2.

Fantasy Series 15969

Keesokan harinya, seperti yang dijangkakan.. Semuanya sibuk yang amat.

Dari pagi hingga ke tengahari. Dari kaum hawa ke kaum adam.. semuanya punya tugasan tersendiri.

Husna sibuk membantu rewang di dapur bersama para hawa yang semakin berkurang sebelum neneknya memanggil.

"Ye nek.. ada apa ye?"

"Sudah la tu.. pergilah berehat. Dari pagi tadi lagi nenek tengok kamu buat keje tak berhenti. Tak apa..yang lain-lain tu kita sambung petang sikit ye?"

Nenek berkata lembut.

"Eh tak yah la nek. Bia la Sya siapkan. Sikit je lagi." Husna mengelak.

Masakan dia mahu bermalas-malasan. Tapi nenek masih juga berkeras.

"Ish kamu ni. Degil betul. Tu.. kamu tak nak ikut adik-beradik kamu yang lain pergi mandi air terjun ke?" Nenek memancing.

Terus mata Husna bersinar menatapnya.

"Betul ka ni nek?!" lengan neneknya dipegang teruja.

"Iye.. dah, pi amik tuala. Semua tunggu dekat depan tu." nenek mengangguk seraya mengarahkan Husna.

Terlupa terus kebaikan hatinya tadi ingin menyiapkan kerja, Husna terus melangkah pantas ke bilik mengambil tuala dan menyertai adik-beradik yang lain.

Sepupu-sepupu Husna ramai begitu juga adik-beradiknya, belum ditambah lagi dengan saudara-mara yang lain, sudah semestinya air terjun itu akan dipenuhi mereka sekeluarga.

Jadi hak milik sendiri pulak! Haha.

Tak sampai 10minit berjalan kaki beramai-ramai, mereka tiba ke destinasi.

Yang kecil-kecil tidak sabar, terus melompat ke dalam air cetek separas lutut. Bermain pasir dan membuat empangan dengan batu yang ada. Lumrah permainan di air terjun.

Manakala bagi golongan yang besar-besar sudah semestinya di kawasan dalam, lompat dari batu, bermain bola tampar dan melepak beramai-ramai.

Husna pula lebih gemar duduk bersendirian, agak jauh sedikit dari yang lain sambil mendengar music. Berendam kaki dan memberi ikan-ikan kecil makan.

Seulas bibirnya sesekali mengikut lirik lagu yang bermain di gegendang telinganya.

Roti yang sememangnya dibawa bersama tadi, dicubit kecil-kecil sebelum dilempar ke air, memberi makan ikan-ikan.

Sedang dia enak melayan perasaan, rasa itu datang lagi. Bagai diperhatikan, Husna pantas membuka earphones yang menyumbat telinganya dan memerhati sekeliling.

Dan tak jauh dari situ, kelibat si nenek kelihatan lagi. Wajahnya tak dapat dilihat dek kain batik yang menutupi bahagian kepalanya ke depan.

Apabila perasan dia telah dilihat oleh Husna, dengan sukar dan bagai terhinjut-hinjut si nenek melarikan diri ke dalam hutan semula.

"Hey! Tunggu!" Husna ingin tahu yang amat siapakah gerangan yang ditemuinya itu. Dia.pantas bangun dan meninggalkan earphones dan phone nya di atas batu sebelum mengikuti langkah si nenek.

Tapi Husna berhenti setelah beberapa langkah ke dalam hutan di tepi air terjun tadi, teringat bahwa dia tak boleh sewenang-wenangnya mengikut.

Bimbang jika sesat pula. Lagipula, kelibat itu juga sudah tak kelihatan. Lesap..

Misteri sungguh.

Dengan bingung, Husna berpaling kembali mahu ke batu tempatnya melepak tadi. Tetapi,

Bukk!

Pandangannya berpinar apabila ditetak suatu objek keras di bahagian kepalanya. Husna rebah perlahan-lahan, memandang wajah di hadapannya yang samar-samar dengan cahaya matahari di balik wajah itu..

"Ba..Bal..Balqis."

Semuanya gelap serta-merta.

~~~~~~~~~~~~~

Husna bangun setelah beberapa ketika, dia melihat sekeliling.

'Aku di mana ni?' sekeliling diperhatinya.

'Ya Allah.. kenapa aku di hutan?'

Jelas pada pandangan matanya tiada sebarang penempatan di situ. Yang punya hanyalah batu-batu besar yang sudah ditumbuhi lumut-lumut hijau dan dipenuhi daun-daun kering hutan.

Tiada langsung air yang mengalir. Bagai sudah lama ditinggalkan..

'Macam bekas tapak air terjun.'

Husna buntu. Sekeliling diperhati lagi.Hutan. Hutan. Hutan. Dan Hutan.

"Ahhh! Sakitnya!" desisnya pedih apabila kepala di sentuh.

Tangannya dilihat, darah gelap kelihatan.

'Macam mana kepala aku boleh cedera ni? Apa yang dah berlaku?'

Persoalan demi persoalan berlegar di fikirannya makin memberatkan lagi kepalanya.

"Sesiapa!! Tolonglah jawab!" laungannya hanya dibalas dengan terbangan burung-burung di pokok saja. Memenuhi ruang pandangan langit.

Kehijauan hutan itu dilihatnya resah sambil mengusap kedua lengan, dalam hati tak henti berdoa agar dipertemukan dengan sesiapa.

Dia takut!!!

"Tolong saya!!" matanya mula memanas. Mata yang bergenang air mata itu dikesat lembut sebelum perlahan-lahan berjalan tanpa arah.

Disebabkan kecederaan dan kondisi tubuhnya yang lemah, Husna hanya berjalan perlahan.. kemudian, tak jauh dia berjalan..

Suara derapan kaki di lantai kering hutan itu kedengaran, menarik perhatian Husna.

Dengan pantas, dia berlari mencari arah bunyi dan secara tak sengaja..

"Ahhh!! Au.." akibat kecuaian sendiri, dia tersadung pada satu akar pokok dan terduduk terjatuh.

"Ss.. pedihnye.." buku lali yang bercalar diteleknya sebentar tanpa menyedari ada yang mendekatinya.

"Hoi! Berhenti di situ!" jerkahan ini menghinjutkan bahu Husna. Terkejut yang amat!

Bagai mahu luruh jantungnya disergah sebegitu rupa. 'Cuba la cakap elok-elok.' omelnya.

Kepala diangkat mencari arah bunyi, tiga orang lelaki berbaju lama, dengan bersampin kain pelekat itu direnungnya musykil.

'Peliknya pakaian.. orang dari alam mana pulak ni? dengan keris bagai.'

Terkebil-kebil polos dia menatap tiga lelaki itu berselang-seli dari bawah dengan kening yang bertaut.

"Kenapa kau di sini hah? Oo.. kau menceroboh ye?" Lelaki berkulit hitam manis berusia sekitar 30an itu menyoalnya kasar.

"Entah-entah kau cuba nak curi hasil kebun Mus bukan?" lelaki muda di sebelah lelaki tadi pula memberikan tanggapan terhadapnya.

Ha? Mus mana pulak ni?

"Sudahlah tu.. biar aku selesaikan dia." Kedua-dua lelaki tadi diam sebaik saja lelaki berjambang agak lebat itu bersuara.

Setiap inci tubuh Husna diperhatinya. Tanpa sedar senyuman miang terukir di bibirnya tapi pantas dikawal agar tak kelihatan dek kedua orang lagi rakannya.

Husna pula sudah tak senang hati dengan pandangan itu. Bagai dibogelkan si lelaki. Tak guna betul. Eish!

"Kau siapa?" soalnya dingin, sebelah tangannya memegang sarung keris yang terselit di pinggang.

Terancam!

"Am.. sa.. saya.. am siapa ek? Ah ye! Saya Husna." Husna menjawab ragu-ragu.

Hanya nama itu yang bermain di fikirannya, mungkin saja namanya. Tapi.. kenapa dia tak mampu ingat apa-apapun?

Siapa dia yang sebenarnya?.. mengapa dia di sini?.. mereka ini siapa pula?

Migraine!!

"Hmm.. pakaian kau pelik. Lagipula, aku tak rasa kau berasal dari sini bukan? Kau ni... bunian ye?! Kau buat apa di sini?!"

Apabila dia beranggapan bahwa wanita itu bukan wanita biasa, keris tajam pantas dikeluarkan dari sarung, mengarah pada hadapan wajah Husna.

Glup.

Terjerit kecil wanita itu dibuatnya. Mata mula berair. Takut.

"Sa.. saya tak tahu. Saya tak ingat." jawab Husna tergagap.

"Jangan tipu aku! Kau ikut kami jumpa tok ketua! Sekarang!" arahnya kasar dengan mata keria masih tak dikalihkan.

Husna mengesat air mata pada tubir matanya dan bangun perlahan-lahan, kesakitan pada kepala dan kakinya cuba ditahan.

Mengikuti lelaki-lelaki tak dikenali itu ke suati tempat tak jauh dari situ.

'Apalah pula nasib aku selepas ini?'

~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum tok!! Tok!!" si lelaki muda bernama Waris memberi salam lantang di hadapan sebuah rumah banglo kayu yang agak besar dengan halaman yang dipagar ringkas.

"Waalaikumsalam.. sebentar." seseorang menjawabnya sebelum keluar.

Kelihatan seorang lelaki tua berumur sekitar 60an bersama beberapa orang lagi lelaki hampir sebaya dengannya keluar.

"Ada apa ke mari ni Waris.. Ajib, Lan?" Lelaki tua yang hampir botak berjanggut putih lebat itu bertanya lembut.

"Ni ha!!" dengan kasar, Lan menolak Husna dari belakang hingga terhumban ke hadapan. Hampir dengan tangga rumah Tok Ketua.

"Lan! Kenapa perlakukan perempuan macam itu? Siapa yang kamu semua bawa ni?"

Tok ketua berjalan menuruni tangga perlahan-lahan, dan berhenti melihat hairan ke arah Husna.

"Kami jumpa bunian ni di hujung kampung sana! Hendak menceroboh kebun mungkin." Ajib memberitahu yakin sambil mencekak pinggang.

Tok ketua hanya menggeleng kepala melihat telatah anak-anak muda Negeri Hilang itu. Baran tak bertempat.

"Jangan kamu tuduh melulu Ajib.. Tak baik. Sudah. Kamu semua pulang dahulu. Biar tok yang selesaikan." Tok ketua berkata tegas dalam kelembutannya.

"Tapi tok perempuan ni-.." Lan cuba membantah tetapi terdiam apabila mendengar rengusan kasar kuda dari belakang.

Kepala pantas ditoleh. Dia.

Seorang lelaki bertubuh ideal, berwajah ketat dan berketrampilan kemas mendekati dengan menunggang kuda hitamnya.

Tali di leher dan muncung kudanya ditarik sekali, menyuruhnya berhenti.

"Ada apa-apa masalah ke?" Aura dingin lelaki itu pantas saja menyelubungi suasana riuh tadi. Tiada yang berani bersuara.

"Am.. Tak. Tiada masalah besar pun Tuan Shah. Hanya sedikit salah faham saja." Tok ketua membalas sopan dan teragak-agak.

Senyumam kekok dilemparkan kepada lelaki yang tak pernah dilihatnya tersenyum itu.

Dari pandangan tuanya, teruna itu hanya mayat hidup yang berkhidmat untuk Sultan saja.

"Hmm.. jika begitu.. siapa wanita ini?" Dia bertanya lagi. Beku.

Semua di sekeliling, seorang pun tidak berani mahu beralih kaki atau tempat apabila berhadapan dengan pengawal khas utara negeri itu.

Umar Shah.

Dengan sekali pandang saja lelaki itu sudah perasan perbedaan wanita yang membelakanginya itu.

Husna memakai sandal plastik flipper bewarna merah, bertraksuit hitam dan baju lengan panjang bewarna putih dan ada sedikit kesan darah padanya.

"Dia.. orang luar. Dia sesat di hujung kampung. Ajib, Waris dan Lan yang menjumpai dia dan bawa ke mari." Tok ketua menerangkan lembut.

Si pengawal hanya mengangguk dingin sebelum,

"Pusing." arahan diberikan. Husna memejamkan mata. Dia memandang tok ketua di hadapannya takut-takut.

Lelaki tua itu mengangguk menyuruhnya berlaku demikian. Haihhh...

Dalam keterpaksaan, Husna berpaling juga. Pandangannya bertembung dengan sepasang mata hitam itu. Kacak..

'Satria mana pulak ni...?'

Wajah yang garang, mata tak berperasaan dan rambut yang dipotong rapi lelaki itu tampak jauh lebih moden dari orang-orang lain di sekelilingnya.

"Kau dari mana? Mengapa kau kemari?" pertanyaan seriusnya menyentakkan lamunan Husna.

"Sa.. saya.. am.. saya tak tahu. Saya tak ingat apa-apa." Entah mengapa takut pula dia rasakan apabila mata mati itu menatapnya bagai mencari pembohongan.
"Hilang ingatan?" dengan pantas Husna kembali mengangkat kepala dan mengangguk laju mengiakan dengan naifnya.

Tercuit sedikit hati beku itu melihat kecomelan si gadis tapi seperti biasa.. tiada yang kelihatan pada luaran.

"Perempuan ni menipu." Lan tak semena-mena menyampuk berang sambil mencerlung memandang benci pada Husna.

"Diam."

"Kau.. diam." intornasinya sama saja, tapi ianya bukan berbaur permintaan.

Ianya arahan yang mesti, bukan, wajib diikuti.

Pandangan dingin si pengawal bertentang seketika dengan Lan sebelum lelaki itu melarikan pandangan dan menunduk menekur lantai. Tak guna betul!

"Kau, selesaikan segalanya di sini. Aku tak mahu apa-apapun masalah berlaku. Faham?"

Dia memesan tegas dan mendatar pada Tok ketua sebelum beralih semula pandang pada si gadis yang tampak leka memandangnya dari tadi.

"Dan kau.."

"Ah? Ye? Owh.. ye saya?" blur blur ayam saja Husna. Kantoi mencuci mata memandang wajah tampan itu.

Malunyerrrr. Sengihan comel ditayangkan pada si pengawal dingin.

"Nama kau apa?" pandangan mata mati lelaki itu padanya tak berkelip. Menakutkan..

"Husna." jawabnya sepatah.

"Rawat luka kau nanti. Yang lain-lain, beredar. Sekarang." Si dia bertutur dingin sambil mengalihkan pandangan memandang semua yang ada di sekeliling.

Tak menunggu lama, semua orang beransur keluar dari perkarangan rumah papan Tok ketua termasuklah tetamu Tok ketua juga.

Tanpa sebarang pamitan, si lelaki mengarahkan tali pada kudanya. Berjalan keluar dari perkarangan rumah perlahan-lahan, memerhati kawasan kampung sekeliling yang menjadi rutinnya.

Husna yang ditinggalkan hanya menghantar pandangan susuk jejak itu makin menjauh.

'Perasaan apa ni? Bersemuka dengannya buatkan hati aku berdetak laju..' tangan dibawa menekap dada tanpa sedar.. melayan perasaan sehinggalah..

"Cu, mari ke atas, rawat luka kamu tu. Isteri dan anak-anak tok ada. Mari." Tok ketua mempelawanya naik.

Husna mengangguk mengiakan sebelum mendaki anak tangga ke atas. Sesekali dia menoleh lagi ke belakang.

Haih.

Tok ketua punya seorang isteri dalam lingkungan sebayanya, dua orang anak, seorang lelaki yang kini tinggal bersama keluarga sendiri di hujung kampung dan seorang lagi perempuan yang merupakan balu dengan seorang anak gadis berusia 15tahun.

Husna membersihkan diri dan dirawat oleh keluarga itu. Pakaian peliknya juga ditukar dengan memakai kain sarung dan baju kurung kedah milik Kak Dah, anak Tok Ketua.

Pakaian dalam pula hanya diberi sehelai kain saja untuk diikat pada bahagian dada. Wadduh..

Dia dijamukan makanan kampung dan dilayan mesra oleh seluruh keluarga itu. Fatimah, anak Kak Dah juga amat sopan dan baik budaknya amat menyenangkannya.

Sekurang-kurangnya ada juga dia rakan di sana. Malam hari, Husna tidur di kamar Fatimah bersama.

Matanya sukar dilelapkan. Pelbagai perkara yang bermain di fikirannya. Dan salah satunya.. dia.

'Umar Shah ye?'

Tanpa sedar, secalit senyuman terukir di bibirnya tatkala terbayangka jejeka misteri itu.

Eeiii!! Gatalla kau Husna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience