Bab 4

Romance Series 4840

********* *********** *******

'aduh nak call ke tak ni? ' dilema dibuatnya. 'takpelah kita try'. aku mendail nombornya selang beberapa minit dia mengangkat. "hello assalamualaikum. aku nazmi ni yang tolong kau time kat sekolah tadi. " hmm lama jugak lah aku tunggu dia jawab. 'ada orang ke tak ni' aku tengok balik phone aku dia dah angkat call tapi kenapa senyap je? "hello hello is there anyone? "

selang beberapa minit aku terdengar suara perempuan "umm hello, cari aidil ke. sorrylah aidil takde dia pegi kedai. nanti dia balik saya suruh dia call awak balik ye. " familiar nya suara dia. suara dia buat hati aku hilang arah. nak kata macam menggoda tu adalah sikit hahaha. "oh okay but who are you? " aku hanya ingin bertanya maklumlah orang kata nak mulakan conversation lah katakan. beluumpun sempat aku mendengar jawapan nya.dia telah menamatkan panggilan.

melepaslah aku kali ni.

aku terus menuju ke dapur kerana aku dahaga. Sedang aku menikmati air susu dutchlady tersebut, phone aku berbunyi. aku terus menjawab.

"hello, waalaikumsalam. ye aku nazmi. oh kau aidil. haah tadi aku ada call tapi ada sorang perempuan jawabkan aku tak tahulah sape" aku hanya menjawab sahaja apa yang disoal sambil minum air favourite ku.

****

masih terngiang ngiang suara perempuan yang menjawab panggilan aku tadi. familiar sungguh. rupa rupanya kakak kepada aidil. tapi kenapa aku asyik teringatkan Atiqkah hah? lembutnya suara perempuan tu sebijik dengan suara Atiqkah
tah tah itu memang akak aidil kut? takkanlah.

aku berusaha melelapkan mata ku kerana sekarang dah pukul 2 pagi. haish disebabkan perempuan tu tak tidur malam dibuatnya.

keesokan paginya.

"hai pa" aku menerpa ke arah papaku lalu duduk disebelah nya untuk sarapan.

"hai too. hari ni papa tak dapat nak hantar mi. papa suruh Pak Akob hantarkan tau. sorry sangat. "

"takpelah pa, mi faham. ok lah pa mi dah lambat ni. " aku terus menyalam papa dan berlalu pergi."jom Pak Akob. "

********** ******** *********

"safi aku nak pergi tandas lah. nanti cikgu datang cakap dengan cikgu eh. aku pergi dulu" aku terus berlari menuju ke pintu kelas namun belum sempat sampai aku terlanggar seseorang dan aku terjatuh disitu. Aduh..

"weh sorry. aku tak perasan." nasib baik lah dia minta maaf. Dia pegang tangan aku untuk menolong. aku terkejut dengan tindakan dia dan aku terus melepaskan tanganku dari lelaki tersebut. "dont touch my hand. next time jalan pandang depan jangan asyik jalan menonong je tak tengok kiri kanan. lagi satu aku bukan perempuan yang suka dipegang so remember that. lagi sekali kau sentuh aku. tahu lah aku nak buat ape kat kau. "

aku terus menuju ke tandas kerana aku dah tak dapat menahan untuk buang air kecil.

dalam perjalanan untuk ke tandas aku mengintai ke arah belakang tandas kerana aku dengar perempuan menangis. aku terus ke belakang tandas. "Woi perempuan kau buat ape hah? kau kalau nak membuli bukan kat sini. Kalau aku tampar kau orang bersepai gigi kau kat situ. kau blah sekarang! " aku terus menjerkah geng perempuan tersebut tak tahu malu. dah lah dekat dengan tandas lelaki. bodoh.

"kalau aku taknak pergi kau nak buat ape? " dia menjawab. huh dia fikir aku tak berani nak tumbuk muka dia. dia tak kenal siapa aku. aku masuk seni pertahankan diri sejak kecil lagi so dia salah orang lah nak buli.

"aku kira sampai tiga kalau kau tak pergi. jangan salahkan aku kalau muka kau lebam. " aku kira betul betul tapi dia tetap tak berganjak malah makin mendekatkan dirinya dengan aku.

bukkk

dengan sekali tumbukan muka dia dah berdarah aku tumbuk. kawan kawan dia yang lain dah berkumpul untuk melihat muka ketua dia. hahaha padan muka kau. "are you guys want that too? " aku mengibas ngibas tangan ku acah acah bagus kejap. hahaha
setelah mendengar aku bersuara mereka terus berlari meninggalkan aku dengan perempuan yang dibuli itu.

"weh, kau okey tak? ade cedera mana mana? kau kena buat report pasal ni. kalau tak dia akan buli kau lagi. " aku memberi nasihat kepada dia. "by the way nama aku Atiqkah. dah jom kita pergi bilik rawatan. " aku terus memapah nya ke bilik rawatan. alamak.aku dah ponteng kelas. mati lah aku. apa aku nak jawab ni dah lah waktu bm. cikgu saiful tu garang nak mampus. apa aku nak jawab ni.

tapi aku tetap meneruskan langkah ku. aku menolong perempuan tersebut yang bernama laila. aku juga memanggil cikgu suhada iaitu cikgu yang bertugas. setelah itu aku terus menuju ke kelas. "Atiqkah, terima kasih sebab tolong saya. friends? " dia menghulurkan tangannya ke arahku. lalu aku pun menyalam nya. "yes, we friend. oh okay lah aku dah lambat nak masuk kelas bye. "

setibanya aku di dalam kelas.aku terus diterpa oleh safi. "weh kau okey ke tak ni? lama gila doh kau pergi tandas. tapi cikgu saiful takde pulak marah kau. mula mula dia ade tanya lepastu mamat nerd tu bisik apetah kat dia, dia terus okey je. "

mamat nerd tu cakap apa?. "hmm, aku settle kan masalah buli tadi hahaha. pastu budak tu aku tumbuk sekali sebab dia taknak dengar. tu je. lepastu aku hantar dia ke bilik rawatan. lepasni nanti aku nak pergi jenguk dia. kau nak ikut tak?"

aku hanya bercakap dengan sekali nada malas nak ulang ulang.aku terus duduk ditempat ku lalu membaca buku bm sebab tadi kan tak masuk. "WHAT?!. seriously kau tumbuk budak tu? kau ni dah gila ke tiqkah. nanti kau kena panggil dengan guru disiplin macam mana? " huh. aku dah boleh agak dah soalan dia. setiap kali aku buat masalah aku pasti akan disoal soalan yang sama. aku mendengus kasar. "aku tahulah apa aku buat. kalau kau ade dekat tempat aku pun kau akan buat benda yang sama. "

"ok aku faham, tapi adik kau? macam mana kalau adik kau tahu? " aduh aku lupa pasal adik aku. sejak adik aku pindah sini aku tak pernah lagi buat hal bertumbuk macam ni. selalunya gaduh mulut sahaja. sebenarnya aku dah lama tak gaduh bertumbuk last lepas adik aku dipindahkan kesini. lagipun ramai yang tak tahu dia tu adik aku. cuma yang tahu hanya Safi sahaja. "alah, nanti dia tu pandai pandai lah aku cakap. tapi kau jangan hebohkan pulak." tanpa aku sedari mamat nerd tu hanya memerhati sahaja apa yang aku dan safi borakkan.

********* *********** **********

aduh macam mana lah aku boleh terlanggar minah tu?dah lah mulut macam eyyy. sakit je hati aku dengar. sampai saja di kelas aku terus duduk di tempat ku.

aku duduk di kerusi ku tetapi aku merasakan seperti ada cecair di punggung ku.Ya Allah ade colour water kat kerusi aku. hey taik betullah sape buat ni. aku tengok semua orang dalam kelas tu gelakkan aku. inilah nasib kalau jadi budak nerd.

aku terus melarikan diri ke tandas untuk membasuh seluarku. belumpun sempat aku membasuh aku terdengar suara perempuan seperti sedang menangis dan bergaduh. aku hanya mengintai dari jauh. eh itu bukan ke Atiqkah ke? bukan ke dia ke tandas? oh lupa pulak tandas lelaki dan perempuan dekat.

aku hanya mendengar perbualan mereka sehinggalah satu tumbukan melayang ke muka seorang perempuan yang berlagak bagus tu. auch sakit nya. yang lagi mengejutkan aku ialah Atiqkah yang tumbuk. what the.. aku tengok tu pun aku boleh rasa sakit dia.

aku terus membasuh seluar ku dan terus menuju ke kelas.nampaknya cikgu saiful dah masuk. aku terus duduk di kerusi ku. Cikgu Saiful tiba tiba menanyakan tentang ketiadaan Atiqkah. Aduh apa aku nak jawab ni?.Aku terus ke hadapan lalu berbisik kepada cikgu tentang ketiadaan atiqkah. nasib baik tak banyak tanya.

hari ini mood aku hilang ditiup angin. seluar aku kotor. aku baru je cadang nak berjumpa dengan aidil. aku cadang hanya nak rehat di dalam kelas sahaja. apelah nasib. Setelah habis masa cikgu Saiful , aku hanya termenung memandang budak kelas 5 SN 1. Haih, apa lah nasib dibenci rakan sekelas. budak sebelah aku ni pulak garang maca singa takut nak dekat lagi lagi lepas tengok dia tumbuk orang. tapi aku rasa aku dah jatuh cinta sejak kali pertama aku jumpa dia. WHAT?! tah lah perasaan sendiri pun tak tahu. Tanpa sedar aku mengeluh.

"Weh Atiqkah!!" hish buat terkejut aku je tiba tiba menjerit Safi ni. Dia duduk depan meja Atiqkah. Mulut boleh tahan.Kuat membebel. Aku yang duduk sebelah Atiqkah ni pun naik muak dengar dia berceloteh dengan Atiqkah. Macam manalah Atiqkah layan dia ni?

Aku hanya melihat Atiqkah dan Safi berbual. Aku malas nak dengar tapi rasa ingin tahu tu semakin membuak. Aku menadah telinga sedikit nak dengar apa yang diborakkan. oh pasal budak tadi tu. Ahh sudah nama aku diseru nya dalam perbualan tu. apehal lagi ni? beberapa minit selepas itu, cikgu masuk dan memulakan pembelajaran.Lagi beberapa bulan lagi aku akan menduduki SPM.aku kena belajar betul betul.

sekarang waktu rehat. hanya ada aku seorang sahaja di dalam kelas sambil ditemani bunyi kipas. malang betullah nasib.

bamm

seseorang menepuk meja ku. ahh terkejut aku. Atiqkah rupanya. "Nah, ini untuk kau. Aku tahu kau yang bagitahu cikgu Saiful pasal tadi tu kan. so i bought this for you. take it. " aku dengan berhati hatinya mengambil makanan tersebut "thanks for this" aku memberikan senyuman nipis kepadanya.

"kenapa tak pergi rehat?Kau ni pergi lah bergaul dengan orang lain. aku tengok kau macam dengan dunia kau sendiri.bapak tak best siot." dia menarik kerusinya lalu duduk berhadapan dengan aku. aduh tolong lah jauh dari aku. jantung aku ni dah tak betul. tangan aku mengetuk-ngetuk dada aku tanpa aku sedar Atiqkah memandang aku pelik.aku terus menghentikan pergerakan tangan aku.Aduh malu. papa please help me.

"kau dah kenapa resah semacam. ada yang tak kena ke? kenapa kau ketuk ketuk dada kau? kau sakit ke? kalau tak aku pergi panggil cikgu" aduh Atiqkah jangan lah caring sangat aku kat depan kau ni dah cair dah ni. "uh... a a aku okey. tadi tersedak air hahaha. aku tak rehat sebab seluar aku kotor. tah sape punya kerja letak colour water dekat kerusi aku. aku duduk terus melekat dekat seluar aku. itulah sebab nya aku taknak pergi rehat. aku malu" habis je aku bercakap dia terus tergelak.

Alalalala gelak macam hantu pun tetap cantik. Auch.. aku cubit diri aku sendiri. stop being stupid nazmi.aku cuba nasihatkan diri aku. apa kata aku ajak dia berkawan dengan aku. manalah tahu dia nak. itu maksudnya langkah pertama untuk aku teruskan langkah yang lain untuk pikat dia.

"urm Atiqkah, kalau aku cakap aku nak berkawan dengan kau boleh tak? aku takde kawan nak berborak. aku tengok kau berborak dengan Safi nampak best je. lagipun kalau aku ada masalah aku adalah jugak kawan untuk sharekan. kalau kau taknak takpe aku tak kesah" dengan sekali nafas saja semua yang aku nak cakap terkeluar. huh nasib kaulah nazmi kalau dia tak terima. belum sempat dia bagi jawapan bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat dah habis. aduh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience