6.

Fantasy Series 15969

Hanya dengan sekali tampar saja, si lelaki terus terhumban jatuh ke tanah. Mengerang kesakitan.

Shah menarik Husna di sebelahnya ke belakang sebelum kembali mendekati si lelaki gila. Ingin 'menambah' lagi.

"Tuan! Tuan.. tolonglah tuan. Maafkan dia.. anak saya ni gila tuan.. dia tak sengaja. Tolong ampunkan dia."

Seorang perempuan dalam lingkungan 40an mendekati pantas dan menahan Shah dari perbuatan lelaki itu pada anaknya.

Shah hanya berdiam diri dan mencerlung memandang si lelaki dan si ibu silih ganti. Berura-ura mahu melepaskan dengan berpaling semula menghadap Husna di belakang tapi..

"Kau! Perempuan jahat! Setan! Kau yang bunuh dia! Kau yang bunuh dia!" si lelaki tadi mula menjerit dan menalakan jari pada Husna di belakang Shah.

Dia yang sememangnya kurang waras sudah tak hiraukan apa yang akan berlaku padanya.

"Lim! Cukuplah.. kenapa kamu ni nak? Cukup mak kata!" Si ibu cuba menenangkan si anak yang mula menyerabaikan rambutnya tanpa arah.

Datang seorang lelaki berlari ke arah mereka dan membantu si ibu menenangkan anaknya.

"Mak.. biar Ris tenangkan dia." Lelaki bernama Idris itu mula menenangkan si lelaki bernama Halim itu.

Pelukan diperketatkan sambil mengusap belakang si abang.

Halim yang berhadapan Shah dan Husna berdiam diri. Dia menangis tanpa suara dan statik pada kedudukannya. Di atas tanah, menatap Husna tanpa berkelip.

"Dia yang bunuh Mas mak.. Dia bunuh isteri Lim. Perempuan tu.."

Suaranya perlahan saja tapi disebabkan kesunyian pasar itu dengan adegan tadi, kata-katanya mula menyentakkan semua orang.

Rahang Shah sudah bergerak-gerak menahan geram. Baru saja selangkah dia ambil nendekati Halim, Husna di belakang menahan tangannya.

Shah pantas menoleh dan jelas pada pandangannya wanita itu pucat lesi. Tangan yang memegang tangan kasarnya itu sejuk..

"Nak balik.." rengeknya perlahan sebelum mendekati Shah dan memeluk pinggangnya.

Wajah disembamkan pada dada Shah yang statik berdiri memandangkan Husna hanya separas bawah bahunya saja.

"Maafkan kami tuan.. mungkin Halim tersilap orang." suara si ibu kedengaran lagi meminta maaf dengan kepala yang menunduk.

Sayu. Malu dengan kejadian yang berlaku dan takut untuk bersua dengan Shah.

"Hmm.. tak mengapa, dia isteri aku. Sekarang kau pulanglah. Jagakan dia di rumah."

Sesuatu dikeluarkan dari bajunya dan dicampak perlahan pada Idris yang turut memandangnya. Lelaki itu menyambutnya.

"Mari Husna.." anggukan kecil si isteri membuatkan Shah mengeluh perlahan, Husna dipimpinnya keluar dari pasar itu.

"Kita pulang mak. Ayuh, kemas semuanya." Idris bersuara. Halim yang sudah tenang juga dilepaskan.

"Mana boleh begitu. Habis mana kita nak dapatkan duit nanti? Sudahlah.. mak mahu meniaga lagi."

Si ibu membantah. Tangannya lincah saja menyusun juadah jualan di atas meja kayu kecil di situ.

"Mak.. tuan suruh kita pulang. Dia berikan kita ini." guni kecil itu diserahkan kepada si ibu dan tanpa mendapat persetujuan, Idris kembali mengemas barangan niaga mereka.

Si ibu membuka simpulan guni itu dan ternyata di dalamnya punya 3keping syiling perak. Guni kembali ditutup dan dia mengucap syukur.

Halim yang hanya diam memerhati sudah tersenyum seorang diri. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya..

"Mastura.." nama mendiang si isteri disebut-sebut perlahan.

"Aku sudah jumpa perempuan tu Mas.. kau jangan risau, dia akan terima padahnya nanti." gumamnya perlahan seorang diri.

Sesekali dia ketawa seorang diri dan kedengaran seperti menangis.

Orang di sekeliling juga mengabaikan kata-katanya, orang gila bukan? Siapa saja yang peduli?

~~~~~~~~~~~

"Taknak.." Husna membantah dengan gelengan dan sedikit rontaan apabila Shah mengangkatnya untuk didudukkan di bahagian belakang kereta kuda.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Jangan mengada boleh tak?" tangan Husna di bajunya cuba dirungkaikan.

"Una tak nak duduk belakang sorang-sorang.. gelap. Takut." manja saja rengekannya pada Shah membuatkan lelaki itu berkerut seribu.

Kedua tangan kecil pada bajunya itu masih erat mengenggam. Mahu dirungkaikan secara paksa, bimbang wanita itu sakit pula. Shah buntu.

"Sudah mahu senja ni.. Kau duduk saja di belakang. Jangan melawan." tuturnya sedikit tegas.

Jika orang lain menerima arahannya, tiada yang berani melawan mahupun membantah sekalipun. Wajib dituruti.

Tapi wanita ini.. kenapa dia susah mahu berkeras dan memaksanya? Ishhhh..

"Hmmm.. bolehla abang. Janji, una tak ganggu. Abang.." lengan Shah digoyang-goyangkan perlahan. Memujuk.

Sumpah dia tak mahu duduk di belakang itu seorang diri. Sudahlah gelap, dengan keadaan senja dan peristiwa tadi, membuatkan Husna takut memikirkannya. Tambahan pula kawasan sekeliling agak kehutanan membuatkan dia kecut perut.

"Kau sedar tak hari sudah hampir malam sekarang nii? Kau masih berdegil. Habis tu kau tak takut pula nak duduk di luar dengan aku?" sedikit kasar percakapan Shah menyentakkan Husna.

Kepala ditunduk dan dia menggeleng. Degil.

"Tak.." Husna masih dengan jawapannya. Wajah sedih itu tak dipedulikan Shah. Lelaki itu merengus geram sebelum agak kasar menarik Husna turun dari kereta kuda.

Sedikit terkejut Husna dengan perlakuan Shah tapi dia tak ambil kisah. Dia tahu perangainya yang mengada menjengkelkan pengawal khas itu.

Shah berlalu ke hadapan dan memanjat kuda hitamnya tanpa mempedulikan Husna. Tali disentak dan kuda itu mula berjalan pergi.

Husna kaget, berlari anak dia ke hadapan. Tali pada kuda coklat di belakang si hitam Shah, dipegangnya takut tertinggal.

Agak lama mereka berjalan kaki tanpa sebarang bicara. Husna lega sekurang-kurangnya dia tak begitu takut walaupun berada di hutan pada malam hari begini.

Asalkan Shah ada di hadapan matanya, dia tak kisah..

Tapi perlahan-lahan, kakinya mula cramp akibat berjalan lama dan Husna mula berjalan perlahan.

Tak mampu menyaingi kelajuan kuda-kuda lelaki itu. Sedangkan kuda itu berjalan biasa pun, baginya seperti fast-walk. Ini kan pula apabila kakinya cramp.

Ingin mengadu pada Shah tapi dia takut. Susuk tubuh lelaki itu dipandang dari belakang.

Tidak risaukah lelaki itu padanya?

Husna mengeluh perlahan, sesekali dia berdehem agak kuat dan merintih kesakitan sedikit, sengaja mahu menarik perhatian Shah agar menoleh sekilas padanya.

Tapi hampa, lelaki itu statik saja di atas kudanya. Hanya memandang ke hadapan.

Husna mengalah, kakinya sakit yang amat.

"Abang.. kaki una sakit la. Boleh berhenti sebentar?" adunya pada Shah.

Lelaki itu buat tak endah. Malas mahu melayan perangai Husna yang baginya keterlaluan dan mengada.

Perlukah dia mendengar kata wanita itu sedangkan wanita itu pun tak mahu mendengar katanya? Tak akan.

Egonya tinggi melangit. Shah diam saja mendengar aduan-aduan Husna.

"Abang dengar tak ni? Kaki una kejang.. sakit." adunya lagi.

Shah merengus kasar sebelum berpaling sedikit, tapi bukan melihat Husna, tapi sekadar membalas.

"Kau boleh diam tak? Bisinglah. Kau yang nak duduk di luar sangat bukan? Tanggunglah sendiri.. aku tak akan berhenti untuk kau."

Tuturnya dingin sebelum kembali memandang hadapan.

"Baik.." Husna menjawab pasrah. Salahnya juga kerana membantah awal-awal tadi.. tapi dia memang tak mahu duduk di belakang itu seorang diri.

Tak lama selepas itu, Husna tak tahan. Dia berhenti sebentar dan menunduk mengurut betisnya yang kejang tak boleh bincang.

Sedang dia leka mengurut kaki yang amat sakit, Husna terlupa sebentar akan kereta kuda yang masih bergerak. Fikirnya hanya sebentar saja dia berhenti, kereta kuda itu mesti berdekatan saja tapi..

Sekali dia berpaling sebentar, Shah dan kuda-kudanya sudah jauh meninggalkan dia di belakang. Hampir tak kelihatan.

Terkejut Husna dibuatnya. Dengan kaki yang masih belum lega, dia cuba berlari anak ke arah kereta kuda itu.

Cahya tanglung berisi nyalaan api kecil dari pelita minyak tanah itu semakin lama semakin hilang dari pandangannya.

"Abang!!" Husna cuba memanggil beberapa kali tapi suaranya tidaklah sekuat mana.

Akhirnya dia ketinggalan seorang diri di perjalanan itu. Hutan di sekeliling diperhatinya, sedikit kelihatan walaupun sudah gelap.

Dengan lafaz basmallah, Husna perlahan-lahan mengikuti jejak kereta kuda tadi. Dengan harapan yang dia tak akan sesat.

~~~~~~~~~~~~~

Rumah kampung berasaskan kayu bermutu itu kelihatan. Harimau kumbangnya juga ada di tangga, menjaga rumah.

Shah memberhentikan kudanya dan berpaling. Kosong.

Keningnya mula bertautan. "Husna.. mana kau?"

Shah melihat ke belakang dan sekeliling kereta kuda, masih kosong..

Hatinya sudah tak enak, jantungnya mula berdegup tanpa ritma..

'Jangan kata...' dia berpaling semula pada laluan yang dilaluinya tadi.

Hutan.. gelap.. seorang diri..

'.. aku tinggalkan dia?'

Dalam kelam-kabut, si hitam dibuka ikatan talinya pada kereta kuda dan dia memanjat pantas.

Disentaknya sekuat hati tali itu mengundang larian laju kuda dominannya kembali ke dalam hutan..

Mencari si isteri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience