun dan memandang mukaku. Aku pula hanya buat muka tak bersalah. haha padan
muka.

dia bangun dan terus bersiap untuk solat. "Sayang duduk situ lagi kenapa? jomlah. " Dia memandang aku yang sedang duduk melihatnya.

"I can't " Itu je jawapan yang aku bagi. Muka aku merah menahan malu. Dia hanya tersenyum melihatku.

****

Aku dan dia bersiap untuk pergi kerja. Seperti biasa aku akan memakaikan tie untuknya.

"Sayang.. Nanti lunch abang datang hospital tau. " Dia memandang aku yang sedang memakaikan tie untuknya.

"Bawa kereta elok elok. Sayang taknak jadi macam dulu. Cukuplah sekali je. " Aku masih memakaikan suamiku tie.

"Ok done.. jom" Aku mahu mengambil briefcase nya belum sempat aku ambil dia memelukku dari belakang. Aku tersentak tapi hanya membiarkan saja.

"I love you. " Itu saja yang terkeluar dari mulutnya yang membuatkan aku terus berpusing dan memeluknya. Dia terkejut namun membalas pelukanku. Lama aku dan dia dalam keadaan itu.

Aku meleraikan pelukan. "Jom.. " Aku ambil briefcase dan handbag lalu turun ke bawah bersama Nazmi.

"Hai ibu, Aidil. " Aku menegur ibu dan Aidil yang duduk di meja makan.

Aku duduk di tempat biasa di sebelah Nazmi. Aku menuangkan air untuk suamiku dan mencedok sedikit mee ke dalam pinggan Nazmi.

"Berseri seri muka kau kak.. Ada apa apa ke? " Aidil memandangku pelik.

"Mana ada apa apa..Yang kau sibuk kenapa? " Aku masih lagi menyuap mee ke dalam mulutku.

"Dah.. jom abang.. " Aku terus menyalam ibu dan mencium Aidil. "Bye.. "

******

"Ingat.. Ada apa apa call abang.. " Aku angguk dan menyalam tangannya dan dia mencium dahiku.

"Okey bos. " Aku membuat gaya tabik hormat kepadanya. Dia mencuit hidungku.

Aku keluar dan masuk ke hospital. Aku menuju ke bilikku untuk menyiapkan kerja yang tergendala kerana aku cuti semalam.

****

Nazmi berhenti didepan meja Syaza, PA nya. "Syaza.. saya taknak Melissa masuk lagi kat company ni. Remember that. Panggil semua security saya nak jumpa. Right now. " Aku terus masuk ke dalam bilikku dan keluar semula untuk ke bilik meeting.

"Ni gambar Melissa tu. Ada yang kenal dan ada yang tak kenal kan? Saya taknak dia jejak company ni. Remember that. Dan sesiapa yang nak masuk kena bagi ic pada kamu semua. ingat tu. " Aku berdiri dihadapan semua security guard.

"Dah tu je. Awak semua boleh keluar. " Aku terus keluar dari bilik tersebut dan masuk ke dalam bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience