Husna berjalan-jalan beriringan dengan Tompok di sekitar kampung. Setiap yang melepasinya sudah tentu akan memandang padanya terpaku.
Sehingga dia pun naik segan tambah-tambah lagi apabila berhadapan dengan jejaka-jejaka kampung yang segelintirnya suka menyakat.
Tetapi dengan adanya Tompok bersama, tiada yang berani mendekati dirinya. Hanya senyuman dan lerekan pandangan saja yang menghantar susuk tubuh wanita itu pergi.
Semasa dia berjalan di sebuah kawasan perumahan, pandangan dibuang pada halaman-halaman rumah orang di kampung itu.
'Cantik.' tersenyum sendiri dia sambil memerhati sekeliling.
Halaman yang bersih disapu, bunga-bunga diatur cantik di sekitar sesetengah halaman rumah sangat disukainya.
Tetapi bukan semuanya begitu, mungkin saja bergantung pada sikap si empunya tubuh juga.
Dalam dia berjalan-jalan, kelihatan suatu pondok buluh di sebuah taman kecil tak jauh dari situ. Anak- anak gadis kampung duduk bergelak ketawa, berbual dan menganyam bersama.
Husna ingin berkenalan, tidak mahulah dia hanya seperti katak di bawah tempurung saja, tiada kawan dan tiada teman.
Dia mahu berdunia dengan warga sekitar juga. Husna berjalan mendekati mereka bersama Tompok di belakang.
"Assalamualaikum.. " diberikan salam mesra beserta senyuman semanis-manisnya.
Salam dijawab perlahan anak-anak gadis itu juga. walaupun sedikit terkejut. Terhenti segala bualan mereka dek kedatangan tak terduga wanita yang menjadi sebutan seluruh kampung itu.
"Nama saya Husna. Boleh saya sertai kamu semua?" sesopan mungkin dia cuba menyesuaikan diri dengan mereka.
"Y-Ya. Sudah tentu. Ma-marilah duduk." salah seorang dari mereka bertutur gagap. Gusar.
Empat orang wanita itu saling berpandangan sesama sendiri, tak tahu apa yang perlu dilakukan.
"Maaf kerana saya menganggu.. Saya baru saja di kampung ni. Nama kamu semua siapa ya?" Husna cuba memulakan perbualan ramah dengan mereka yang tampak kaku dan kekok dengan semuanya.
"Aku Anggerik. Ini adikku, Seri." wanita yang berkulit hitam manis di sebelahnya menjawab juga.
Adiknya yang hanya tua setahun itu juga turut diperkenalkan.
Bermulalah dari situ, hubungan mereka. Anggerik, Seri, Ifah dan Datul. Walaupun baru saja empat orang kenalannya, mereka amat membantunya dalam mengenali orang-orang kampung di situ.
Setelah berbual dan bergurau-senda bersama, mereka bersiar-siar di kawasan sekeliling.
Ditunjukkan juga pada Husna kawasan pinggir sungai yang menjadi tempat jual-beli para nelayan daripada laut dan juga tangkapan air tawar.
"Mari Husna, kita lihat-lihat di sana. Aku pun teringin nak cuci matalah " tangan Husna ditarik Ifah agar mengikutinya.
Seri, Anggerik dan Datul juga mengikuti daripada belakang.
"Mak Nah!" sergah Ifah apabila tiba di suatu gerai kecil di situ.
"Hish kau ni! Kau nak apa ke mari? Jika tiada apa-apa, pergi dari sini. Nanti habis lari semua pelanggan aku." balas Mak Nah, wanita yang sedikit gempal berusia sekitar akhir 40an bertutur sedikit kasar pada pendengaran Husna.
"Hahaha.. alah Mak Nah ni. Itupun nak marah-marah. Ini kawan baru kami, Husna namanya." Ifah menarik Husna yang sedikit terselindung dek tubuhnya ke hadapan, berkenalan.
"Assalamualaikum makcik. Sihat?" Husna menyapa sopan. Selendang yang terjatuh dari atas rambutnya ke bawah diperbetulkan semula ke atas.
Mak Nah yang malas melayan tadi menjeling sekilas ke arah Husna sebelum sedikit terkesima,
"Wa-waalaikumsalam.. sihat. Hei Ifah! Ini.. ini ke perempuan yang orang kampung sebut-sebutkan tu? Betulkah?" tanya Mak Nah sedikit kuat tiba-tiba kepada Ifah. Mengingikan kepastian.
Suaranya mula menarik perhatian orang-orang di sekeliling.
"Iye lah Mak Nah.. ingat Ifah tipu ke? Yang cantik rupawan tu yang ni lah. Ini Husna.. dia ni bukannye bunian macam apa yang orang kampung cakap.. dia orang biasa je. Kan?" Ifah mula menyebelahi Husna yang terkebil-kebil di sebelahnya.
"Ah ye makcik. Saya orang biase je. Bukan macam apa yang orang katakan." Husna berbicara lembut.
"Habis tu macam mana kau boleh ade di hutan belantara sana? Aku pun tak pernah nampak kau di sini sepanjang lebih 30 tahun aku hidup ni tau." Mak Nah bertanya musykil. Memandang ragu.
"Makcik.. tak baik menuduh begitu. Saya ni betul orang biasa saja. Saya hilang ingatan sewaktu dijumpai di hutan dulu. Mungkin saya daripada negeri luar, siapa tahu bukan? Tapi saya memang orang biasa saja.. percayalah." ujar Husna mempertahankan diri.
Husna mula meluat dengan kata-kata orang kampung yang selalu menganggapnya begitu.
'Tapi... aku biasa saja. Cantik sangatkah? Balik nanti.. aku akan cari cermin. Mereka semua ni rabun agaknya.' desis hatinya.
"Aku masih tak percaya kata kau. Suka hati kaulah nak kata apapun. Aku tak nak ade apa-apa masalah di sini. Baik kamu semua beredar sekarang.. aku sedang berniaga nih." tuturnya keras.
"Marilah kita pergi.." Husna menarik lengan baju Ifah. Tak selesa lagi di situ.
"Eh sebentarlah. Aku mahu beli kuih Mak Nah. Kau tunggu sekejap ye?" ujarnya pula.
Husna mengangguk dan sementara menunggu Ifah, Dia, Datul, Seri dan Anggerik berbual di tengah-tengah jalan gerai itu.
"Kak! Kak! Cuba kau lihat sana. Itu abang Rahman lah. eeee!" terkinja-kinja Seri memanggil kakaknya dan menunjuk ke arah pinggir sungai.
Kelihatan sebuah bot dihentikan di pinggir dan beberapa pemuda turun dari sana. Baru selesai menangkap ikan.
Secara tidak langsung Husna juga menoleh memandang ke arah yang dikatakan Seri.
"Kacakkan Kak abang yang tu..baju biru tu." Seri menunjukkan pada Husna lelaki tersebut apabila wanita itu berkerut melihat ke arah yang salah.
Rahman bertentang mata sebentar dengan Husna sebelum wanita itu mengalih pandangan pantas apabila sitangkap memerhati si jejaka.
"Dia biasa jelah.." Husna menjawab spontan.
"Hish akak ni! Kacak apa abang Rahman tu.. kan Kakak Tul." tanyanya pula pada Datul yang sedari tadi hanya mencuci pandangan saja ke arah sana.
"Ah ye.. kalau diikutkan dalam kampung ni abang Rahman lah diantara yang kacak.. tapi.." belum sempat dia berkata, Ifah yang sudah siap membeli memintas pantas.
"..tapi yang paling kacak dalam negeri ni mestilah Tuan Shah! Tambah-tambah lagi kalau Tuan Shah pakai baju istana dia.. haih. Boleh pengsan aku tahu?" tiba-tiba saja dia berdrama di situ. Teruja.
Husna mengerutkan dahi. 'Itu laki aku..' tak puas hati apabila suaminya dipuja-puja begitu. Tak suka!
"Ifah suka pada Tuan Shah?" Husna bertanya ala kadar pula.
"Suka! Tapi itulah.. garang sangat. Takut aku nak tegur. Hahaha.." ketawa mereka bergema di kawasan tersebut.
"Hmm tak mengapalah kalau begitu. Tapi jangan suka sangat, Tuan Shah tu suami saya." Husna bertutur selamba sebelum berjalan ke hadapan.
"Apa?!" suara mereka bersatu, terkejut.
Terhinjut bahu Husna dengan suara mereka. Dia menoleh sambil mengerutkan kening.
'Kenapa pulak ni?'
"Tu-Tuan Shah dah kahwin? Dengan kau? Kau isteri dia?" bertalu-talu soalan ditanyakan Ifah, terkejut tambah teruja. Sedikit kuat.
"Iye saya isteri dia.. awak nilah.. boleh tak awak jangan jerit-jerit macam ni? Orang pandanglah Ifah." tegur Husna lembut sambil memandang sekeliling.
Tiba-tiba,
"Mak Nah tak tahu pula kamu isteri Tuan Shah.. Kenapa tak bagitahu Mak Nah awal-awal? Wahh.. padanlah kau orang berdua. Bagai pinang dibelah dua, sesuai sangat." baik pula mood Mak Nah berbicara padanya.
Husna sekadar menayangkan senyuman beserta anggukan ringkas.
"Kamu sudah mahu pulang bukan? Tunggu sebentar. Biar Mak Nah bungkuskan kudap-kudap sedikit untuk kamu ya?" tanpa sempat Husna membalas, Mak Nah sudah beredar semula ke gerainya membungkus sedikit jualannya untuk diberikan kepada Husna.
Tetapi yang paling mengejutkan Husna apabila gerai-gerai di sekelilingnya juga begitu. Memberikan dia barangan dan juadah tanpa diminta mahupun dibayar.
Kedua tangannya menjijit, itupun apabila dibantu Datul dan juga Ifah. Terlalu banyak apabila semua memberinya sedikit, sedikit..
"Kenapa mereka berkelakuan begitu ya? Ada apa-apakah?" Tanya Husna semasa mereka berjalan bersama. Pulang ke rumah Husna.
Rakan-rakannya menolong mengangkat semua barangan dan makanan itu ke rumah.
"Suami kau tu orang penting negeri ni.. jadi tak hairanlah mereka murah hati begitu." Anggerik menjawab.
"Oooh.. saya pun tak pernah tahu pekerjaan Tuan Shah. Nantilah saya tanya pada dia." ujar Husna.
"Oh ye.. sebelum terlupa. Semua ini terlalu banyak, awak semua ambillah sedikit seorang ya.. kalau kami berdua saja di rumah ini, takut membazir pula." Husna mula mengagih semua barangan tadi dan turut diberikan kepada rakan-rakannya yang lain.
Selepas manjamu makanan dan minum petang, mereka pun pulang meninggalkan Husna bersendirian di rumah tersebut.
'Sekarang.. aku kene masak dinner pulak untuk abang.' desis hatinya sambil membawa barang basah ke dapur untuk dimasak.
Share this novel