3.

Fantasy Series 15969

"Kak Husna.. buat apa di sini seorang diri. Mak risau tahu." Fatimah menegur Husna yang melepak di kawasan air terjun yang kecil.

Wanita yang duduk di atas batu itu didekatinya dan duduk bersama. Memerhati hutan di hadapan mereka.

"Akak.. nak tahu akak dari mana. Waktu akak bangun haritu.. akak dekat dengan kawasan air terjun dekat dalam hutan sana. Tapi akak tak dapat ingat apa-apapun."

Husna meluahkan perasaan pada Fatimah sebelum mengeluh berat. Di hujung aliran air terjun kecil itulah punya batu-batu air terjun sewaktu dia terbangun dulu. Bagaikan ada tarikan yang kuat pada kawasan tersebut..

"Am.. kak. Timah nak tanya boleh? Harap akak tak kisah.." Fatimah, gadis yang agak gempal berkulit sawa matang itu bertanya hati-hati.

"Boleh.. cakaplah." Husna tersenyum manis padanya sebelum kembali membuang pandangan pada kehijauan hutan.

"Macam mana.. am.. macam mana nak jadi cantik macam akak ye?" soalan itu mengundang ketawa kecil Husna. Fatimah disebelahnya ditampar lembut lengan itu.

"Ada-adalah kamu ni. Bila mase pulak akak cantik.. biase-biase jela." Ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.

"Ish akak ni. Betullah.. Timah rasa, akak lagi cantik daripada mana-mana wanita pun di kampung ni, dayang-dayang istana pun kalah tahu? Itu belum lagi jika dibandingkan dengan Tuanku Puteri-Puteri, memang akak cantik sangat!"

Fatimah melalut teruja. Husna hanya mampu tersenyum, tidak mahu terlalu membangga diri.

Teringat juga kisah-kisah yang telah diberitahu Mak Dah dan Tok Ketua padanya mengenai keadaan pada ketika itu.

Mereka diperintah seorang raja yang tamak dan tegas. Bagindalah yang mentadbir dan mengawasi aktiviti perdagangan di kawasan pantai di sepanjang negeri itu.

Dibawahnya juga punya pembesar-pembesar yang tinggal berdekatan istana, di bawahnya punya ketua-ketua lain yang akan mengawasi daerah dan dibawahnya pula barulah tok ketua bagi setiap kampung-kampung.

Dan Tok Janggut adalah Tok ketua bagi Kampung yang diduduki mereka.

Husna dan Fatimah berbual mengenai banyak perkara dan Fatimah mendapati Husna seorang yang amat berpengetahuan.

Gadis itu juga pandai memasak dan punya gaya yang tampak moden. Setiap gaya wanita itu tampak amat cantik dan menarik pada pandangan matanya.

Tiba-tiba Fatimah teringatkan sesuatu..

"Aduh akak! Timah lupalah.. Tadi mak panggil balik. Katanya ada orang mahu bertemu akak. Mari kita pulang sekarang kak. Cepat!."

Kalut. Fatimah turun dari batu dan membantu Husna yang terkial-kial. Mereka berlari anak sambil berpegangan tangan ke rumah sambil ketawa mengenangkan kecuaian Fatimah.

Entah berapa lama mereka berbual.. haha. Sian Mak Dah dan tetamu menunggu.

~~~~~~~~~~~~

Husna sudah berasa tak sedap hati dengan kedatangan keluarga itu. Di hadapannya kini ada dua orang lelaki dan seorang wanita.

Mereka membawa hajat mahu menikahkan Husna dengan anak teruna mereka, Kamal.

Husna ingat lagi wajah lelaki ini, dia inilah yang terserempak dengannya semasa dia menemani Mak Dah dan Fatimah mengutip pucuk-pucuk pakis di hutan.

'Tak kan cinta pandang pertama kot.' Husna tayangkan senyuman kelat.

Mereka berbual sebentar sebelum Husna menolak baik lamaran itu dengan alasan dia tak bersedia lagi dan lelaki itu bukan pilihannya.

Semejak peristiwa orang luar menjumpainya di rumah Tok ketua, ramai para jejaka ke sana untuk melihat gadis yang dikatakan lebih menawan dari para Puteri di istana.

Husna selalu diganggu setiap kali dia melangkah keluar dari rumah. Menyidai baju mahupun membantu apa yang patut. Pasti ada saja lelaki-lelaki yang mahu mencuba untuk berkenalan dengannya.

Hinggakan Tok Ketua tak membenarkan Husna keluar dari rumah. Bimbang akan keselamatan gadis polos itu.

Kini sudah 5 hari dia tinggal di sana. Tok Ketua sekeluarga juga tak kisahkan hal itu. Senang menerima kedatangan Husna dalam keluarga mereka.

~~~~~~~~~~~~

Malam,

Husna mandi di bahagian mandian di luar rumah, hanya beberapa langkah dari dapur rumah ke luar saja. Pagar daripada daun nipah yang ditindih agak tinggi itu menjadi dinding kawasan mandian keluarga Tok Ketua.

Selalunya dia tak mandi malam-malam begini, tapi disebabkan berpeluh dan kotor membantu menghidupkan kayu api untuk masak makan malam tadi, dia perlu mandi semula.

Suatu tanglung berisi api pelita minyak tanah itu disangkutkan pada batang kayu yang sedia ada.

Bekas air yang diikat pada tali dicampakkan ke dalam telaga, mengambil air untuk mandi.

Dia sana tiada sabun, tiada berus gigi mahupun ubat gigi.. Husna ingat semua hal itu.

Tapi dia hanya diamkan. Bunga-bunga hutan yang punya wangian dan kayu sugi mula menjadi kegunaan hariannya. Lidah buaya pula digunakan sesekali jika jerawat timbul di wajahnya.

Baru saja bekas air di angkat, Husna berpaling ke belakang. Memerhati sekeliling.

Masih tak biasa dengan keadaan itu. Dia perlu berhati-hati. Apabila yakin tiada orang di sekeliling, Husna berpaling semula.

'Siapa je yang ada malam-malam macam ni.. perasaan aku je kot.'

Dia mahu mandi kembali, kain sarung di tubuh diperbetulkan ikatannya agar tak terloros apabila disiram air nanti.

Sesekali bahu putih dan leher jinjangnya yang terdedah diurut perlahan..

Tanpa sedar ada mata-mata yang memerhati tingkahnya.

"Makan besarlah kita Zam.." Lan berkata berbisik pada Zam dan Fuad di sebelahnya.

"Kau selesaikan dia." Lan sebagai ketua mengarahkan Fuad pula.

Lelaki berkepala botak itu mengangguk sebelum menceroboh mudah kawasan itu. Mendekati si gadis perawan.

Pandangan dibuang liar ke serata tubuh Husna yang jelas amat mengiurkan syahwat jantannya.

Dada ranum terbentuk dengan pinggul yang ideal, urghhhh.. kulitnya pula putih melepak ditambah lagi dengan sanggulan ayu rambut lurus itu mendedahkan leher si wanita.

Fuad menoleh pada rakan-rakannya sambil tersengih sebelum dengan kuatnya, kain yang agak tebal di tangan ditekupkan pada mulut Husna.

Wanita itu panik dan mula meronta dan cuba menjerit sekuat hati. Tapi hanya erangan kecil saja yang didengari.

Tubuh itu terangakat apabila Fuad menyeretnya pergi.. jauh ke dalam hutan diikuti si rakan-rakan setan.

Apabila yakin sudah agak jauh, Husna ditolaknya ke lantai hutan dan wanita itu berdesih kesakitan. Badan diseretkan menjauhi lelaki-lelaki di hadapannya sehinggalah dia melanggar satu akar banir sebuah pokok besar.

Mengepungnya.

Kegelapan malam tak membolehkan dia melihat wajah-wajah yang ada. Gelap! Hanya susuk tubuh saja yang kelihatan.

"Aku rasa dia dulu." Lan sudah galak membuka baju di tubuhnya. Kain yang diikat di kepala juga ditanggalkan sebelum mendekati Husna.

"Apa kau ni? Aku yang ambil dia.. jadi aku dulu." Fuad menarik bahu Lan ke belakang sebelum dia juga melangkah mendekati Husna.

"Hei! Kau jangan macam-macam! Ini semua rancangan aku! Jadi aku dulu!" Sial-sialan berdua itu bergaduh sesama-sendiri.

Zam hanya tergeleng dengan sengihan kecil pada ulas bibirnya tapi tidak setelah suatu kelibat kelihatan.

"We.. kau orang! Berhenti bergaduh bodoh!" melihat paniknya Zam, Fuad dan Lan beralih pandang ke arah lelaki itu.

Tak semena-mena, satu ngauman agresif kedengaran betul-betul bersebelah akar kayu Husna.

Seekor harimau hitam lebih kurang 120paun melompat garang keluar dari kegelapan malam.

Terkejut dan takut yang amat, Husna menekupkan kepala pada kedua belah kaki yang dipeluk kuat seraya terjerit kecil dengan apa yang berlaku di hadapannya.

Zam, Fuad dan Lan berlari tak cukup tanah, melewati ketebalan hutan sepantas yang mungkin kerana mereka tahu, harimau kumbang itu kepunyaan seseorang.

Dia.

Sedang Husna menangis ketakutan, seseorang menyentuh bahunya,

"Arhhh!! Jangan apa-apakan saya!!" tangan kasar pada kulit tubuhnya itu ditepis kasar dan Husna mula menjerit sekuat hati.

Bagaikan takut yang amat Husna meronta sehinggalah, suara dingin seseorang menyapa pendengarannya..

"Husna.. ni aku."

Kenal dengan suara yang sudah lama tak menyapa telinganya itu, Husna mengangkat kepala.

Entah mengapa, cahaya bulan terang pula menembusi atap hutan, menyinari wajah si jejaka dingin.

"Tu..tuan!" tak berfikir lama, Husna memeluknya. Erat.

Entah dari mana datangnya lelaki ini, dia tak mahu ambil tahu.

Sungguh segalanya amat menakutkan dia, diculik ke dalam hutan.. hampir dirogol.. ditambah lagi dengan harimau tadi.

Dia penat.. takut.

Lelaki itu hanya diam tanpa berbicara apa-apa, membiarkan Husna menghamburkan tangisan di dadanya.

Apabila gadis itu cukup tenang, tanpa amaran, tubuh langsing itu dicempngnya lembut sebelum bersiul kecil.

Husna yang merangkul leher si jejaka menoleh apabila kedengaran rengusan kasar dan tapak kaki yang berlari ke arah mereka.

Kuda lelaki ni..

Dengan memegang Husna erat, dia dengan mudah menaiki kuda padi hitam berotot itu. Husna sudah panik apabila badan si hitam mula bergerak-gerak di bawah pinggulnya.

"Bertenang.. aku ada." Husna memaling melihat wajah tak berperasaan si pengawal sekilas sebelum kedua kakinya yang terbuka, mengangkangi kuda diperbetulkan ke tepi.

Risau akan ketidakseimbangan, Husna memegang erat pakaian si lelaki yang disandarnya agar tidak jatuh apabila si hitam mula berjalan keluar dari hutan.

"Kau selalu diganggu di sini?" setelah hampir 5minit berdiam diri dan hanya ditemani bunyi-bunyian hutan, si pengawal bertanya.

"Hmm.. selalu." Husna rasakan intornasinya tak kena. Bagaikan mengadu manja saja dengan anggukan kecil.

Ah lantaklah! Penat nih..

"Hmmm." Umar Shah mengangguk. Husna pula mengangkat wajah melihat si jejaka tampan di atasnya.

Sebelah tangan yang melingkari pinggangnya saat ini dirasakan hangat dengan haba.. mendamaikannnya apabila disentuh.

Dia tak berasa terancam dengan kehadiran dan sentuhan si pengawal, tapi lebih kepada... selamat dan perasaan dilindungi.

"Aku boleh selesaikan masalah kau.." kata-kata si jejaka menyedarkan Husna dari lamunan angannya.

Kening yang cantik terbentuk itu terangkat bertanya. "Macam mana tu?" tanyanya polos.

Umar Shah menarik nafas dan menghembusnya berat sebelum menunduk, menatap wajah polos Husna yang menatapnya ingin tahu.

"Kau nikah je dengan aku. Aku akan jagakan kau di sini." tuturnya beku. Perasaan pada wajah itu tak dapat dibaca Husna.

"Huh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience