"Husna.. mari sini nak. Mak Dah dan Tok nak kata sesuatu.." Mak Dah memanggil Husna yang baru saja selesai mengemas makan malam mereka bersama Fatimah.
Tak menunggu lama, Husna dan Fatimah mendekati. Duduk di atas tikar rotan di ruang tamu, berhadapan Tok dan Mak Dah.
"Ada apa ya Mak Dah? Tok?" dia bertanya lembut.
Riak wajah kedua tua itu tampak agak gusar mahu memberitahunya sesuatu. Mereka saling berpandangan sesama sendiri sebelum Tok berkata,
"Kamu kene pergi dari sini.."
Tersentak seketika hati Husna mendengarnya. Kenapa tiba-tiba saja? Habis itu.. dia mahu ke mana lagi? Dia sudah tak punya sesiapa..
"Apa yang tok katakan ni? Tak boleh! Timah tak benarkan.. kenapa tok dan mak nak halau kak Husna pula? Tok dan mak tak kesiankan kakak ke? Habis nanti.. kak Husna nak tinggal di mana lagi?"
Bertalu-talu soalan diutarakan si anak. Lengan Husna dipegang Fatimah dan mula membelanya apabila Husna hanya berdiam diri.
"Fatimah.. " Husna mengusap lembut tangan yang menggenggam bajunya itu sambil menggeleng, menenangkannya.
"Boleh Husna tahu kenapa Tok dan Mak Dah kata begitu?" Husna bertanya tenang walaupun hatinya sudah gundah-gulana memikirkan kehidupannya selepas ini.
"Sebab... kamu perlu bernikag dengan Tuan Shah. Tuan Umar Shah. Dia mahukan jadikan kamu sebagai isterinya dan kami tak diberi pilihan. Maafkan kami nak.."
Mak Dah pula menjawab gusar, bimbang akan penerimaan Husna.
Gadis itu mula teringat akan peristiwa malam semalam, lelaki itu melamarnya, bukan, lebih kepada mengarahkannya agar menjadi isteri kepada lelaki itu.
Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa semua begitu takut dengannya dan kenapa perlu dipilih Husna sebagai calon isterinyanya?
"Petang ini Tok akan nikahkan kamu berdua.. Sebab tuan mahu bawa kamu pulang hari ini juga."
Glup. Ya Tuhan..
Bagaikan terkena renjatan elektrik saja, Husna kaget.
"Betulkah mak?.. tok? Eeee.. mesti seronok bukan?! Kak Husna akan jadi isteri Tuan Shah! Sukanya! Bolehlah Timah beritahu rakan-rakan nanti. Mesti mereka terkejutlah!"
Fatimah yang sedih tadi terus bertukar mood mendengarkan kata-kata tok nya. Tak disangkan tujuan perbincangan kedua lelaki itu semalam mengenai hal ini.
"Tok.. Be-betulkah Husna tak ada pilihan?" Melihatkan gelengan pantas dari kedua tua itu sedikit sebanyak menakutkan Husna untuk berkhawin dengan lelaki itu.
Walaupun hatinya baik dan pertemuan mereka amat membuatkan dia berjasa, tapi dia tak mengenali lelaki itu. Mampukah dia menjadi isteri yang baik? Hurmm..
~~~~~~~~~~
Tengahari,
Sehelai kain sederhana besar dihamparkan Mak Dah di atas tikar mengkuang. Dua helai baju lamanya yang selalu dipakai Husna dilipat kemas, disusun di tengah-tengah.
Husna hanya melihat dari tepi, mahu menolong, dilarang keras oleh Mak Dah kerana katanya, biarlah dia mahu melayan Husna seperti tetamu sebelum wanita itu keluar dari rumah ini petang nanti.
Dua helai kain sarung turut dimasukkan diletakkan bersama beserta tiga helai kain bendung. Pakaian pelik Husna yang dulunya dipakai turut dimasukkan bersama sebelum diikat.
"Nak.. Mak Dah sekeluarga minta maaf jika ada sebarang kekurangan ya sepanjang kamu di sini. Mak Dah harap, kamu akan bahagia bersama suami nanti."
Wajah wanita lingkungan awal 40an itu ditatap sayu sebelum Husna pantas memeluknya, syahdu.
"Tak Mak Dah.. Husna yang sepatutnya minta maaf kerana susahkan keluarga ni. Mak Dah sekeluarga banyak tolong Husna.. beri tempat tinggal, makan minum, pakaian.. Husna berterima kasih sangat."
Ucap si anak gadis dengan mata berkaca, terasa belakang tubuhnya diurut lembut beberapa kali sebelum dia melepaskan pelukan.
"Sudah.. jangan menangis. ini, Mak Dah ada hadiah untuk kamu. Lihatlah." sehelai selendang nipis bewarna merah jambu muda diberikan padanya.
"Cantiknya Mak Dah.. siapa punya ni?" kain lembut itu diusap-usapnya penuh minat.
Jika pada pandangan Husna di sana, selendang itu adalah yang paling cantik yang dilihatnya setakat ini.
Mungkin juga kerana Husna tak pernah keluar dari kawasan berdekatan rumah Tok ketua yang berada di hujung kampung berdekatan hutan.
Orang ramai pun dia tak pernah bertemu melainkan terserempak dengan jejaka-jejaka yang memburu dan mencari kayu api di sana.
Dan dari situlah bermulanya kisah mitos 'gadis bunian' oleh orang Kampung Hilang itu.
"Selendang ini kepunyaan mendiang nenek Fatimah, mak kepada Mak Dah. Kamu ambillah." senyuman manis diberikan kepada Husna yang sepertinya suka dengan sehelai selendang yang diberikan itu.
"Betul Husna boleh ambil ini? Tapi.. macan mana dengan Timah pula?" Bimbang juga dia si adik itu terasa dengan pemberian ibunya.
"Dia sudah ada yang lain.. ini Mak Dah bagi pada kamu. Nanti bernikah.. pakai ya?"
Sikap keibuaan dan penyayang Mak Dah membuatkan Husna kembali menangis kecil. Tak dia sangka, dia akan berkawin secepat ini.
Dengan senyuman manis, Husna mengangguk mengiakan.
~~~~~~~~~~~~
"Aku nikahkan kau dengan Husna Binti Abdullah dengan mas kawinnya 10 syiling perak."
"Aku terima nikahnya Husna Binti Abdullah dengan mas kawinnya 10 syiling perak.
Dua saksi menyatakan sah dan akhirnya sepasang pasangan itu kini sah menjadi suami isteri.
~~~~~~~~~~~~~
Tiada majlis persandingan, tiada pakaian pengantin mahupun sebarang sambutan.
Semuanya amat mudah. Husna diarahkan menyalami Umar Shah dan dengan gusar, tangan kasar berparut itu disalaminya hormat.
Lelaki itu tak pula mengucup dahinya dan terus bangun meminta diri. Kain yang punya pakaian Husna diambil dan dia terus keluar dari rumah dengan dinginnya.
Husna agak takut sebenarnya dengan lelaki itu tapi dia cuba berfikiran baik. Mak Dah dan Fatimah disalaminya dan mereka saling berpelukan.
Juga dia memohon maaf dan berterima kasih kepada Tok ketua yang banyak menolongnya selama ini.
"Pergilah cu.. Tuan menunggu di luar. Mari." Pamit Tok ketua pada Husna.
Mereka semua keluar dari rumah menghantar pemergian Husna. Jarak kediaman Shah tidaklah sejauhmana, kurang dari sejam perjalanan kuda kerana rumah Tok ketua berada di hujung kampung.
Kereta kuda kayu beroda empat kelihatan di hadapan rumah kayu itu, di depannya diikat 2 ekor kuda padi bewarna coklat.
Kelibat Shah menghampiri setelah meletakkan barangan Husna di dalam kereta kuda, di tangannya punya guni kecil sebesar tapak tangan.
"Ini untuk Tok sekeluarga." guni diberikan kepada Tok ketua dan terus berlalu menunggu di luar.
Tiada niat mahu berlama-lamaan.
Buat sekian kalinya, Husna memeluk Mak Dah dan Fatimah sebelum memberi salam meminta diri.
Mereka hanya mampu melambai dan menghantar pandangan saja.
Husna menghampiri kereta kuda di bahagian belakang yang terdapat kain tirai yang menutupi bahagian itu.
Shah sudah menunggunya di tepi.
"Masuk." arahnya dingin.
Husna hanya mengangguk tak mahu melawan, kedudukan yang agak tinggi menyukarkannya untuk memanjat ke atas.
Ditambah lagi ada sengkangan di bahagian masuk itu membuatkan Husna tak tahu bagaimana harus dia masuk ke dalam kereta kuda setinggi itu.
Sudahlah dia hanya 156cm saja. Tinggi kereta kuda itu pun lebih tinggi dari separas pinggangnya. Haish.
Tanpa dipinta, tubuh itu dengan mudah dicempung Shah dan dinaikkan, terus masuk ke dalam.
"Duduk diam-diam." pesannya sebelum menarik sedikit tirai, agar tidak terlalu terbuka. Bimbang Husna tidak selesa pula.
Shah terus berlalu ke hadapan, mengikat tali kuda-kuda pada kereta kuda itu dengan kuda hitam dominannya.
Dengan sekali sentakan kecil pada tali, si hitam di hadapan dua ekor kuda tadi mula berlari. Tidak terlalu laju dan tidaklah terlalu perlahan, meninggalkan perkarangan rumah Tok ketua.
Lambaian diberikan Husna pada keluarga itu dengan perasaan pilu. Berat hatinya mahu meninggalkan rumah itu tapi apakan daya, dia perlu mengikut si suami pulang.
Mereka melalui satu kawasan lapang dengan hanya ada pokok-pokok tinggi dan besar di sepanjang perjalanan.
Rumah-rumah di sana juga kebanyakkannya diperbuat daripada buluh nipis yang dianyam dan juga papan-papan.
Husna membuang pandangan memandang ke luar, tirai disebak sedikit luas untuk melihat perjalanan sepanjang itu.
Shah di hadapan sesekali menoleh, memeriksa Husna di belakang. Bimbang juga jika apa-apa berlaku.
Wanita itu tampak leka memerhati sekeliling sambil bersimpuh dan bersandar.
Sesekali selendang yang diletakkan di atas menutupi sedikit rambut belakangnya diperbetulkan apabila ditiup angin.
Memang tak dinafikan wanita yang baru dinikahinya kurang sejam tadi amat cantik berbanding mana-mana wanita yang pernah ditemuinya. Termasuklah para puteri di istana, tak setanding gadis itu.
Husna memerhati setiap perkara di sekelilingnya. Kanak-kanak yang bermain dilambainya sedikit dan dibalas riang mereka mencuit hatinya.
Agak lama selepas itu, tiba-tiba kelajuan kuda-kuda Shah makin perlahan bagai berjalan saja. Musykil.
Perlahan-lahan Husna mengesot ke hadapan, berhenti agak jauh dari kuda-kuda yang menarik kereta kuda itu.
"Abang! Kenapa ni?" Husna memanggil Shah, bertanya.
Berkerut kening lelaki itu mentafsir kata-kata Husna.
Mengapa dia panggil aku abang? Aku bukan abang dia. Aku suami dia. Hurm.. mungkin ada sebabnya.
"Kita akan masuk kawasan pasar. Kau duduk dalam tu diam-diam." tanpa memandang Husna, Shah menjawab dingin.
Si isteri pula mengangguk perlahan walaupun sudah semestinya tidak dilihat Shah. Dia kembali ke hujung kereta kuda, ingin melihat kawasan pasar yang dikatakan Shah tadi.
"Banyakkan makanan.." gumamnya sendirian sebaik saja memasuki ruangan lapang pasar itu.
Pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, rempah ratus dan pelbagai lagi juadah dan barangan di sana menarik perhatiannya.
Tanpa dia sedar, pandangan orang sekeliling terhadapnya.
Para jejaka sudah berbisik-bisik menyatakan kecantikannya, para wanita juga begitu, cemburu dengan rupa paras menawan Husna.
Ditambah lagi dengan kebaya dan selendang yang diberi Mak Dah di tubuhnya sedikit sebanyak menambah lagi kecemburuan pada yang melihat.
Pada tika itu, kereta kuda adalah salah satu lambang kekayaan dan status seseorang. Hanya yang berharta dan berpangkat saja boleh mempunyai kereta kuda.
Sebab itu juga Husna selalu melihat warga tempatan lain hanya punya lembu-lembu, kerbau, keldai dan kambing saja tapi tidak kuda.
Jika ada pun bukanlah dari baka seperti milik suaminya yang jauh lebih besar dan tinggi.
Walaupun dalam hati ada niat mahu menyapa atau mendekati si gadis rupawan di belakang kereta kuda, tapi tiada sesiapapun yang berani mendekati kerana wajah di hadapan itu.
Suasana riuh pasar tadi mula beransur sedikit sunyi tatkala wajah Shah kelihatan memasuki perkarangan.
Kereta kuda itu berjalan perlahan di tengah-tengah jalan, melintas sebuah demi sebuah deretan jualan para peniaga tempatan.
Shah mula teringat akan rumahnya, tiada apa-apa untuk dimakan dan mungkin saja tiada barang keperluan Husna.
Kereta kuda diberhentikan di kawasan lapang dan kudanya ditambat pada sebatang pokok. Shah beralih pula ke belakang, mengambil Husna.
Kain diselak luas sebelum berkata pada si isteri,
"Mari turun. Aku bawa kau ke pasar."
Dengar saja kata-kata Shah, tersenyum terus Husna dibuatnya.
Dengan wajah teruja Husna mendepakan tangan, minta diturunkan. Tak malu betul.
Iyalah.. jika dia tak lakukan begitu pun lelaki itu akan tetap mengangkatnya turun.Jadi dia sudah tak kisah, tambahan lagi dengan suami sendiri. Jadi apa salahnya bukan?
Tubuh itu dibawa turun mudah dengan sebelah tangan saja. Kain selendang di kepala Husna diperbetulkan sedikit dan rambut lurus itu diselitkan di belakang telinga.
Tergamam wanita itu dengan aksi luar jangka lelaki itu. Lembut saja. Haihh..
"Ikut aku." ujarnya dingin sebelum berlalu pergi.
Husna mengikut rapat di belakang Shah sambil mata galak melihat sekeliling.
Tapi yang dia musykilkan, mengapa orang ramai melihatnya bagaikan raksasa saja? Pelik sangatkah pemakaiannya? Atau mereka memang begitu dengan orang luar?
Entahlah.
"Husna." Shah memanggil Husna yang agak jauh ketinggalan di belakangnya. Leka melihat sekeliling.
"Ye ye bang." kabut wanita itu mempercepatkan langkahnya menghampiri. Senyuman ringkas diberikan.
"Ada apa ya?" tanyanya polos.
"Kalau kau mahu apa-apa.. ambil saja. Di rumah nanti tiada apa-apa untuk dimakan, jadi kau ambillah apa saja yang kau mahu untuk masak nanti."
Ujar Shah dingin. Keadaan sekeliling bagaikan 'freeze' melihat mereka. Husna jadi takut pula dengan pandangan sekeliling.
Dia mengangguk sebelum meneruskan perjalanan. Husna berjalan rapat di belakang Shah dengan mata melilau melihat sekeliling sebelum..
Secara tiba-tiba, Seorang lelaki berpakaian selekeh dan berambut serabai di satu lorong gerai mula menjerit dan ingin menyerangnya.
"Abang!!"
Share this novel