"Haish..mana pula perempuan ni pergi? Menyusahkan aku betul." gumam Shah sendirian.
Sudah jauh dia mencari Husna di hutan hampir ke petang. Jadi dia membuat keputusan untuk menjejak saja wanita itu.
Shah menukar pakaiannya di rumah sebelum menunggung kudanya diiringi dua ekor anjing peliharaannya yang akan mengesan bauan wanita itu.
'Bila aku jumpa kau nanti.. siaplah.'
~~~~~~~~~~~~~~~
"Uwah.." kagum Husna memandang ke luar tirai apabila kawasan memasuki perkarangan diraja tersebut.
Segalanya tersusun dan dipenuhi taman berbunga. Para pengawal menunduk sewaktu pengiring-pengiring yang bersama Yuzuf dan Husna melintas.
Leka dia memandang sekeliling, tanpa sedar jejaka di hadapannya itu sedang menatapnya dengan senyuman.
"Husna.." panggilnya sekali.
"Hmm?" Husna pantas menoleh menghadap Yuzuf. Polos.
"Kamu asal dari mana sebenarnya? Kamu tinggal di mana sekarang? Bersama siapa?" tanya Yuzuf teruja. Ingin tahu.
'Dah kenapa pula dia ni nak tahu semua bende pasal aku? Hishh.. tak kan syok kat aku kot? Aduhhh..' berkerut kening Husna menatap Yuzuf was-was.
"Am.. sa-saya tak ingat apa-apa tentang diri saya. Saya pun tak tahu saya tinggal dekat mana. Saya cuma tinggal dengan abang je." jawab Husna lagi. Naif.
"Hmm begitu.. Mesti abang kamu risau. Tak mengapalah, rawat diri kamu dulu.. barulah beta bawa Husna pulang ya?" lemah-lembut saja bicara Yuzuf padanya.
Husna tak keruan, sengihan kekok diberikan membalas kata-kata Yuzuf berserta anggukan kecil.
"Kita sudah sampai sekarang. Mari turun." tersenyum lembut lelaki itu padanya sebelum cuba membantu Husna.
"Eh tak perlu tak perlu. Saya boleh turun sendiri." Husna membalas perlahan dengan senyuman nipis. Tak selesa dengan kelakuan dan layanan terlebih mesra lelaki itu.
"Baiklah. Mari..masuk ke dalam." pelawa Yuzuf lagi apabila Husna kelihatan ragu-ragu mengikutinya.
Dengan perlahan, wanita itu mengikuti belakang tubuh Yuzuf dengan memandang sekeliling, jakun.
Suatu bilik besar berhias dimasuki mereka setelah melalui koridor dan taman-taman indah yang beserta beberapa orang pengawal yang berjaga.
"Ini kamar kamu. Berehatlah dulu. Beta akan sediakan segala yang patut untuk Husna." pamitnya dulu.
"Ah ye..terima kasih am.."
"Yuzuf.. beta Yuzuf. Tuanku pangeran putera kedua negeri ini." bilangnya lagi dengan senyuman manis sebelum mempamit, melangkah keluar.
Pintu ditutup dua orang pengawal di luar.
Husna sudah terkedu. 'Alamak.. putera raja mana pulak ni?'
'Haishh.. lembapnya kau Una. Takkan itu pun kau tak sedar? Dah sah-sah orang-orang tadi panggil dia tuanku, dia pun gelarkan diri dia beta.. ala! Masalah apa pulak ni?' gumamnya perlahan.
Pintu tadi dirapati sebelum cuba membukanya. Aik?
Sedikit bergegar Pintu itu dibuat Husna, masih tak terbuka.
"Ada sesiapa di luar? Hei! Bukalah!" Pintu diketuk beberapa kali. Sunyi...
'Tak kan dia kurung aku kot? Haishhhh..jangan macam-macamlah.' bercekak pinggang Husna di hadapan pintu kayu itu.
Sakit di kakinya hilang memikirkan apa yang bakal menimpanya kini pula. Terhulu-hilir kaki berjalan sekeliling bilik sambil otak ligat berfikir cara melepaskan diri dari sebarang kemungkinan.
'Hish.. tu la kau. Sape suruh ikut diorang? Kan dah susah..' punggung dihempaskan kasar ke atas katil.
"Mesti abang tengah cari aku... haih. jangan dia marah cukuplah." omelnya lagi sambil merenung jendela yang terbuka luas.
Mahu lompat? Sudahlah agak tinggi.. para pengawal juga ramai di bawah. Husna buntu.
Tak lama selepas itu, dua orang wanita bersanggul kemas dan berpakaian kebaya serupa memasuki kamarnya.
Kaki dan tangannya dirawat dan Husna diminta untuk membersihkan diri dulu. Dengan was-was, dituruti juga permintaan tersebut.
Pakaian lamanya diganti dengan suatu pakaian tradisional yang sedikit mewah. Cantik.
Rambut panjangnya disikat lembut oleh dayang-dayang dan mereka berbual sesekali, cukup untuk menenangkan Husna sebentar.
"Dahlia.. sebenarnya bila saya boleh pulang ya? Saya tak sukalah tinggal di sini. Lagipun tuanku Yuzuf kata saya boleh pulang selepas dirawat." ujar Husna pada salah seorang dayang tersebut.
Kedua orang itu memandang sesama sendiri, bagai tak faham dengan apa yang dibicarakan Husna sebelum Dahlia berkata,
"Patik pun tak pasti Puan. Tapi.. tuanku bilang tuanku mahu membawa puan bertemu tuanku raja dan tuanku permaisuri selepas ini untuk santapan." Dahlia memberitahunya pula, penuh sopan.
"Ha?! Jadi si Yuzuf tu nak bawa saya jumpa mak ayah dia la?" tanya Husna lagi. Terkejut.
"Iye.. sebabnya, Dahlia tak pasti puan." jawabnya lagi ragu-ragu, kesian pula melihat wajah mendung si puan muda yang memuncung.
"Hmm.. perlu ke? Apa kata awak berdua tolong saya larikan diri? Boleh tak...?" meleret suara Husna memujuk sambil menarik perlahan lengan baju kedua dayang tersebut. Meminta pertolongan.
Kedua mereka saling bertentangan mata sebelum menggeleng pantas.
"Maaf puan tapi kami tak boleh. Jika tidak, kami pula yang akan terima padahnya." Sue menjawab sopan pula.
Husna mengeluh berat sebelum terpaksa menghadiri santapan dan istirehat bersama Yuzuf dan ibu bapanya.
Dia diiringi dua orang dayang tersebut ke suatu kawasan terbuka yang siap dihidangi santapan mewah.
Daging, buah-buahan dan pelbagai hidangan disediakan bersama.
Husna teragak-agak mahu menghampiri apabila melihatkan Yuzuf, seorang lelaki sekitar 50an dan juga wanita sebaya yang sama berpakaian cantik dan mewah di sana.
Si wanita perasankan kehadiran Husna dan memberitahu Yuzuf, lelaki itu berpaling dan terus tersenyum padanya. Kaki pantas dihampiri pada Husna.
"Cantik sangat Husna dalam pakaian ini.." puji lelaki itu lembut. Atas bawah ditiliknya wanita yang berkebaya itu.
Sangat ayu dan bertambah menawan dengan paras rupanya yang sedia kala cantik.
"Mari.. ayahnda dan bonda sudah tunggu di dalam. Mari." ajaknya lagi, sopan.
Perasan dengan ketidaksenangan Husna dengan pandangannya, pantas saja Yuzuf menukar topik.
Husna mengangguk dan mengikuti Yuzuf bertemu sultan dan isteri. Kekok dibuatnya kerana dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan semasa menghadap mereka.
Hanya senyuman dan sedikit tunduk hormat diberi, penghilang kekekokkan.
"Ayahnda.. bonda.. inilah wanita yang anaknda katakan. Husna." Yuzuf mula memperkenalkannya.
"Cantik sungguh kamu anak.. mari duduk sini bersama bonda." ruangan kosong di sebelah Sultanah Hayah ditepuknya perlahan, mengamit si dara dengan senyuman mesra.
Mereka sekeluarga berbual bersama sambil menjamah santapan. Sesekali pandangan Yusuf yang meleret pada Husna membuatkan dia tak selesa.
Tambahan lagi dengan pertanyaan dan selitan gurau senda dan usikan Tn. Sultan Malik dan isteri tentang dia dan Yuzuf, sedikit-sebanyak menggusarkan hatinya.
"Maaf tuanku.. tapi, selepas ni.. boleh tak saya balik?" tanyanya ragu-ragu.
Senyuman Tuanku Hayah tadi mula mengendur sambil terus memandangnya.
"Tapi mengapa? Kamu perlu pulang? Bonda fikirkan kamu akan tinggal di sini terus, jadi iste-" tak habis kata-katanya, seorang pengawal istana datang menghadap.
"Ampun tuanku. Patik membawa arahan, Tuan Shah mahu masuk menghadap." seorang lelaki sedikit menunduk sambil berkata-kata sopan.
"Hmm.. Mengapa tuan Shah datang ke mari? Setahu ayahnda, ayahnda tiada apa-apa urusan dengannya.. Anaknda pula?" Sultan Malik bertanya pula kepada si anak.
Mendapat gelengan dari Yuzuf, Sultan Malik bertanya kembali kepada di pengawal yang masih menghadap.
"Ada apa urusan Tuan Shah ke mari ya? Kamu tahu?" soalnya serius, sedikit terganggu makan minumnya bersama keluarga dan tetamu istimewa mereka.
"Patik tak pasti tuanku.. tapi bilang Tuan Shah, jika tuanku tak membenarkan.. dia sendiri akan masuk ke dalam." balasnya takut-takut, pandangan cuba dilarikan daripada bertentangan dengan semua mata yang memandangnya.
Wajah Sultan dan si anak mula sedikit gusar dan tertekan mendengarkan bicara itu.
Siapa saja yang tidak kenal mengenai pengawal khas diraja dan juga laksamana negeri tersebut. Sebut sahaja namanya, semua mengenali.
Lelaki yang bijak dalam diamnya, pandai bertutur pelbagai bahasa pedagang dan mahir berlawan. Dia adalah pelindung negeri itu.
Cuma.. satu kekurangan pada Shah, lelaki itu degil, tidak mampu dibawa tolak ansur. Jika hitam pilihannya, maka putih tiada gunanya.
Husna yang memerhati perbualan mereka pula cuba menyampuk, ingin memberitahu berkenaan tuan Shah apabila suasana dirasakan sedikit tegang tiba-tiba.
Dan waktu itulah kelibat si jejaka memasuki ruangan kayu jati itu tanpa kebenaran dan menghadap mereka dingin.
"Ampun tuanku.." suara Shah mendiamkan semua yang ada.
Husna pula bagaikan terenjat sebentar, kaget. Membulat matanya memandang ke arah Shah yang berpakaian lain. Sedikit berbeza daripada biasa.
"Ada apa yang tuan Shah mahukan? Ada sesuatu berlaku?" ujar Sultan Malik was-was.
"Tidak tuanku. Pertama sekali, maafkan aku kerana menganggu santapan tuanku sekeluarga.. tetapi," pandangan matanya terus menikam pada sepasang mata bundar si isteri pula.
"..aku mahu mengambil isteriku dan bawanya pulang bersama." kata-kata Shah menyentakkan semua yang ada.
Mata-mata mula memandang ke arah Husna pula, silih ganti bersama Shah yang hanya tampak selamba.
"Ka-kamu sudah bernikah?" tanya Sultanah Hayah.
"Iye..." sengihan comel diberikan, kekok.
Husna tersempit di situ, semua mata memandangnya tidak percaya membuatkan dia tertunduk diam. Tak tahu mahu berkata apa lagi.
"Husna.. mari pulang." suara dingin Shah kedengaran lagi.
Tanpa meminta kebenaran raja, Shah mengarah. Tegas.
Terkebil-kebil Husna pada mulanya dan dia bangun perlahan-lahan dan bergerak ke arah Shah. Dapat dia lihat wajah Yuzuf yang tertekan di sebelahnya tadi.
Wajah cemberut Shah yang semakin didekatinya ditatap bersalah, tetapi sesuatu yang tak dia jangkakan berlaku.
"Kau buat aku risau Una." suara dingin itu berbisik pada telinganya setelah dia ditarik sedikit kasar pada awalnya.
Sebelah tangan kasar itu sudah mula melingkari pinggangnya dan ditarik rapat ke tubuh, sedikit lagi mahu bersatu.
Glup!
"Maaf atas kebiadapan aku. Aku minta diri Tuanku." tanpa sedikitpun menunduk, pinggang yang dilingkarinya tadi ditarik Shah agar berjalan mengikuti langkahnya.
Tercengang Husna apabila si suami melayan keluarga diraja begitu. Tak percaya. Wajah beku itu ditatapnya polos.
"Apa kau pandang? Siap kau balik nanti." perasan dengan pandangan Husna padanya, Shah membalas sedikit kasar.
"Abang nak buat apa balik nanti?" soalnya polos lagi. Naif!
"Haih kau ni.. aku nak buat.. benda yang aku nak la. Faham?" dahi Husna dijentiknya perlahan sebelum membantu wanita itu menaiki kudanya.
Tanpa mempedulikan soalan dan rengekan si isteri, dia punya hukumannya yang tersendiri untuk mengajar Husna.
'Mungkin perkara ni takkan berlaku lagi lepas ni..' tersenyum nipis dia sendirian.
Husna di dalam pegangannya di hadapan dada ketika menunggang kuda diperhatinya sesekali.
'Budak nakal.'
Share this novel