12.

Fantasy Series 15969

"Ala.. abang nak ke mana esok? Takkan abang nak tinggalkan Una sorang-sorang?" rengek Husna manja malam itu selepas dimaklumkan padanya bahwa lelaki itu perlu ke timur negeri atas urusan pekerjaan.

"Kan aku kata.. malam aku pulanglah. Kau duduk saja di rumah." balas Shah menyampah.

Baju dibuka sebelum disangkutkan pada almari. Tanpa mempedulikan Husna di belakang dia melangkah ke katil sebelum menjatuhkan tubuh ke atas tilam. Malas melayan.

"Emm.. Una bosanlah duduk rumah sorang-sorang. Takde kawan.." adunya lagi.

Shah yang menelentang dirapatinya sebelum melabuhkan punggung di birai katil.

"Abang dengar tak ni? Abang!" bengang dengan reaksi beku Shah, tubuh itu digoncangnya sedikit kuat.

"Hmm.." rengus lelaki itu bengang. Kepala dialihkan membelakangi Husna.

'Ish! Tak jalan pon.. nak aku buat ape lagi ni?' desis hatinya.

Perlahan-lahan ideanya mula hadir. Husna merangkak perlahan-lahan ke arah tubuh Shah sebelum bertindih di atas belakang lelaki itu yang terdedah tak berbaju.

"Kalau abang nak pergi.. izinkan Una keluar boleh? Una nak tengok-tengok kawasan sekeliling.. Hari tu Una nampak tak jauh dari sini ade rumah-rumah jugak kan? Boleh tak Una pergi? Boleh kenal-kenal dengan jiran-jiran kan?"

Panjang lebar harapan gadis itu bertanya. Dengar saja permintaan Husna, Shah mengeluh berat.

"Hmmm." dia membenarkan juga akhirnya.

Husna mula dengan perangai menjengkelkannya lagi. Wajah Shah yang menyembam ke tilam katil dijenguk-jenguknya manja sambil bertanya..

"Be-betul ni? Abang benarkan? So Una boleh keluar jalan-jalan pergi mana-manapun lah? Begitu?" soalan demi soalan diutarakan Husna akibat terlalu teruja apabila dibenarkan bersiar-siar sendiri.

"Ye ye.. aku benarkan. Kau nak aku tarik balik kata-kata aku tadi ke?" soal Shah dingin seraya bangun mengejut.

Husna yang berada di belakangnya sedikit teranjak hingga hampir jatuh ke bawah. Tangan wanita itu ditarik Shah sedikit kuat hingga Husna rapat pada dadanya.

"Hati-hatilah." suara beku Shah kedengaran lagi di pendengaran Husna.

Sedikit memberontak manja, tangan yang masih memegang tangannya itu ditepis sedikit kasar.

"Sakitlah tangan Una.. Abang ni tak sayang Una betul." ujarnya sedih.

Bahagian tangannya yang ditarik Shah tadi diusap perlahan. Sakit apabila direntap begitu.

"Maaf.. mari. Biar aku lihat." Shah rasa bersalah, tangan Husna cuba diraihnya lembut walaupun pada mulanya Husna memberontak tak mahu.

"Sakit?" diurut lembut tangan itu bagai mampu menghilangkan rasa sakit.

Husna mengangguk dengan bibir tercebik. Merajuk.

Tiba-tiba tangan kasar itu mengangkat dagunya agar mereka bertatapan.

"Kau marahkan aku lagi?" suara garau itu menyesakkan Husna.

"Am tak tak tak.. Una tak marah pun." tertunduk Husna sambil menggeleng pantas.

Mata mereka bertentangan seketika sebelum pantas saja dilarikan Husna. Blushing.

"Hmm.. Aku benarkan kau keluar ke mana-mana esok.. tapi, jangan jauh sangat. Nanti kau sesat pula, menyusahkan aku." ujar Shah dingin lagi, cuba menutup topik tadi.

"Alright.. Una janji tak pergi jauh-jauh." ucap Husna manja sebelum berura-ura menarik lengan Shah agar berbaring.

"Cepatlah bum.. kata esok awal pagi nak kene pergi kan? Abang kenelah tidur awal-awal.. mari." panggilnya malu-malu tetapi mahu juga!

Bantal yang sama dengannya ditepuk di tepi bagai menggamit anak kacil saja lagaknya agar Shah berbaring di situ walaupun bantal lelak itu sudah ada di sebelah.

"Tepi sikit." peha Husna yang tidur mengiring itu ditolaknya sedikit sebelum tidur di bantalnya, membelakangi si isteri.

"Aik? Abang... orang suruh tidur sinilah.. meh la.." bengang tak mendapat respond positif si suami, ditarik-tariknya bahu Shah yang sudah tidur mengiring itu dari belakang.

'Orang nak manja-manja, dia boleh tidur je? Hish!' gumam hatinya.

"Oo.. taknak ek? Okay. Abang yang minta. Iyyah!" sekelip mata, Husna menukar posisi ke sebelah Shah pula, berhadapan lelaki itu.

"Husna.." Shah bingkas membuka mata, wajah nakal Husna sudah tersengih-sengih memandangnya manja.

Dia mengeluh perlahan, kalah, sebelum menarik wanita itu agar tidur di atas bantal yang sama dengannya.

"Sini kau. Tidur, jangan bising.. kalau tak kau tidur di luar nanti." ugutnya. Mata lelaki itu sudah tertutup rapat.

Husna mengangguk pantas, gembira dengan kedudukan rapat mereka. Sukanya!

Kepala di atas bantal diangkat sebelum menarik tangan Shah agar berlunjur. Shah ingin marah tetapi apabila terpandangkan wajah suka Husna yang mula tidur pada lengannya, dia kembali memejamkan mata agar tidak bertentang mata dengan mata bundar itu.

Sebelah tangan Husna di tengah antara mereka naik melukis sesuatu pada dada Shah yang terdedah manakala sebelah lagi mula merangkul badan si lelaki.

Suka dia mengusik lelaki itu.

"Husna..." panggilan keras daripada Shah membuatkan Husna ketawa kecil.

"Sorry sorrry abang.." bisiknya perlahan dengan sisa ketawanya.

Tubuh Shah dipeluknya sebelum menyembamkan wajah pada celah leher lelaki itu. Wangi..

Haruman maskulin itu yang selalu menemani tidurnya sepanjang menjadi isteri kepada lelaki beku ini. Dia sukakannya..

Setelah mendengar dengkuran halus si isteri di sisi, Shah mengalihkan tangannya. Memeluk tubuh langsing itu sambil mengucup-ngucup dahi Husna lembut.

Itulah rutin hariannya setelah gadis itu tidur. Rahsia..

"Sleep well Una."

~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience