Bab 20

Romance Series 4842

******

Setelah beberapa bulan Nazmi dihospital Dia sudah pun pulih seperti sediakala. Keretanya yang rosak pun sudah diganti baru.

Aku memakaikan tie untuknya seperti biasa. Aku suruh dia cuti untuk beberapa hari lagi tapi degil nak juga kerja.

"Jom..dah siap. " Aku mengambil handbag dan briefcasenya turun ke dapur untuk bersarapan. Hari ini aku dan Nazmi duduk di rumah papa.

"Hai pa.. " Nazmi menegur papa yang sedang makan dan duduk disebelahku. Aku menuangkan air untuknya.

"Abang nak apa? mee ke sandwich"

"Sayang makan apa? " Dia menjawab soalan ku dengan soalan sambil memandang muka aku.

"Abang ni kan... sayang nak makan mee" Aku memandang muka nya dengan riak tidak puas hati.

"okay. abang pun nak makan mee juga" Dia menghulurkan pinggan kepadaku.

Aku memandangnya sekilas dan mencedok mi untuknya.

"Ehem ehem.. sudah sudah lah berdrama depan ni. Papa rasa macam nak kahwin baru pula tengok kamu berdua" Papa memandang aku dan Nazmi sambil tersenyum.

"Ni Nazmi ni papa... suka kacau Atiqkah. " Aku mengadu kepada papa. Hanya sekadar gurauan.

"Okey apa kacau sayang kalau abang kacau perenpuan lain.. ha tau lah" Nazmi mencuit hidungku.

"Cubalah.. cuba kalau nak tengok sayang jadi hantu nanti" Aku menjeling ke arah nya.

"Alalala.. comelnya isteri abang marah. Dah jom.. kita dah lambat ni.. " Dia menyalam papa dan terus menarik tangan ku untuk keluar.

Seperti biasa kalau dah sampai aku akan salam Nazmi dan dia akan mengucup dahiku.

******

"Tuan.. Cik Melisa nak jumpa tuan. " Syaza, PA ku menghubungi aku.

"Jangan bagi dia masuk.. saya taknak jumpa sesiapa buat masa sekarang. " Aku menamatkan panggilan dan menyambung kerjaku yang tergendala setelah lama cuti akibat accident.

"Sayang... Kenapa you taknak jumpa i? "Melissa masuk ke bilik ku bersama dengan Syaza.

"Sorry bos.. saya.. "

"It's okay.. just go" Aku berkata kepada PA aku. Aku memandang Melissa semula.

"Apa yang kau nak?" Aku memeluk tubuh sambil melihatnya

" i just nak tengok you je. you okay ke tak. " Dia duduk berhadapanku.

"Keluarlah. aku taknak tengok muka kau lagi kat sini. Kau tahu kan aku dah kahwin?" Aku memandangnya tajam.

Dia datang menghampiri ku dan mengurut bahu aku. "Apa masalah kau ni hah?! " Aku tempik dia disitu. tetapi dia malah makin mendekatkan dirinya denganku. Tanpa sedar Atiqkah telah menyaksikan Nazmi dengan Melissa yang sedang berduaan disitu.

"Sayang... " Nazmi melihat Atiqkah di depan pintu biliknya. Dia terus mengejar isterinya dan meninggalkan Melissa bersendirian di situ.

"Habislah kau, Nazmi. " Melissa senyum sendiri dan berlalu keluar dari bilik Nazmi.

"Sayang.. sayang dengar lah dulu.. This is all a slander sayang. " Aku mengejarnya tetapi tak sempat kerana dia telah masuk ke dalam lif. Aku terus menggunakan tangga kecemasan untuk mengejarnya.

************ *******

Aku call dia tak dapat dapat ni yang membuatkan aku risau. Aku mengemaskan barangku dan keluar untuk ke pejabat Nazmi. Aku hanya naik teksi untuk ke sana.

"Cik.. Encik Nazmi ada tak kat dalam? "Aku bertanya kepada PA Nazmi yang sedang sibuk bekerja.

"Em. Cik ini siapa? " Dia bertanya kepadaku dan memandangku pelik.

"Em.. saya Dr. Nadiya isteri En. Nazmi" Aku menjawab soalannya sambil tersenyum.

'Alamak macam mana ni? dahlah tuan dengan Melissa kat dalam tu.' Bisik Syaza dalam hati.

"Em tuan.. tuan.. "

"Tuan apa.."

"Ada orang tengah jumpa tuan."

"Oh yeke? Siapa? " Aku bertanya kepadanya saja je sebenarnya tetapi apabila mebdengar nama Melissa terus aku masuk ke dalam bilik Nazmi.

Aku tersentak apabila melihat Melissa yang seperti sedang memeluk Nazmi daripada belakang. Tapi kenapa Nazmi macam membenarkan? betul ke dia orang ada hubungan? Aku hanya memandang mereka tanpa sedar air mata aku mengalir.

Aku terus berlari keluar apabila dia memanggil namaku. Aku masuk ke dalam lif dan menangis sepuas puasnya disitu. Sungguh aku tak sangka suami yang aku percaya selama ni membelakangi aku.

Aku keluar dari lif dan menuju ke parking lot.

"Sayang dengar dulu penjelasan abang. Apa yang sayang nampak tadi tu semua kebetulan saja. Abang takde apa apa hubungan pun dengan dia. Sumpah" Dia mengangkat tangan serupa sedang berikrar.

"Abang.. selama ni sayang percaya pada abang. Tapi sayang dah tak mampu. Masa abang sakit kat hospital sayang dapat gambar abang dengan Melissa berpeluk sakan. Sayang masih percaya kat abang lagi sampailah sayang sendiri yang nampak. " Aku mengelap air mataku.

"Ya Allah sayang please lah percayakan abang. Abang tak buat semua tu." Dia memegang kedua belah tanganku.

"Kalau betul abang tak buat buktikan.Tapi lepaskan tangan saya. Saya nak balik. " Dia melepaskan tanganku dan hanya memandang aku yang sedang menuju ke teksi.

'Suri.. saya ambil cuti hari ini dan esok. Saya tak berapa nak sihat'Aku menghantar mesej kepada Suri, nurse di hospital.

Aku terus balik ke rumah ibu. "Eh kak? kau kenapa balik sini? " Aidil menegurku setelah melihat aku masuk ke dalam rumah.

"Aidil... " Aku menangis di hadapan pintu rumah apabila melihat adikku.

"Ya Allah kak kenapa ni? " Aidil lari mendapatkan aku. Aku terus memeluknya. Aku menangis sepuas puasnya seperti baby yang baru lahir.

"Aidil.. Nazmi curang.. " Aku masih lagi menangis.

"Kak.. kau jangan lah macam ni. Jom masuk bilik. kau rehat dulu ya. Kalau kau macam ni nanti sakit. " Aidil membawaku ke bilik.

Sampai saja di bilik aku terus ke katil. "Kalau Nazmi call kata aku takda kat sini. Jangan cerita apa apa pun dekat ibu tau" Aidil mengangguk dan menutup pintu bilikku.

"Kenapa kau buat aku macam ni,Nazmi?" Aku bangun dan mengambil frame gambar perkahwinan aku dan Nazmi. Sungguh gembira saat itu.

Aku membuka laci dan mengambil satu sampul berwarna coklat. Di dalam nya ada gambar Nazmi dan Melissa. Aku mengoyakkan gambar tersebut dan aku campak ke dinding.Aku teringat semula macam mana aku boleh dapat gambar tersebut.

Flashback~

Aku duduk di kerusi bersebelahan katil Nazmi. "Sayang.. bangunlah.. " Aku menggenggam erat tangannya.

Pintu dikuak dari luar. Melissa. Buat apa dia datang sini? bisikku dalam hati.

"Kau nak apa datang sini? "

"Aku nak jumpa bakal suami aku and kau lah my friend.." Dia senyum memandang ku.

"Sejak bila aku berkawan dengan kau? " Aku memandangnya tajam.

"Kau tak ingat aku ke..Atiqkah? Laila yang kau tolong dan kawan kau time sekolah menengah. Kita selalu lepak sama sama dengan Safi sekali. haha" Dia ketawa dan menepuk bahuku.

"Laila? Bukan kau bertudung ke? " Aku memandangnya pelik. Dulu disebabkan dia jugalah aku cuba untuk pakai tudung. Sekarang Alhamdulillah aku dah berubah. Tapi kenapa dia pun berubah tapi dari sudut negatif?

"Suprise right? haha. Nah this is for you. Aku bukannya nak meruntuhkan masjid yang kau baru bina ni tapi ni kenyataan dan kau memang kena runtuhkan masjid kau ni." Dia menghulurkan sampul berwarna coklat dan berlalu pergi.

"Apa ni? " Aku memandang sampul tersebut dan membukanya.

"Ya Allah.. " Serta merta air mata ku jatuh ke pipi. Gambar yang menunjukkan kemesraan Nazmi dan Melissa.

Aku memasukkan gambar itu semula dan cuba untuk mempercayai suamiku sendiri.

"Tak.. tak mungkin.. Abang takkan curang dengan sayang kan? " Aku mengusap pipi Nazmi.

End flashback~

"Kenapa Laila? kenapa kau buat aku macam ni? Kau tahu aku kawan kau tapi... " Aku tak sanggup untuk menghabiskan ayat aku.

Aku terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat.

' Ya Allah ya tuhanku.. Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaanMu ini ya Allah. Sesungguhnya aku lemah dan amat memerlukan pertolongan dariMu. Kau bukakanlah pintu hati Laila ya Allah supaya dia kembali ke jalan yang benar. Kau kuatkanlah semangat ku untuk mempertahankan rumah tangga aku ya Allah. Amin ya rabbalalamin.. '

*******

"Assalamualaikum.. " aku masuk ke rumah. kosong. tiada orang. haih.. mana sayang pergi?

Aku terus menuju ke bilik dan merebahkan badan ke katil. Aku cuba menelefonnya tapi hanya operator yang menjawab.

"Sayang.. abang rindu.. " Serta merta air mataku mengalir. Aku bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak dan solat sunat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience