Bab 16

Romance Series 4840

Tinggal lagi seminggu untuk aku dan Nazmi bergelar suami isteri. Berdebar. Itu yang aku rasakan saat ini. Kad kahwin dan semua persiapan telah siap cuma hari ni aku dan Nazmi perlu pergi ke butik Aunty Lim untuk fitting baju pengantin buat kali terakhir.

"Hai aunty.. " Aku salam tangannya.

"Hai.. Jom aunty bawa Atiqkah pergi fitting baju. " Aunty menarik tangan aku untuk mengikutinya.

"ehem ehem.. habistu Mi kat sini macam mana, aunty? " Nazmi membuat muka sedih.

"Alah lupa pulak aunty. Okey. Atiqkah, kamu pergi bilik tu. Pekerja aunty dah letak baju dalam tu. Ha, kamu Nazmi kat situ .. Dah ada baju dalam bilik itu. Pergi cepat" Dia menolak bahu Nazmi untuk bergerak ke bilik itu.

"Ala.. aunty saya nak bilik yang sama dengan Atiqkah boleh? " Nazmi bergurau. Aku sudah membuntangkan mata ke arahnya..

"Hey apani. kamu tu belum halal lagi. No you can't " Aunty menghalang.

"Aunty, Mi gurau jelah. " Nazmi terus berlalu masuk ke dalam bilik itu.

Aku keluar dari bilik itu setelah memyarung baju pengantin tersebut. Cantik.

"What the... Cantik.. " Nazmi memuji aku. Aku hanya menundukkan muka menahan malu.

"Haah.. Nazmi's future wife is beautiful.. Pandai Mi pilih isteri. " Aunty bersuara setelah lama memandang aku. Aku berasa kurang selesa.

"Selesa tak baju tu, sayang? " Aunty menegurku.

"Hah? selesa aunty..Boleh tak saya nak tanggal sekarang? "

"Eh kenapa? "Aunty bertanya kepadaku sambil membelek belek diriku

"Tengoklah Nazmi tu. Dari tadi pandang Atiqkah tak berkelip kelip. Malu. hehehe" Aku memuncungkan bibirku menunjuk ke arah Nazmi.

"Ha? Kenapa tunjuk tunjuk saya pula? Mengumpat lah tu? " Nazmi terus masuk ke dalam bilik untuk menanggal baju pengantin.

"Dia tu memang macam tu. Ini pertama kali dia jatuh cinta aunty rasa. Selama ni aunty tak pernah tengok dia gembira macam tu.Aunty nak nasihat sikit. Dalam perkahwinan kita kena percaya pasangan kita. Sebab akan banyak ujian yang hadir sebelum bahagia. Ingat tu. Dah pegi tukar baju. " Aunty Lim menepuk bahuku sebelum berlalu ke kaunter.

"ehem ehem.. Aunty cakap apa tadi? " Nazmi sudah berdiri disebelahku.

"Takde apa apa pun. cepatnya tukar baju. Dah lah saya pula nak tukar baju. Tepi.. " Aku menolak sedikit badannya. Elok aku berjalan tiba tiba terpijak baju sendiri. Allah... Aku menutup mata. Eh? Aku buka mata. Benda pertama yang aku nampak ialah mata Nazmi. Dia sambut aku. Aku boleh rasa tangannya di pinggang aku. Lama aku dan dia bertatapan mata sehinggalah aunty sampai. Kacau lah aunty. Eh Atiqkah gatal kau ni.

"Ehem ehem.. Sedap berpeluk di butik aunty ni. " Aunty tersenyum memandang aku dan Nazmi. Muka aku dah merona merah. Aku terus menuju ke bilik untuk menyalin pakaian.

"Dia nak jatuh tadi aunty.Mi tolong lah tu je. " Nazmi memberi alasan

"Aunty tak cakap apa apa pun. Nak peluk tu boleh tapi kat rumah ye. Kat sini no way" Aunty memberi amaran sambil tersenyumemandang Nazmi.

Macam mana aku boleh terpijak baju sendiri. Nasib baik aku tak pakai heels ke sandal kalau tak confirm koyak. Aku senyum sendiri apabila teringat aku dipeluk oleh Nazmi.

Aku keluar dari bilik itu dan terus menuju ke Nazmi yang sedang duduk di kerusi yang disediakan.

"Jom makan saya lapar.. " Aku mengajak nya pergi makan.

"Boleh. tapi in one condition.." Dia memandang ku sambil tersenyum.

"Syarat? apa? saya dah lapar dah ni. " Aku memegang perutku.

"baiser" Dia menunjukkan pipinya seperti mahu dicium. cium? What the...

"No.. hish awak ni.. Saya pergi sorang lah macam tu. " Aku terus berjalan keluar dari butik

"Aunty, saya balik dulu. " Aku salam aunty dan berlalu keluar.

"Awak, tunggulah.. saya gurau je.. jangan lah marah" Dia berlari mendapatkan aku.

Aku melajukan langkah sehinggalah aku terlanggar seseorang. Auch.

"Hey, kau ni jalan pandang depan boleh tak? kau tengok barang aku semua dah jatuh. kau tahu tak semua ni mahal. " perempuan itu memarahi ku.

"Maafkan saya cik. Saya tak sengaja langgar cik" Aku mengambil barangnya yang jatuh

"Stop touching my things stupid girl. " Dia menarik tanganku.

"What the hell..hey i know its my fault tapi perlu ke kata saya ni bodoh? hah? " Aku memarahinya.

"Awak, kenapa ni? " Nazmi datang mendekatiku.

" Saya ter.. " Belum sempat aku menceritakan situasi sebenar perempuan itu memegang tangan Nazmi.

"Sayang... you tengok perempuan ni langgar i habis barang barang i jatuh lepastu taknak angkat balik. Stupid girl. " Dia bercerita dengan gaya manjanya bukan manja tapi gedik.

"hish, lepaslah siapa sayang kau?" Nazmi menarik tangannya dari digenggam perempuan tu.

"You.. Im your girlfriend... takkan you tak sayang i? sapa perempuan ni you? " Dia menuding jari ke arah aku.

" Oh ni girlfriend you? " Aku memberikan senyuman tawar kepada Nazmi.

"By the way, my name is Nadiya and i am his fiancee. " Aku memandang Nazmi sekilas lalu memandang perempuan tersebut.

Melihat riak perempuan itu bertukar. Aku terus melarikan diri dari situ. Panas. bukan panas apa tapi panas hati aku tengok perempuan tu dengan Nazmi.

Nazmi mengejar aku dari belakang. Aku tengah sakit hati dengan kau ni Nazmi.

"Awak, tunggulah. " Dia berhenti di depan ku.

"Awak, pergilah tolong girl friend awak tu. Takpe saya boleh balik sendiri. " Aku nak beredar tapi dia menghalang.

"Awak.. dengar dulu. she's not my girlfriend. The only one i have is you. please trust me. " Dia membuat muka comel. Ingat aku boleh tunduk dengan muka kau tu?

"Okay fine. Tapi saya dah takde selera makan. Saya nak balik. " Aku mengalah.

"hmm, yelah jom. " Nazmi berjalan mengiringiku sehingga sampai di kereta.

"Awak.. Tunggu ye.. saya nak pergi 7e jap. " Nazmi memberhentikan keretanya dan keluar untuk membeli sesuatu.

"hmm"

5 minit kemudian.

"okay. jom balik. " Nazmi masuk dan menghidupkan enjin.

"Awak beli apa? "

"Saya beli plaster"

"Tangan awak luka ke? " Aku memandang Nazmi

"Tak sangka awak ambil berat dekat saya kan?" Dia memandang aku sekilas lalu pandang depan balik. yelah kang accident pula kang.

"orang tanya lain, lain yang dijawab" Aku memandang ke hadapan sambil berpeluk tubuh.

Sampai sahaja di hadapan rumah. Aku mahu keluar daripada kereta tetapi dia kunci pintu ttidak bagi aku keluar dahulu.

"Awak, buka lah pintu ni. " Aku memandangnya.

"Awak merajuk lagi ke? Serius saya cakap saya takda apa apa hubungan pun dengan dia. Dia just my ex-colleague. Saya berhenti kan dia sebab dia pernah gelapkan duit syarikat saya. Sumpah" Nazmi mengangkat tangan mengangkat sumpah.

Aku hanya tahan senyum. "And i bought this for you.. tadaaaa" Nazmi menunjukkan Semangkuk aiskrim kepadaku. Aku mahu mengambil aiskrim tapi dia lebih cepat bertindak dengan menarik aiskrim tersebut.

"Awak..maafkan saya ke tidak?" Dia bertanya

"Dah.. Saya dah maafkan awak. Saya bagi sepenuh kepercayaan saya kat awak. Ingat tu. " Dia menghulurkan aiskrim kepadaku. Aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.

"You're welcome, sayang" Dia melambai ke arahku dan terus ke rumah nya.

"Sayang? " Aku terus masuk ke rumah ku.

"Hai kak.. kenapa senyum senyum macam tu? ibu berasa hairan terhadapku.

"Ibu.. kakak tu tengah dilamun cinta.. biarlah dia.. " Aidil menjawab pertanyaan ibu.

"Kau ni... Aku cili mulut kau nanti. " Aku berlari ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience