11.

Fantasy Series 15969

"Abang.. Una janji tak buat lagi.. Una sejuk.." rengeknya lagi entah yang ke berapa kali.

Wajah kasihan ditayangkan memohon simpati si tuan yang leka mengasah kerisnya tak jauh dari situ.

Shah mengerling sekilas pada si isteri buat sekian kalinya sebelum kembali sibuk dengan kerjanya. Mengabaikan bicara Husna.

Wanita itu perlu diberi pengajaran di atas perbuatannya.

"Una nak balik.. sejuk sangat ni.." adunya lagi.

Sudah hampir setengah jam dia perlu berdiri di tengah-tengah air terjun cetek itu. Berendam kaki di dalam air sejuk hutan.

Melihatkan tiada reaksi dari Shah, tubir matanya mula memanas. Husna mengesat air matanya dari tumpah sementara sebelah tangan menggenggam kain batiknya separas lutut agar tidak basah dek air di kaki.

Tersembik-sembik wajah itu cuba ditahan agar tak terlalu kelihatan sangat yang dia sedang menahan tangis. Sesekali terlepas juga esak tangisnya di pendengaran Shah.

'Nasib kau lah tak dengar kata aku.. tahanlah sejuk air tu.. biar sedar diri sikit.' desis hati tegasnya.

Bunyian sendu kecil comel itu menarik pendengaran Shah lagi. Urgh..

Dia mengeluh perlahan sebelum mengalih pandangan, melihat keadaan wanita itu.

Husna yang sedang meratapi nasibnya, menunduk sambil menggosok sesekali matanya perlahan dengan sebelah tangan.

'Tak boleh tak boleh.. sejak bila kau jadi lemah ni Shah? Kau kene tegas sikit, baru dia dengar kata kau.' desis hati kecilnya.

'Eh.. tak boleh juga. Kalau dia jatuh sakit nanti macam mana pula?' tergeleng-geleng dia sendirian sebelum membuat keputusan.

Shah mengeluh perlahan sebelum menyentengkan kaki seluarnya ke atas, merapati si gadis.

Husna yang leka menunduk, meratapi nasibnya tadi mula mendongak apabila derapan kaki di dalam air di hadapannya menarik perhatian.

"Ab-abang.. Una minta maaf.. Nak keluar." rengeknya sedih. Tersembik-sembik wajah pucat yang mula kemerahan akibat menangis itu menatapnya naif.

"Kau nak lari lagi dari aku?" tanya Shah sedikit sinis.

Jarak dia dan Husna hanya beberapa langkah lagi. Sengaja dia berhenti agak jauh.

"Tak.. tak.. Una janji tak buat lagi.. Please abang. Am cold." ujar Husna perlahan sambil menggeleng.

Dia berura-ura mahu mendekati Shah, tetapi wajah dingin itu membantutkan pergerakkannya, tak berani.

"Good." Shah mula menghampiri Husna sebelum mengesat lembut pipi basah itu dengan jari kasarnya.

"Sudah. Jangan kau menangis lagi. Aku tak mahu lihat air mata kau. Faham?" ujar Shah lembut, perlahan saja.

Rambut Husna yang sedikit terkeluar dari sanggulnya diselit di belakang telinga sebelum mengelus lembut pipi mulus itu.

Terangguk-angguk manja Husna dengan layanan Shah. Tanpa segan-silu, sebelah tangan diangkat sedikit cuba menggapai batang leher si jejaka, minta didukung.

"Una sejuk.. nak balik." pintanya pula.

"Kau jangan mahu mengada.." wajah Shah sedikit berkerut bagaikan mahu marah saja membuatkan Husna perlahan-lahan membatalkan niatnya.

Kepala menunduk apabila Shah merenungnya tajam, kepala dianggukkan juga tanda memahami.

Tanpa sepatah kata, dia berjalan melepasi Shah. Tak betah berlama-lamaan di dalam air itu. Sejuk yang amat.

"Ish!" dengus Shah kasar apabila Husna seperti merajuk dengannya.

Sebelah tangan mula menarik lengan si isteri sebelum tubuh itu didukungnya, keluar dari air.

Wajah Husna masih kekal mencuka, protes. Asyik dia saja yang perlu mengalah, kini biarlah si suami pula yang perlu memujuknya. Padan muka!

"Pakai." terompah dihulurkan ke kaki Husna setelah gadis itu diletakkannya di atas sebuah batu.

Husna memakainya tanpa perasaan dan sedikitpun tidak memandang ke arah Shah yang memerhatu lagatnya tajam.

"Sudah? Mari balik.." Shah malas melayan. Lagipula dia manalah tahu memujuk rayu orang.

Permukaan kulit di atas kuda diperbetulkan kedudukannya dahulu sebelum berpaling ke belakang.

"Kau buat apa tu? Ke mari lekas. Kata mahu pulang?" Shah menegur Husna yang masih berdiri di tempatnya tadi.

"Taknak naik." ujarnya perlahan.

Pandangan mata dingin Shah dibalas berani dengan wajah mencuka.

"Habis itu kau mahu pulang dengan apa? Jalan kaki? Kau jangan menyesal nanti." balas Shah sinis.

"Tak.. Orang tak akan menyesal pun. Cepatlah, tadi kata nak balik." ajuk Husna pula. Dia mula berjalan ke laluan pulang tanpa lagi mempedulikan Shah di belakang.

'Haish budak ni.. ade-ade jela..malas aku nak layan.' desis hatinya melihat rajuk si isteri sambil tergeleng-geleng.

Kuda dinaikinya sebelum pantas mengejar langkah Husna. Tubuh itu mudah saja ditariknya ke atas, terus duduk mengiring di atas kuda.

"Ee.. apa ni?! Orang nak jalan kaki la" bentak Husna perlahan. Tak suka!

"Kau kenapa sebenarnya ini? Tak suka dengan aku? Begitu?" tanya Shah perlahan, tak mahu bergaduh sepanjang perjalanan.

Diam. Husna tak membalas apa-apa. Pandangan dibuang ke kehijauan hutan di sekeliling. Tak peduli.

Shah mula mengeluh perlahan sebelum menarik tali di leher si hitam agar berhenti. Husna diperbetulkan kedudukannya di atas kuda sebelum dia turun.

Kaget wanita itu apabila ditinggalkan sendirian di atas. Wajah Shah kalut dicari.

"Aku tak akan paksa kau kalau kau tak suka. Kau duduklah di atas, aku akan berjalan kaki saja." ujar Shah tanpa memandangnya.

Tali kuda ditarinya agar berjalan beriringan dengan langkahnya. Husna pula mula berasa bersalah dengan keadaan mereka

'Aku merajuk bukan nak pujuk.. dia buat aku rasa bersalah pulak adelah. Hish!' geram dirinya seorang diri.

"Abang......" panggilnya meleret.

Shah mengangkat muka, memandang Husna yang memuncung bibirnya.

"Kenapa?" Tanyanya malas.

"Abang naiklah atas.. Una nak tidur. Ngantuk. Boleh?" Bahu Shah cuba dicapainya dan diusap perlahan. Taktik!

"Mengantuk? Bukan tadi kata sejuk ke?" tanya Shah tak percaya.

"Sebab sejuklah Una ngantuk. Lagipun nak hujan dah ni. Nampak tu, dah mendung dah." Husna menunjuk pada dada langit, awan mendung di atas mereka. Membuatkan sekitar sedikit kelam.

"Hmm.. Yelah." Shah menaiki kuda dan Husna mula dengan sikap manjanya. Memegang baju Shah sambil mengubah posisinya, mengiring.

Tak suka dia mengangkang di atas kuda begitu, sudahlah memakai kain. Tak selesa langsung.

Kepala sengaja disandarkan pada dada bidang Shah dan digesel perlahan. Haih...

Shah mengerlingnya sekilas sebelum tergeleng-geleng pasrah. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya wanita itu sudah berbaik dengannya.

Setiba di rumah, Shah mengendong Husna ke dalam. Tubuh itu dibaringkan di atas katil perlahan-lahan agar tak mengejutkan si isteri.

Husna mula menggeliat kecil sebelum kembali tidur kembali. Tersenyum Shah dengan perangai luar kawal wanita itu, comel.

Kepala Husna diusapnya perlahan sebelum mengucup dahi itu lama.

"Maaf tentang perangai aku. Aku akan cuba berubah untuk kau." ucapnya sendirian.

~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience