Bab 2

Romance Series 4842

Sekarang aku berpakaian macam budak nerd. erghhh this is awful. Tapi apakan daya ni semua untuk kebaikan aku juga. Aku mengikuti langkah guru yang bernama sharifah, iaitu guru kelas ku. Aku rasa berdebar kerana ini pertama kali aku bersekolah di sini selama ni kan homeschool je.

sampai saja di kelas cikgu Sharifah terus memperkenalkan aku kepada murid kelasnya. "okey guys, dia student baru kat sini, okey awak boleh perkenalkan diri awak sekarang" cikgu sharifah dengan selambanya menyuruh aku kenalkan diri. aku fikir dia yang akan memperkenalkan diri aku di depan ni tapi itu semua hanya mimpi belaka. "huh, uh, my name is Mohd Nazmi Zulkifly.im from kuala lumpur. "

semua murid hanya memandang aku tanpa sebarang reaksi. Tiba tiba satu soalan dilemparkan kepadaku yang membuatkan aku gelabah didepan kelas. "Do you have mix blood? cause your name and your face is familiar to me" . Aduh janganlah dia tahu aku anak Tan Sri Shahriman. mati aku apa aku nak jawab nanti. "yes, malay and france" aku sekadar berbasa basi saja malas untuk melayan takut banyak soalan lain yang datang.

"okey,awak boleh duduk di sebelah Atiqkah sana. Atiqkah please take care of him. Dia baru dekat sini. " cikgu sharifah bersuara selepas lama mendiamkan diri di sebelah aku.

"Atiqkah? hurmm nice name. "dari tadi aku mahu tengok muka dia tapi dia langsung tak mahu pandang muka aku.dia hanya duduk dan hanya menconteng buku yang dia pegang. conteng ke? tahlah

********* ********* **********

"okey, awak boleh duduk disebelah Atiqkah sana. Atiqkah please take care of him.Dia baru dekat sini. " Aku tersentak selepas namaku disebut oleh cikgu sharifah, guru kelasku. wth? kenapa aku pula kena jaga dia? dia lelaki jagalah diri sendiri. such a freak. aku mencebik.

"cikgu, kenapa saya pula kena jaga dia? " aku memprotes. aku pandang muka lelaki tu lalu aku berikan pandangan tajam kepadanya. "Atiqkah, behave. he's new here. " cikgu menasihati aku. aku mengeluh lalu mendiamkan diri di tempat aku.

"Kau jangan ingat kau boleh berborak dengan aku. " aku memberikan nasihat kepada dia bukan nasihat sebenarnya hahahaha tapi peduli apa aku?

********** ********* **********
"cikgu, kenapa saya pulak kena jaga dia?"perempuan tu memprotes. uhh boleh tahan juga mulut perempuan ni. nampak ayu tapi gangster takpelah. Aku perasan yang dia memberikan pandangan tajam kearahku tetapi yang aku peliknya. Hati aku rasa lain macam dan aku tak perasan yang aku tengah tenung dia sehingga cikgu tu menyedarkan aku."okey, you can sit now"

Aku baru je nak duduk perempuan tu dengan lagaknya mengugut aku. "kau jangan ingat kau boleh berborak dengan aku" WHAT?! aku masih lagi dengan gaya nerd aku dan duduk bersebelahan dengan nya. Aku amati wajah dia. Mukanya bersih, adalah sikit pimples. putih macam cina. mata dia yang membuatkan aku suka dia.

WHAT?! suka? oh shit. tolong jangan buat onar kan sini nazmi. bibir dia yang sedikit besar juga.boleh jadi model lipstick or anything haha. "ehem ehem. Tak payah lah pandang aku macam tu. Rimas"

aduh mati aku.Kantoi pulak. apelah bijak nya aku tengok anak dara orang macam tu."Hai, awak jangan terasa dengan dia ni. Saya kawan dia Safi dan nama dia ni Atiqkah. Dia terkenal kat sekolah ni sebab... Auch sakitlah" belum sempat budak tu habis kan ayat dia. Atiqkah telah hempuk dia dengan buku latihan sains tersebut. Aku hanya mampu melihat dan tahan gelak. Sempat dia bagi aku jelingan dia yang menawan tu. hahaha.

Aduh kenapa dengan aku ni? jatuh cinta pandang pertama ke? OMG. Ni dah menjatuhkan maruah keluarga Tan Sri Shariman hahahahaha. Seorang cikgu lelaki masuk dan memulakan sesi pembelajaran. hmm best jugak belajar ramai ramai ni.

********* ********** *********

sekarang waktu rehat. aku dan Safi pergi ke kantin untuk membeli makanan. lepas membeli kita orang terus duduk di tempat biasa. Aku teringat bagaimana kalutnya aku time si budak nerd tu tenung aku. jantung aku bekerja keras harini."hoi, kau pahal termenung dari tadi?risau pulak aku tengok kau. " Safi menegur aku dan aku terus berhenti mengelamun. "kau ni tegur lah elok elok. terkejut aku. mana ade aku mengelamun kau ni. aku just teringat mamat nerd tu je. "

"nama dia ..." belum sempat Safi ingin menyebut aku terdengar suara seseorang yang aku kenali.

"lepaslah, aku nak makan.pergilah beli sendiri"
Aku terdengar suara yang amat aku kenali iaitu adik aku sendiri. Wtf. "Ala, aku nak rasa sikit je. Boleh la. hahhahahahaah".Aku terus berlalu pergi untuk menolong tetapi belum sempat aku datang. Makanan adik aku dirampas dan dicampak ke tong sampah. Budak jahat tu berlalu pergi dengan kawan kawan dia sambil tergelak.

Aku berlari untuk mendapat kan adik aku. boleh tahan jauh jugak tempat aku makan dengan tempat adik aku sebab adik aku tak duduk kat kantin. belum sempat aku datang,seorang lelaki datang dekat dengan adik aku lalu memberi makanannya kepada adik aku.

Aku berhenti berlari dan hanya melihat adikku dengan seorang lelaki. Aku tak dapat meneka kerana dia membelakangi aku. Setelah lama memerhati,rupa rupanya dia merupakan budak nerd yamg sekelas dengan aku. Aku terkejut tetapi kenapa ada sesuatu perasaan yang hadir dalam diri aku? Aku terus berlalu pergi dan terus ke kantin semula. Safi yang berada di sebelah aku hanya memandang aku dengan pandangan yang pelik.

"kenapa kau tak tolong adik kau tu? ". "Biarlah dia.tadi aku nampak ada budak dah tolong, so aku malas nak tolong dah"

Di dalam kelas, aku terus ke meja mamat nerd tu dan memberikannya roti gardenia dan air kotak. "thank you." tu je ucapan yang aku bagi kat dia. tak boleh banyak banyak. takut nanti dia tergoda. eh? melampau kau ni Atiqkah. aku gelak dalam hati. Aku berlalu dan terus ke meja aku tanpa mempedulikan soalan mamat tersebut. Sempat aku menjeling mamat tu. Aku tengok dia makan macam lapar sangat. takpelah biarlah dia.

********** ********** ***********

sekarang waktu rehat, aku terus menuju ke kantin. Aku hanya membeli roti dan air kotak sahaja. tak rasa nak makan makanan berat. ketika Aku sedang berjalan untuk masuk ke kelas aku terdengar seseorang seperti dibuli. Aku terus menuju ke situ. Tapi aku tak sempat kerana lelaki dan geng tersebut sudah pun blah. Aku melihat makanan budak tersebut sudah pun berada dalam tong sampah yang berhampiran situ.

Aku berasa kasihan jadi aku bagilah makanan aku kepadanya. Sempat lah juga aku berborak dan menanyakan perihal budak tu. Rupanya dia anak kawan papa aku iaitu anak Dato'Razslan. Aidil namanya. setelah itu aku terus berlalu pergi masuk ke kelas.

sedang aku membaca buku. seseorang menghulurkan roti dan air kotak.macam tahu tahu je aku tengah lapar sekarang ni. aku mendongak kan kepala aku untuk melihat siapa yang bagi tu. Punyalah terkejut aku melihat pemberinya. Belum pun sempat aku menanyakan apa apa dia terus berkata "thank you".

aduh jantung stop lah bekerja keras.hati aku dah dup dap dup dap dah ni. Aku terus mengambil roti tersebut dan makan dengan berseleranya. hahaha

Tamat sudah hari pertama aku di sekolah ni. Sungguh meletihkan.haha.Aku sudah pun mendapat kawan baru. seorang je baru siapa lagi kalau bukan Aidil anak Dato'Razslan. sempat lah bertukar tukar nombor di sekolah tadi.

aku terus melabuhkan punggung ku di atas sofa berbentuk L tu sambil menonton televisyen. "hey son, hows school? fun? " papa menegur ku setelah melabuhkan punggungnya di sebelah ku. "hmmm, first day of school such an amazing day pa. i've got new friend but just one. his name is Aidil and he is Dato'Razslan son. shock right? me too. dah lama kita tak jumpa family dia since he dead."

"betul tu. sekarang ni pun company dia isteri dia yang tanggung. nasib baik lah isteri dia tu baik pandai pulak tu. " papaku menyambung percakapanku. "dahlah pa, Mi naik dulu. Nak mandi dh busuk dah ni." aku terus berlalu pergi ke bilikku. penat badan aku bukan lagi kepalang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience