Bab 7

Romance Series 4842

******

Kini tibalah hari yang dinanti nanti kan. Hari keputusan SPM diumumkan.

Aku amat bersyukur kerana aku dapat straight 'A'
Alhamdulillah. Hanya ada 5 orang sahaja yang mendapat straight 'A' iaitu aku, mamat nerd tu, Safi dan yang lain aku tak kenal. pandai juga mamat tu kan

"Weh, tahniah Atiqkah. tak sangka gangster macam kau ni boleh straight 'A'. " seorang gadis datang menghampiriku. Aku tak berapa nak kenal sangat.

"terima kasih" Aku terus mendapatkan Safi yang berada dengan ibu bapanya. Bestnya mak ayah datang. Aku tidak jadi datang ke arah Safi. Biarlah dia dengan keluarga dia. Aku menuju ke kerusi yang berhadapan dengan dewan tersebut.

"Hai. Tahniah." Seseorang menegurku. Aku mendongak untuk melihat siapa lelaki tersebut. huh, mamat nerd tu rupanya. Aku hanya memandangnya dan membiarkan dia duduk disebelahku.

Nazmi, nilah masanya untuk kau confess dekat dia. Nazmi berbisik di dalam hati.

"hmm, Atiqkah.. sebenarnya..saya.. saya.. " Nazmi tidak tahu mahu cakap macam mana

"Saya , saya.. cakap jelah. " terkejut aku bila dia memarahi ku.

"Saya suka awak.. " huh, lepas pun ayat aku. Aku pandang muka Atiqkah. Dia hanya terkejut sekejap dan beriak biasa semula.

"What the... Aku takkan terima kau. Kau ingat aku nak terima budak nerd macam kau? just get lost from my life, please. " Aku terus mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati. Kenapa aku rasa sakit hah? Aku terus beredar dari situ dan membiarkan mamat tu dengan muka nya yang masih terkejut.

********

sejak dari itu, mamat tu dah tak datang rumah aku. Aku terasa kosong sejak dia tidak datang lagi.

"Dil, mana budak nerd tu? " aku bertanya kepada Aidil.

"apesal kau tanya? Dia dah tak datang sebab dia dah pindah. Pindah mana aku tak tahu lah. "Aidil memberitahu kepadaku. Pindah? kenapa dia pindah? sebab aku ke? tak kot. aku cuba menenangkan diri sendiri.

Beberapa hari kemudian. aku mendapat tawaran untuk belajar di Ireland. Aku hanya menerima tawaran tersebut. Ibu pun menyokong aku. Aku menyiapkan barang barang yang perlu dibawa ke sana kerana lusa aku dah kena gerak.

*********

Aku masih lagi tidak boleh menerima jawapan yang diberikan oleh Atiqkah kelmarin. Tetapi aku boleh rasa yang dia pun suka aku. Tapi kenapa s
dia tolak?

"Aku tengok cara akak aku tengok kau, aku boleh tahu dia suka kau. Cuma dia tu ego. " terngiang ngiang suara Aidil tentang akak nya itu. Aku tekad yang aku akan buat dia suka dan fall in love dengan aku.

*******

"WHAT?! pa, serius lah kita kena pindah. but why? " Aku masih lagi terkejut dengan berita yang papa ku sampaikan.

"Kalau ikutkan papa pun taknak pindah. tapi syarikat di London tu memerlukan papa. Takkan lah papa nak tinggalkan Mi sorang sorang kat sini? " papa cuba memujuk.

"Tapi.. Okeylah fine. I'll accept that. " Aku terus menuju ke bilik untuk mengemas barang barang ku. Punah harapan aku untuk menarik perhatian Atiqkah. Takpelah kalau jodoh takkan kemana. itu lah prinsip hidup aku.

******

Kini, aku belajar di London, dalam jurusan business. kerana aku perlu menggantikan tempat papaku nanti.

haih, macam manalah Atiqkah di Malaysia tu? Dah ada buah hati ke? sejak aku duduk di London ni boleh dikatakan setiap hari aku teringat dia. HAH! aku ada number adik dia so apa kata aku call. great idea Nazmi.

Aku cuba call. Akhirnya terjawab juga semua persoalan yang bermain di minda aku ni. Atiqkah sekarang belajar di Ireland. Wah, dia memang kejar cita cita dia untuk menjadi doktor. Aku tabik semangat dia.

Boleh dikatakan setiap hari aku call Aidil untuk menanyakan tentang Atiqkah.

********* ********

" Hello, Assalamualaikum kak. How's life? hahahahah" Adikku hari hari call aku untuk menanyakan khabar. kadang kadang dia bertanyakan soalan tentang boyfriend. Gila ke apa adik aku ni?

"waalaikumsalam, good sebab takde kau. hahaha. ni mesti ada sebab tiba tiba call aku ni. " aku saja bergurau dengannya.

"kau ni... aku call pun tak boleh. aku end lah macam ni. " dia sengaja membuat nada merajuk.

"Alalala.. janganlah merajuk adikku. habistu kau nak ape ni? aku tengah buat assignment ni. " Aku memujuknya.

"takde saje je. kau ni bila nak balik? "

"mungkin tahun depan atau tahun tahun depan lagi kot. hahahahha" aku cuba bergurau dengannya tapi betul apa yang aku cakap tu. aku baru je sem berapa.

"hmm.. okay lah. aku nak kena belajar ni. ibu kirim salam. bye muah. " dia terus menamatkan panggilan. belum sempat aku berkata apa apa dia terus end call. kurang ajar punya adik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience